Safirul Amar Azmi Blog! Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE

Tuesday, December 30, 2014

Jangan bikin ribut

Pasal kehilangan kapal terbang QZ8501 akibat lost contact ketika penerbangan dari surabaya ke singapura pun masih nak bergaduh lagi dengan orang Malaysia? padahal kita jiran serumpun, sebangsa, seagama, ngapain masih nak berdendam dengan negara kami iaitu malaysia, indonesia oh indonesia raya, sedangkan kalau di lihat dari susur galur nenek moyang, indonesia dan malaysia ni berkait rapat dan dah macam adik beradik dah, salahkah kami prihatin dengan nasib kamu disana? 

Dari dulu lagi tiada isu bab copyright yang patut di pertahankan, isu kecil je dan tidak timbul isu malin memalin haaa, itu pun nak besar besarkan, sebabnya indonesia dan malaysia mempunyai budaya, permakanan, bahasa yang hampir serupa, sebab nya? orang indon datang malaysia kahwin dengan anak dara dari malaysia, dapat anak dan bawa budaya sana ke mari, perkara ini berlaku semasa di zaman kesultanan melayu melaka lagi dimana raja palembang iaitu parameswara membuka Melaka.

Jadinya ngapain harus bertengkar sesama sendiri? waduh waduh...jangan bikin ribut ribut, kamu datang di Malaysia mencari rejeki, dan membawa pulang rejeki itu ke kampung halaman kamu udah di kira bernasib baik. Udah udah la...

Politik SEMPIT kita menjahanamkan dan merosakkan persepsi jiran saudara serumpun mengenai kita. Ada sahaja berita tidak sahih di adu domba kan bagi merealisasikan hasrat mereka, asalkan impian mereka melihat Malaysia di benci di mata dunia tercapai dan mendapat sokongan peringkat antarabangsa.

Jangan bikin ribut ribut...orang indonesia disini semua cari rejeki halal, tidak pula kami menganggu, sebaliknya kamu yang selalu bikin onar disini dengan membawa lari anak gadis kami ke lombok dan mencuri, pecah rumah. Tidak pula kami membenci kalian semua..

Indonesia dan Malaysia sahabat selamanya...tidak elok kita bergaduh, israel dan amerika gembira melihat negara muslim seperti indonesia dan malaysia bergaduh pasal isu remeh. Kan lebih baik kita bersama sama mempertahankan agama islam dari dihina di mata dunia dan menjahanamkan agenda israel dan barat. Lihatlah, satu persatu Pemimpin islam dibunuh dengan pelbagai alasan tidak masuk akal. Al fatihah buat Pemimpin islam seperti Saddam Husin dan Muammar Ghaddafi.

9 comments:

  1. Al-fatihah, harap tak gaduh dua negara ni..ingat ramai yang tak berdosa..mereka pula jadi mangsa..mohon tak gaduh2

    ReplyDelete
  2. al-fatihah . tak perlu gaduh2 ni . apa pon xdak

    ReplyDelete
  3. dah kenape nak gaduh, alahaiii

    ReplyDelete
  4. ada yang berselisih ke? sesuatu yang amat dikesalkan. merugikan. pihak ketiga ketawa besar tonton drama sinetron kita semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di media sosial h zinnirah...:) ntahapaapala

      Delete
  5. di saat kita tgh ada musibah time tu ada yg bertelingkah..

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi