Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Wednesday, December 03, 2014

Banyak nya air dan coklat..

Haha..sampai je dekat pejabat, aku terkejut bila tengok dekat meja ada coklat dan air ais lemon tea..ermm...siapalah yang baik hati lak ni...ermm rupa rupanya staff dari jabatan lain yang selalu berurusan dengan aku pasal sistem yang belikan...ermm kalau baik semacam je, mesti ada buat salah lah tu...! 

Tepat sangkaan aku..password sistem diorang dah kena kunci (lock) sebab dah lebih dari tiga kali masukkan..setiap hari 5 kali aku reset password diorang..tak faham la aku dengan diorang ni!! dan hari hari diorang kena marah dengan aku.haha...sampai takut diorang...lepas tu aku pujuk balik..! kesian....lepas kena pujuk baru diorang kembali tenang, masa pujuk tu aku sempat cakap "lain kali jangan benak sangat ye, takkan kata laluan mudah pun boleh salah tulis" diorang cuma angguk kan kepala jelah....hahahaha


Diorang kalau buat silap, diorang dah tahu macamana nak tackle supaya tak nak kasi aku marah...diorang belikan aku snickers dan ais lemon tea. Bagusnya!! haha....dan hari ini, ada 2 snickers dan 2 botol ais lemon tea dekat atas meja, jadi, aku dah tahu siapa punya kerja...heee

Ermm..takpe hari ini mood ok....aku ingat..aku kena bawa budak budak ni pergi Zoo la..tengok haiwan jap kat dalam kandang tu..saja je kan..lepaskan tekanan kerja diorang ni, lepas tu aku nak buat Hipnosis dekat diorang sorang sorang dekat zoo...mungkin boleh terjawab apa masalah yang sebenarnya diorang ni !!

Banyak fikir kot,tuh yang asyik error je memanjang..mengalahkan najib perdana menteri! Haaa

8 comments:

  1. aik, dah selalu kena marah/sound pun boleh dok silap lagi key-in password pada hari2 yang berikutnya? pelik gak tu... password panjang berjela ke? ke sistem yg jd conpius tak recognize password at certain times? hoho...

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah lah plain83..i dont know why apa masalah diorang ni...
      setiap hari menghadap masalah yg sama je...

      Apa nama blog url? nak vst

      Delete
    2. huhu, serius hari2 masalah yg sama berulang? pelik tu... boleh menggugat kesabaran tahap kucing lapar tengah sedap menjamu selera lepas tu ditarik makanannya ke tepi... memang boleh kena cakar tahap gaban... bab password ni sendri mau ingat la kan, huahuah...

      oh link blog? mai mai~
      http://throughmyglasseskacamata.blogspot.com

      Delete
    3. Sistem ni pun satu hal juga...nak semua character A,a, @, 1-9, la itu la..mandatory.
      End User..banyak tersalah key in....banyak betul security nye..

      Delete
  2. Bawak zoo??Sampainya hati...banyak lumut dalam kapla

    ReplyDelete
  3. kalo setupkan password berkala siap pamerkan je besar2 xleh gak kan? sbb asyik silap key in je deme2.. baru nama dia pass word =P

    ReplyDelete
  4. haha. kalo tiap2 ari lupa password, pasni boleh la meniaga coklat dengan air :)
    kumpul banyak2 pastu jual ^^

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.