Apa nak hairan bila ada pemain bola menghisap rokok, duduk Malaysia pula tu, lagi le, erm biasa lah aku pun hisap rokok dan main bola juga..! Haha, presiden amerika pun hisap rokok ! kalau nak ikutkan disiplin main bola ni, banyak kriteria yang perlu dijaga, dari segi permakanan, kesihatan, stamina, perasaan dan emosi, fizikal dan sebagainya la, yelah nak berlari keliling padang kan, kena lah ada stamina, semata mata nak kejar dan sumbatkan sebiji bola ke dalam gawang gol.

Prestasi bola sepak negara yang tidak menentu, lepas tu ada pemain negara kita pula kantoi hisap rokok di sebuah kedai! Haaah apa lagi! di jadikan bahan modal sehingga menjadi viral di media sosial lah!."player lembab la sebab hisap rokok, takde stamina la" cuba korang main bola lak, mari kita lihat bagi yang tak hisap rokok boleh ke atau tidak nak beat dan berlari. macam safee sali ke atau macam umang umang ? haha


Pemain Bola Sepak Tiada Stamina

Player inggeris lagi bermasalah, minum arak, kaki perempuan, kelab malam dan hisap rokok lagi. Mungkin mereka di bayar tinggi untuk bermain, tuh yang bersungguh sungguh bila bermain bola!! Memang mereka ni kerja nya main bola je, takde benda lain lagi, itu yang mereka fit, Lutut tak goyang pun, pekerjaan mereka bermain bola dna memang tekanan demi sebiji bola di atas padang. dan masyarakat inggeris langsung tak kisah pun yang penting pasukan mereka menang.

Pemain Bola Sepak Tiada Stamina

Pengalaman aku lah bila bermain bola, yelah disiplin itu penting, dalam masa yang sama mental kena kuat bila di dalam padang, hebat macamana pun pemain itu tapi kalau tak boleh kawal mental, pun tak membantu apa apa, dan kalau bola sepak itu suatu pekerjaan utama dan merupakan sumber pendapatan yang tetap macam pemain bola sepak inggeris, semua masalah disiplin bolehlah di bentuk, di latih dan di kawal.

Tapi kalau bermain bola pun part time, dan dalam masa yang sama ada pekerjaan tetap yang lain seperti menternak lembu atau bekerja sebagai pembantu tadbir di sebuah agensi, erm..lupakan jelah hal masalah disiplin, malam main bola, siang jadi pembantu tadbir. Itu perumpamaan.

Tak baik kutuk Safee, hisap rokok jeeee, semua orang dah maki hamun dia!..... makanan dan minuman kat malaysia ni semua sedap sedap (yang sedap biasanya memberi berpenyakit), kalau Player negara tu beli burger bakar yang tinggi kolestrol di kedai tepi jalan atau makan asam pedas yang berminyak di gerai yang di penuhi orang ramai, boleh ke? semua tak kisah kan...? atau buat tak tahu je, Banyak aspek nak kena jaga...bila bermain bola ni....bukan hisap rokok je..kalau sebelum main bola...pekena udang galah masak sambal nasi putih lebih...betul atau salah?

Pemain Bola Sepak Tiada Stamina

Orang kita cepat jatuh hukum...cepat melatah..entah betul ke tidak gambar tu..! hee..kalau gambar real, erm erm apa pun safee tetap hebat ...Jangan marah haaa...hehe

10 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. betol tu. .tipikal malaysia. .haha. semua nak kutuk. . :D

    BalasHapus
    Balasan
    1. Tipikal betul eh ..erm tringin lak nak makan roti perisa vanilla..heee

      Hapus
  2. macam tak pernah tengok orang hisap rokok orang malaysia nie agagaga

    BalasHapus
    Balasan
    1. Hek hek hek..
      Erm entah la cik man..bukan hisap gamm pun..

      Hapus
  3. hahaha..biasa lah fan malaysia ni.....

    BalasHapus
  4. Amboi...gambar FB tak tahan...smoking??biarlah...tapi kenapa mesti gamabr jantan 2 orang tgh berjemur tu?geli la..

    BalasHapus
  5. hurmm mmg camtu kot orang kita ni. semuanya nak kutuk. dia je lah betoi.

    BalasHapus
  6. haha. sebab orang malaysia terlalu banyak masa nak sembang2 viral ni. tu yg safee hisap rokok pun dorg kisah. haha.

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.