Safirul Amar Azmi Blog! involveasia digipostpaid Biznes Bakeri Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE FreeLipGloss

Friday, December 05, 2014

Backup dan autosave dokumen

Backup fail dokumen dan autosave recover di Microsoft Word sangat penting khususnya ketika anda sedang menyiapkan dokumen penting seperti assignment, kertas kerja, slide presentation dan sebagainya. Ya, malang tidak berbau, dan siapa sangka, ketika anda sedang tekun dalam menyiapkan tugasan penting tersebut, tiba tiba komputer terpadam atau elektrik di rumah blackout. siapa sangka? kan? kan?

Aku mencadangkan agar, sebelum anda memulakan tugasan penting, lakukan berberapa perkara mudah ini untuk memastikan proses yang seterusnya berjalan dengan lancar.



Buat backup dokumen dan autosave di microsoft word
Backup dokument
Backup dokumen anda terlebih dahulu, langkah langkah akan di tunjukkan adalah di dalam versi Microsoft word 2010 dan mungkin terdapat perbezaan dari segi antaramuka ataupun ikon , namun begitu, anda boleh mengikuti langkah langkah yang sama dengan berpandukan kepada kata kunci word option ataupun option.

1) Untuk membuat backup file, anda perlu buka perisian Microsoft word, dan pergi ke file (lihat gambar 2), atau icon butang window (version sebelum), dan pilih option (lihat gambar 2), atau di version sebelum (word option).

Buat backup dokumen dan autosave di microsoft word
gambar 2
2) Selepas anda tekan sekali pada option, paparan seperti di bawah (lihat gambar 2-1) akan muncul. Sila pergi ke Advanced, dan cuba skrol ke bawah sehingga lah anda jumpa bahagian Save, dan thick sekali di kotak Always create backup copy.

Buat backup dokumen dan autosave di microsoft word
gambar 2-1
3) Selesai proses membuat backup dokumen dimana, setiap tugasan anda, akan ada satu salinan backup, andaikata tiba tiba dokumen anda bermasalah / rosak, anda boleh menggunakan fail backup ini sebagai penyelamat.

Proses Autosave Recover

1) Bagi Autosave Recover, digunakan untuk menyimpan (save) secara automatik dokumen anda dan jika berlaku kemalangan seperti blackout atau komputer terpadam, Microsoft word anda akan recovery tugasan anda bergantung kepada save yang terakhir (last save).

2) langkah langkah nya ialah...pergi ke file dan tekan pada option (lihat gambar 3), seterusnya paparan seperti di gambar 3 akan muncul, dan pergi ke SAVE.

3) Selepas itu, anda akan mendapati paparan seperti di gambar 3 akan muncul, dan tekan di kota Save AutoRecover (anda boleh masukkan masa minit dokumen anda akan di simpan secara automatik).

Buat backup dokumen dan autosave di microsoft word
gambar 3
Semoga berjaya, dan all the best.



8 comments:

  1. thanks for the info..nanti abe kie cuba buat pas ni..

    ReplyDelete
  2. Selalu juga terjadi..blackout...haru

    ReplyDelete
  3. Thanks sharing.
    Saya memang taktau lagi yang ni.

    ReplyDelete
  4. yessss selalu blackout kat area aku tggl ni. skrg xyah risau lagi dah. mekaseh Amar sharing ;)

    ReplyDelete
  5. word 2010 best. pernah gk jadi cmtu. tapi aku jenis sambil buat sambil klik save siap2. haha. nak selamat memang kena belajar step2 ni. terima kasih kongsi ilmu :)

    ReplyDelete
  6. you post is very good and it has many good imformation

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.