Safirul Amar Azmi Blog! Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE

Monday, December 15, 2014

Bestnya kerja dekat selangor....

Wah...haritu ada terbaca surat khabar di selangor kini, dengar kata kerajaan negeri beri bonus satu bulan setengah gaji..hebat! Begitu menghargai pekerja..hehe dalam masa yang sama kerajaan persekutuan beri bonus lagi setengah bulan gaji..pehhh!! bertingkek tingkek la duit bonus siapa yang bekerja gomen. Haha apa pun politik kat malaysia...dia gaduh sama dia..masing masing nak tunjuk hebat dan bagus, akhirnya rakyat dan pekerja gomen juga yang untung, dapat air percuma dan sebagainya..dah mereka beri ambil..jangan dikeluh kesahkan lagi...bekerja la sebagai penjawat awam yang patuh walau siapa pun yang mentadbir. Jangan pula sibuk berpolitik. Telah termaktub dalam pekeliling penjawat awam gomen kena bekerja dengan pemerintah semasa.

Apa pun...jika benar seperti apa yang diperkatakan seperti di atas, baguslah dan berjimat cermat lah dalam berbelanja. Sekarang ni pun ada apa dengan nilai rm50 untuk sehari? Macam airrrrr..! Hehe..tengok harga rumah sekarang ni pun mengigil badan..dah macam dekat indonesia dan nilai seperti mata wang mereka dah...semua main juta juta dan ratus ribu...hehe. jangan buat pasal.


Belanja dan kos sara hidup makin tinggi. Carilah ilmu untuk jana pendapatan sampingan..hendak seribu daya tak nak seribu dalih. Nak harapkan siapa? Masa kita susah takde siapa yang dekat, melainkan di masa senang..beringatlah.

4 comments:

  1. Betul tindakan yang tepat berjimat cermat..pasti ada penambahan simpanan..Etuza sangat setuju.Dalam masa sama utamakan keperluan anak2 ..berjimat hingga keperluan makanan anak tak ada ..alalaooo kesian lah anak kan Saf.

    ReplyDelete
  2. di shah Alam tu banyaknya tempat menarik just cuci mata pun boleh..dari luar nampak..bertuah Saf hidup di takdir kan di sana..apapun di mana kita berada syukurilah. Niat hidup satu ja demi mendapatkan redha Nya.

    ReplyDelete
  3. ya betoi. tgk hrga rumah mampu telan air lior je. tambah pulak bkn keja gomen. mampu korek hidong je la.

    ReplyDelete
  4. susah nak cari kawan masa susah dah zaman sekarang ni.
    RM 50 dah macam celah gigi je habis. haha

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi