Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Wednesday, December 24, 2014

Katakanlah ya iya iya lah

Katakan penduduk Melaka dah jadi 900,000 orang ketika ini, statistik pengunjung pula meningkat dari tahun ke tahun, katanya 7 juta setahun dan nak meningkat dan terus meningkat, tapi jalan raya tak upgrade? Sesaknya jangan cakap lah...orang Melaka nak keluar jalan jalan pergi Zoo melaka tengok kuda kerdil pun seksa, inikan pula pengunjung luar yang tak tahu selok belok jalan raya.

Jalan jammed, plat kereta singapore pun tak beri laluan pada orang melaka piau macam aku ni. Aku terpaksa senyum dan senyum dan angkat tangan sebagai isyarat beri laluan. Baru dapat jalan....

Melaka ni dari tahun 2010 sejak dah 'maju' ni semua nak top nombor 1. Kalau nak di ikutkan memang lah ada perbezaan dari dulu hingga sekarang, pokok dari kecil sekarang dah besar dah, jalan tanah merah sekarang dah bertar,ikan dalam perigi hang tuah dulu kecil je, sekarang dah besar, banyak bezanya kan..tapi jalan raya tetap macam kat sungai besi, dari 4 lorong jadi 1 lorong. Flyover kalau ada pun tembus jalan yang sama, hasil banyak kan? Dah maju kan? Kasi naik taraf sikit lah jalan raya..



Katakan 1 rumah ada 4 buah kereta, sekali keluar pergi makan angin 3 buah kereta gerak atas jalan raya, kalau 10 buah rumah? 40 buah kereta kereta atas jalan raya kan? Haa..kalau semua pergi melaka nak makan asam pedas? Keluarga aku ada 8 buah kereta, sekali pergi makan je dah 7 buah kereta bawa keluar,nak selesa katanya..Haha macamana la tak sesak jalan raya..kan?kan?

Jalan raya masih macam tu juga. Entah apa yang jammed sesak sangat. Kucing melintas ke? Tupai jatuh ke? Atau ambil nombor? Macam mana lah yang duduk KL...pergi kerja dan balik kerja nampak bulan je...matahari pun entah kemana. Tak stress ke? 

Bayar tol, highway macam macam..tapi tetap sesak. Kesian kan? Yang sebenarnya, aku nak cepat ke sebuah pejabat kerajaan, nak ambil barang...maklumlah pukul 4.30 petang takut dah tutup, orang gomen ni tak boleh lebih kurang, terus tutup je bila tiba masa...aku takut lambat tiba ke sana sebab esok dah cuti raya..hehe

Malas nak cakap lebih, nanti dikata nya aku seperti jebat yang menderhaka..aku bukan Tuah. Tapi seorang hang lebiu yang mencintai wanita. Terima kasih. 

11 comments:

  1. Belum cerita jalan berlubang kat uitm bandar lagi. Tambah dengan traffic light yang ada kat melaka ni. Jalan sikit, traffic light, jalan lagi, eh, ada traffic light lagi??

    ReplyDelete
  2. lahh melaka pon jem teruk jugak ka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkdela jammed teruk..mybe kereta banyaj dn perlahan

      Delete
  3. sabar melaka. nanti ada pm buat jalan raya atas jalan raya. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti sekolah kot...bestnye makan roti vanilla skrng eh

      Delete
  4. tu la kan...tutup ikut time...bukak tak ikut time, x pe pulak

    ReplyDelete
  5. aku ni sipbaik keje dlm kampung je. takde sakit mata hadap jammed.
    kalo tidak jenuh nak sapu atas roti plak dah hehehe

    ReplyDelete
  6. ohh Melaka. plg tak suke one way dekat bandar tuu. haha sekali sesat nak patah balik amekaw--

    ReplyDelete
  7. betul klau x upgrade mcam mana akn dtang . dah la kwasan perlancongan . kalau tmpat mkin menarik , tiap tahun pelancong mesti brtambah

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.