Safirul Amar Azmi Blog! involveasia digipostpaid Biznes Bakeri Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE FreeLipGloss

Monday, December 08, 2014

Rezeki berniaga

Kalau nak berniaga, berniaga lah betul betul, muka kasi senyum sikit, jangan buat muka dan keluarkan bunyi yang kurang enak di dengar!! Pembeli baru tanya sikit, dah buat muka, apalah salahnya terangkan sikit produk yang dijual..pembeli mestilah nak yang terbaik, kalau boleh dapatkan barang tu  secara percuma, takpelah, tak tanya pun takpe... barang tak elok sangat pun kami ambil...!!

Haritu ada beli buah pisang dekat kedai tepi jalan...beli pisang tanduk! ermm aku tunjuk lah pisang yang tergantung tu, tanpa berlengah terus peniaga tu potong tandan pisang tu,  aku pun cakap lah..ehh pisang tu dah masak ke? (sambil buat muka kelat) peniaga tu balas..ermm kalau nak pisang yang dah masak sikit, yang dah potong ni kena bayar dulu lah...! (buat muka kelat lagi) eh sombong lak diaaa...yelah aku bayar, ingat aku takde duit ke?? mentang mentang aku pakai selipar...

Aku beli kat kedai sebelahlah...lagi bagus! kat kedai sebelah..masa aku tanya pisang tanduk, peniaga (gadis) tu cakap..abang nak goreng bila? kalau nak goreng esok, ini lah pisang nya...kalau nak goreng lagi 3 hari...itulah pisangnya....ermm...wah! nampak tak ciri ciri peniaga yang bagus? ermm..aku pun jawab lah...ermm abang pilih awak lah...heeeee..!!

Rezeki berniaga

Kalau nak berniaga dan bertambah rezeki menjual, kenalah berbudi bahasa sikit...senyum...dan sabar dalam melayan pelanggan. tanpa pelanggan siapalah peniaga..! ni berniaga macam nak tak nak je..lepas tu sampai masa perniagaan lingkup, alasan tutup sebab kena santau la, orang dengki la...padahal berniaga macam apa entah dan perangai tak senonoh melayan pelanggan...

4 comments:

  1. bole pulak dia macam tu ye. gaduh dengan bini / gepren kot..hihi

    ReplyDelete
  2. mmg benci la kalau kena begini. especially yg langsung tak pandai senyum dan tak peramah.

    ReplyDelete
  3. haah betoi. kalo beniaga pon muka kelat je phuii la org nak beli dah pastu nti hehe

    ReplyDelete
  4. amboi, sempat lagi nak melawak. haha.
    tapi memang la kan, dorang ni kadang meniaga mcm apa je. pastu kalo x laku kata bangsa sendiri x tolong.
    nak jual, buatla cara menjual.

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.