Safirul Amar Azmi Blog! involveasia digipostpaid Biznes Bakeri Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE FreeLipGloss

Saturday, December 06, 2014

Bukan aku tak sudi

Bukan aku tak percaya dengan mekanik atau bengkel di tepi jalan ni, aku cuma takut alat ganti yang di tukar di bengkel jalanan ni bukan dari yang sepatutnya dan tiruan, aku lebih selesa dari memilih bengkel yang di lantik dari jenama syarikat pengeluar kereta yang digunakan. Mereka lebih tahu serba serbi tentang alat ganti yang sesuai, apa yang perlu dan tidak, takpelah mahal...yang penting kondisi kereta terjamin sihat, ala lebih kurang jelah..kalau mahal pun...lebih kurang je dengan harga service di bengkel tepi jalan..! bergantung la pada major service atau minor..!

Aku ni memang takde masa nak jaga kereta...nak tengok minyak hitam la, tuang air cooleen, minyak stereng lock dan apa apa la, yang aku tahu...bila dah hantar service dekat specialist workshop, aku dah tak perlu nak maintain apa apa, hanya tunggu next service jelah..! tapi sekali sekala kena lah check air bateri seminggu sekali ke..dan minyak hitam, mana lah tahu ada berlaku kebocoran ke atau apa..


Lepas tu, aku nak buat balancing dan alignment..sebab jalan kat malaysia teruk,banyak lubang! korek,tampal,korek,tampal...ermm tampal pun tak betul! bukan aku suka suka hati je main redah...tapi terpaksa, kalau aku mengelak, aku lak langgar kenderaan di sebelah! kena ingat, bila di jalan raya, kalau nak mengelak haiwan melintas ke atau jalan berlubang, pastikan kiri kanan di luar kenderaan anda, tiada kenderaan lain..! niat kita memang lah baik nak mengelak dari melanggar, tapi akhirnya kita yang di langgar!  

Kalau allignment dan balancing tayar tak betul, jangka hayat tayar korang pun cepat lah! nak tahu balancing tak betul..bunga tayar cepat nipis (botak) di bahagian tepi..atau tengah! hati hati...

perodua

Pagi ni, dah tiba masa nak hantar kereta alza ke bengkel perodua yang berdekatan, mileage dah terlebih 200 km dah..! heee..bila kereta dah service, nak pandu kereta pun rasa bersemangat dan gumbira sambil layan lagu kartina dahari-jangan ditanya 

11 comments:

  1. Hehe..saya ingatkan ada sesape yang ngorat tadi. Rupenye mekanik kete. Haah..lagipun takut dorang charge lebih.
    1 more thing takut perompak ke hape..menyamar.
    Samalah saya pun jarang sangat check condition kete. Patut jadikan ni rutin kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heee..charge lebih lps tu brg tiruan...hati2x...
      Should be..

      Delete
  2. Jalan nak ke tempat kerja saya punyalah banyak lubang besar n dalam. Geram betul.
    Kena lalu se slow mungkin.
    Takut salah sikit..patah pulak shaft.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Report dkt jkkk Dr..takpun dkt yb kawsan...biar diorng buat kerja sikit...asyikkk berbuall je..entah bila kerja nak buat ntah!

      Delete
  3. Asalam Saf..ya sangat setuju menang membeli menang memakai pula..

    ReplyDelete
  4. aku yg pmpuan ni lg la mmg x reti hape psl kete. betul2 dpends pd abah & abg long aku je tlg remind.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni kt perodua dah 3 jam dah ni...macam2x nak kena tukar...aku peninggggg...koyakk

      Delete
  5. Sama la aku pun, bengkel yang rasmi je akan menjadi pilihan, mine is kelisa, kereta perodua yg paling feveret... hahah ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jaga kelisa baik2...ada value tu..dulu aku pakai kelisa jgak..heee...biar papa asalkan semuanya selamat...heee

      Delete
  6. aku tukang baca sebab nak beli kereta sorong pun x lepas. haha.

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.