Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Saturday, December 06, 2014

Bersiap nak pergi kerja

Umumnya, manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat, antaranya Dr Ray Meddis, seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja. Walau apapun versinya, tidur dilihat sebagai satu nikmat yang kurniakan oleh Allah kepada manusia. 

Malam hari adalah waktu terbaik untuk tidur. Ini berdasarkan fitrah kejadian manusia itu sendiri. Menurut pendapat ulama dan pakar perubatan, waktu tidur yang lebih baik ialah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira pukul 10.00 malam. Manakala waktu yang tidak seharusnya kita tidur ialah selepas Subuh hingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak. Menurut mereka lagi, tidur pada waktu-waktu ini tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya. Sebagai contoh yang biasa kita dengar, jika tidur selepas solat Subuh, orang tua mengatakan bahawa rezeki lambat dan susah untuk hadir.


Ermm kalau tidur dari pukul 5 petang membawa sampai ke maghrib..begini lah padahnya..! bila bangun je..tengok langit dekat luar dah macam suasana pagi..padahal maghrib...mimpi lak yang bukan bukan...! hee bila bangun hilang kewarasan!! dan bersiap siap nak pergi ke kerja..apa kau dah buang tabiat?? baru balik..dah nak pergi kerja??

7 comments:

  1. haha jangan tidur petang dah. kewarasan tu masih diperlukan dlm kehidupan :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. individu yang menghabiskan masa kurang dari dua jam menonton televisyen untuk hiburan seperti menonton rancangan televisyen, menggunakan komputer atau bermain permainan video, mereka yang menggunakan lebih daripada empat jam untuk tujuan yang sama mempunyai risiko dua kali ganda untuk terlibat dalam masalah kardiologi yang seringkali dirujuk ke hospital dan kematian atau kedua-duanya sekali

      Nur As > baru nak tidur..heee

      Delete
  2. Tidur lepas Asar mewarisi kegilaan.
    Saya jarang tidur siang....
    Cuma kadang2 bila tidur jugak tu memang bangun macam mereng sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun jarang tidur petang...
      hee..tak berapa elok utk akal...ni pun imsonia tak boleh tidur...

      Delete
  3. aku pon jrg tido siang kecuali demam yg mmg perlukan tido je baru rasa ok.

    ReplyDelete
  4. orang kata kalo tido lepas asar 40 hari berturut2 boleh gila. kalo tido lepas asar utk sehari pun dah rasa macam separuh gila, mohon jangan amalkan. haha. biasa la tu penat.

    ReplyDelete
  5. betul la tu..Acik kdg2 tertido jgk time2 camtu..apa boleh buat....keje guna otak ni letih..bila bgun tido, bengong sekejap..kena set kepala otak cepat sikit...pagi ke malam ni..tapi tak pernah lagi bersiap nk gi kerja waktu malam..cuma terawal sikit.jam 5 dah tercongok kat dlm keta

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.