Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Wednesday, December 17, 2014

Payah dan menjadi kritikal bila ada..

Akan menjadi payah berhadapan dan bila nak menerangkan pula kepada orang sekeliling yang 'tidak berapa faham' berkenaan hal yang sebenar benarnya pasal kita mereka tak faham faham, dan menjadi lebih kritikal apabila menjadi buah mulut orang lain. 

Menjadi payah

Bila kita dapat jiran yang suka menjenguk jenguk dari tingkap siang, pagi dan malam apa yang jiran sebelahnya lakukan,  

dan menjadi kritikal 

Bila kita yang berjawatan lebih tinggi dari anak jiran sebelah yang menyibuk tu pergi kerja lewat dari kebiasaan di waktu pagi...padahal dah minta MC, atau sudah memberitahu pejabat akan kelewatan ke tempat kerja atas alasan alasan yang kukuh atau outstation luar. Lepas tu, jiran sebelah tersebut pelik dan mempersoalkan kenapa kita pergi kerja lambat, sedangkan anak nya telah pergi kerja lebih awal. Habis di jajanya cerita kita yang anak jiran sebelah pergi kerja lambat, tak sama macam anaknya.

Sungguh suci...





Menjadi payah

Jiran sebelah mohon untuk mendapatkan akses WIFI rumah kita

dan menjadi kritikal 


Bila jiran sebelah cakap kita sombong dan bukan lah antara jiran yang mesra alam dan antara jiran yang tidak boleh dibuat kawan.

Menjadi payah

Bila kita beli kereta baru buatan jepun atau MPV malaysia atau SUV Malaysia.

dan menjadi kritikal 

Bila jiran sebelah yang hanya berkereta kompak malaysia dan penuh satu rumah kereta kompak cakap pada kita "Hamboihhhh banyak duit........mana dapat duit banyak banyak ni?? main judi keeee?"

Menjadi payah

Bila kita melepak di luar rumah...tiba tiba jiran sebelah keluar dan siram pokok bunga walaupun waktu tersebut telah masuk pukul 2.30 pagi.

dan menjadi kritikal

Bila jiran tersebut..menyarankan agar kita buat aktiviti yang lebih berfaedah daripada melepak, salah satunya adalah seperti menyiram pokok bunga seperti jiran tersebut.



Astagfirullahaladzim...Astagfirullahaladzim...jauhkanlah diri aku dari sifat buruk sangka...dan lindungilah aku dari bahaya fitnah dari manusia itu sendiri.

Pencuri masuk rumah kita tidak pula dibantu..malah tidur nyenyak pula...ini masalahnya jika terlebih prihatin. HORMAT MENGHORMATI ITU PERLU SESAMA JIRAN, DI TUNTUT DI DALAM AGAMA UNTUK MENJAGA SILATURRAHIM. 

Kalau nak jaga tepi kain orang boleh, tapi jangan MASUK DALAM KAIN ORANG sudahhhh lah....berpada pada...

7 comments:

  1. Payah kalau dapat jiran macamni. Hati confirm leh jiwa kalau melayan. Kalau tak layan, kita kena terima semua perkara walaupun mengarut tahap gaban. Ada jenis jiran, mereka buat boleh, bila kita buat benda yang sama, mula mengata yang bukan2. Hakikatnya, mereka memang wujud di kalangan manusia.

    ReplyDelete
  2. apa nak buat sabar ja lah jawabnya saf..late juga ya ole2 dari Sabah tu sampai..

    ReplyDelete
  3. jiran...mcm2 hal..susah jgk dapat jiran yang negatif ni

    ReplyDelete
  4. mendalam sungguh ayat2 tu..tp sy plak kat kuaters ni batang hidung jiran pn susah nk nmpk hehe

    ReplyDelete
  5. payah bab wifi tu betul haha serba salah jadinye. Deyy tak bagi kang di cop kedekut. Tapi kalau dah bagi, hari2 nak guna tapi bil kite yang bayo.

    Sabar jelah.. jiran mmg macam2 jenis ade..

    ReplyDelete
  6. huhh mmg bikin panas je jiran2 jenis gini. fedap dgn org jenis cmni

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.