Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Wednesday, December 10, 2014

Di pandang sebelah mata

Di pandang sebelah mataAda segelintir yang menganggap menceburi dunia bloggers sebagai membuang masa dan tiada masa depan, walhal ramai bloggers di luar sana yang berjaya dan 'kaya' dari segi penguasaan ilmu dan pengalaman berkongsi pengetahuan di internet, dan dalam masa yang sama merancakkan dan membantu secara tidak langsung berberapa kluster dan sub-kriteria dari segi ekonomi negeri, pelancongan, kesihatan dan makanan, agama, sosial, e-pembelajaran dan sebagainya.

Cari apa sahaja maklumat dan info di internet, bloggers merupakan penyumbang utama kepada maklumat dan info yang berguna, bila sesuatu tempat itu di promosikan dengan bersungguh sungguh melalui blog, mesti la akan menarik ramai pengunjung, ye tak? dan orang yang datang..bayar tol, bayar saman parking, dan meningkatkan statistik pengunjung negeri? kan?

Namun bloggers bloggers yang hebat dengan perkongsian maklumat ini masih lagi di pandang sebelah mata dan sepi oleh kerajaan pemerintah di peringkat negeri mahupun persekutuan, sedangkan bloggers yang menyentuh isu isu politik yang belum tentu sahih di setiap posting yang di keluarkan di pertimbangkan pula untuk di bayar elaun..tidak kisah lah dari parti politik mana sekalipun. Harus di ingat..ada bloggers yang bagus dan dalam masa yang sama secara tidak langsung mempromosikan produk produk negeri seperti makanan, aktiviti, tempat menarik di negeri masing masing, dan jika bernasib baik, post berkaitan promosi tersebut berada di top rangking di google dan internet. Tidakkah bloggers seperti ini di anggap sebagai sebahagian dari duta kecil negeri? hehe


Di Melaka, di dalam satu mesyuarat yang di pengerusikan oleh orang orang besar dan kroni kroni nya telah bersetuju untuk memanggil bloggers-bloggers dan facebook fan page dan akan bersuai kenal. Ada isu negatif dan isu isu minor membabitkan isu isu promosi negeri yang di keluarkan.

Bukan bermakna dengan sokongan dan bantuan di berikan oleh pemerintah negeri kami kena menyokong atau menentang, undi adalah rahsia bukan? Kalau tak betul..tegur, yang baik..kita ikut, baik dari parti mana sekalipun. Bukan mengharapkan simpati berupa wang ringgit atau kebendaan fizikal semata mata. sekurang kurangnya...pandang dan lihatlah pengorbanan kami, jangan main tuduh membuta tuli tanpa usul periksa.

Ya, kami datang tak di undang, pergi tak di suruh di dalam dunia bloggers ini...kan bagus ada elaun tiap tiap bulan tokkkk ? jangan risau tokkk...kami cerita baik baik je...hahahaha..kami kan duta kecil negeri....kan tokkk? kan tokkk?

Bila ada MoU..barulah setiap promosi dan aktiviti tidak bercanggah.....kan? isu halal, isu projek gajah putih, isu aktiviti semasa, berkaitan perkomputeran..jangan main main....kalau salah tulis, buruk padahnya..heee..

Alahai latokkkkk.....latokkkkk..ini bukan tahun 1980 tok...sekarang tahun 2014 dahhh..zaman milenium....zaman teknologi..bangun harimau bangun...bangun harimau bangun...!! Hahaha.. aku bukan nak apa apa pun...cuma bengang dengan sikap orang orang besar yang menuduh bloggers sebagai tak guna dan buang masa! yelah dalam setandan pisang tidak semuannya baik kan? itu sahaja

Hambik ni..post sebelum DONT MESS ..

5 comments:

  1. As'salam Etuza tak berapa setuju...kita kena jadi blogger berhemah..jangan berblog membabi buta...sampai tak makan ..tinggalkan orang yang bersuara demikian ya Saf..kita kena positif..

    ReplyDelete
  2. bukan semua blogger camtu...Yang elok, elok la..yang berfikiran negatif, medan blog ni medan untuk mereka melepaskan apa yang terbuku di hati

    ReplyDelete
  3. betul2 . sebab tu la buat blog jgak

    ReplyDelete
  4. sebab dorang takde blog tu dorang tak rasa betapa best nya berblog. haha.

    ReplyDelete
  5. depa x celik pasal dunia blog lettew tu yg kata cenggitu hekhekhek

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.