Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Monday, December 08, 2014

Indah khabar dari rupa

Kalau tak betul, cakap jelah tak betul..tak payah lah nak selindung atau cover line...tak perlu nak jadi plastik. Terus terang atau bak kata najib perdana menteri...TRANSPARENT..!

Demi nak menjaga reputasi atau menjaga hati? Sanggup menidakkan kebenaran? Kalau kita tak berani menerima teguran, macamana kita nak membaiki kelemahan? Hai kadang kadang tergelak bila ada segelintir yang tak berpijak di bumi nyata...laporan semua nak tip top..dan pada hakikatnya indah khabar dari rupa..

Kalau tak ok..cakap je tak ok..tidak perlu nak menjaga hati atau sebaliknya. Setiap teguran adalah untuk kebaikan juga kan? Sampai bila kita nak berada di takuk lama? Kata kata ibu bapa kita susah nak dengar..tapi kata kata dari kawan? 


Bukan sahaja diperingkat individu, hal yang sama juga bagi di peringkat politik, organisasi mahupun di alam maya.

Semalam di gegar vaganza..komen dari juri datuk ramli ms..yang menegur pengacara nabil dan jehan sebagai penyanyi sarkis...ermm nabil seorang pelawak yang bagus bagi aku..biasalah kadang kadang dah terbiasa berlawak...terbawa bawa di situasi yang serius..tapi apa apa hal pun. Nabil adalah pengacara yang terbaik lah! Hehe..dah memang nabil bukan seorang penyanyi kan? Cuma bila komen biarlah membina..ermm

Aku suka cara Datuk ramli ms bila mengeluarkan komen..dia nampak transparent dan jujur....dan jadi dirinya sendiri. Kesimpulannya jadi lah diri sendiri yang sebenar benarnya...tidak perlu nak menjadi orang lain.

5 comments:

  1. sy pn paling menyampah kalo jenis juri komen ' semuanya bagus' alahai..walaupon dlm pada kite dgr ni bernanah telinga..bgs ke mcm tu? hehehe

    ReplyDelete
  2. dato ramli ms memang macam tu kan.. haha, berbisa sikit komen dia kalau dia dah x suka.. ingat masa mentor dl. perghhh..

    ReplyDelete
  3. aku x tgk sbb kat astro. umah aku xde astro. tp tu la kalo juri transparent dlm bagi komen, aku suka. kalo jnis segalanya baguihhh saja chisss =P

    ReplyDelete
  4. Menyampah tengok komen yang tak jujur..lebih-lebih lagi maharaja lawak...tak lawak langsung tapi cakap kelakar sampai ketawa keluar air mata..puiii...

    ReplyDelete
  5. tak tengok gegar vaganza. haha. tapi nabil memang terbaik sebab dia la satu2 nya stand up comedy malaysia yg berwibawa. berani masuk MLM 2014 sorang2 dan lawak ada isi.

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.