Safirul Amar Azmi Blog! Biznes Bakeri Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE

Monday, December 15, 2014

Satu persatu pergi

Seniman filem Melayu klasik Datuk Mustapha Maarof, 79, meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera, pagi tadi. Al fatihah buat arwah..semoga di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman..

Aku memang minat artis artis lama dan suka dengar lagu lagu klasik dari radio klasik nasional. Janji Tuhan itu pasti. Setiap yang hidup pasti akan menemui Nya.. cuma cepat atau lambat sahaja.

Aku suka klasik kerana aku suka dengan suasana persekitaran semasa arwah atuk masih hidup, dan bila aku mendengar lagu klasik, teringat aku kepada arwah atuk dan pekan segamat. Cerita klasik dan lagu lagu lama ni jujur jalan cerita bukan macam cerita sekarang yang cerita pasal melayu kaya yang bergelar Tan sri, datuk, datin la itu la...bosan! Bukan berpijak di bumi nyata, padahal hakikatnya..!! 

Tiada yang lama..maka tiadalah yang baru. Artis artis lama ni dah macam bapa bapa kita. Respect! Paling aku minat allahyarham Hussien Abu Hassan. Kini yang tinggal adalah karya karya mereka...semoga aman lah arwah yang telah pergi selama lamanya dan di tempatkan di Sisinya. Al fatihah.

4 comments:

  1. baru jugak tahu beliau dah meninggal. tadi ada keluar di hlive

    ReplyDelete
  2. allahyarham ni hensem dari dulu sampailah skrg. al fatihah. semoga ditmptkan di kalangan org2 beriman.

    ReplyDelete
  3. aku suka karya usman awang :)
    tapi memang la artis lama lebih berkualiti. sekarang ni kuantiti yang terlebih. kualiti kurang.

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.