Sekarang ni di negeri Melaka, setiap sebatang jalan dalam setiap 50 meter pasti ada lampu isyarat, lampu merah nya pula 120 saat, warna hijau nya pula 20 saat, memang tekanan jiwa di buatnya  banyak betul lampu isyarat di negeri melaka ini, kalau ada taman dan sekolah, erm jangan cakap lah, satu taman satu lampu isyarat, baru nak bawa kereta laju sikit, terpaksa kena berhenti, itulah situasi yang berlaku di negeri Melaka sekarang ini, kena banyak sabar dan banyak minum air suam untuk elakkan jantung berhenti berdenyut, nasib baik aku guna gear automatik, kalau guna gear manual , alamatnya boleh tercabut lutut memang penat di atas jalan raya di melaka. 

Pengguna jalan raya di sini pula, dah tahu depan tu ada trafic light yang bawa macam orang gila memotong kereta lain macam kat depan tu lebuhraya (3) tiga lorong kenapa ? kesudahannya kena berhenti juga dan berjumpa kembali berjumpa, Bawa laju mahu ke mana tu? Bawa kereta tak tentu arah, apa yang kelam kabut sangat, sampai membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Bawa kenderaan laju laju ni mahu kemana sebenarnya, lihat la dulu keadaan jalan raya tu macam mana, di depan, kena berhenti sebab ada lampu isyarat.


Bawa Kenderaan Laju Mahu Kemana


Bawa kenderaan laju mahu kemana tu sebenarnya, lepas tu siap potong memotong lagi, akhirnya di depan kita berjumpa lagi dan lagi, malas nak bawa kenderaan laju kalau di Melaka, sebab kesudahannya akan berjumpa lagi dengan orang yang kita potong tu di persimpangan lampu isyarat, kalau kat lebuhraya (highway) ok la lagi, bawa laju pun tak apa. tapi kat jalan biasa? baik parking tepi jalan, tidur dalam kereta lagi baik, kejap kejap nak kena berhenti, Bosan

Nasihat aku pada korang yang tiba tiba merancang berjalan jalan di Negeri Melaka, kalau orang di depan tu bawa kenderaan lembab macam kura kura atau seperti siput, ada baik jangan maki dan tekan hon awal awal pada orang itu, sebab takut berjumpa lagi kat persimpangan lampu isyarat, tak pasal pasal kau kena jeling tajam nanti, keras kau nanti. Orang melaka kalau maki sentap tau, haha

10 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. hahaha mcm2 hal. kemain laju tapi tetap jugak kat sana xD

    BalasHapus
  2. Kalau traffic light dekat2 x guna pun nak potong orang. Cehhh...
    Tapi, ada cara nak cepat. Haha..
    (Tau sebab biasa buat:)

    BalasHapus
  3. hahahah... pernah jumpa jenis gila potong keta org mcm nih, sudahnya jumpa kat traffic light kat depan tu jugak, pastu buat muka cuak tengok orang sebelah (gua la tu yg dia tengok dgn muka cuak tu)... hahah, keta dia jenis modified sendiri, cermin depan gelap separuh supaya boleh sembunyikan muka... sekali dia intai keluarkan muka sikit dari bahagian tinted tu, serupa mat rempit sejati... dah tu bila notice gua pun dok tengok belah dia (muka garang), tau pulak cuak nak sembunyikan muka tu semula cecepat di sebalik bhg tinted tu... hahahah, serius perangai tahap #@*&... sorry terganas pulak gua komen sini ;p

    BalasHapus
    Balasan
    1. ermm aku faham situasi kamu plain....bawa bertenang...heeee

      Hapus
  4. dia nak terberak barangkali. hahaha oppss

    BalasHapus
  5. haha. dia nak belagak dia terer bawak kat area trafic light :p

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.