Safirul Amar Azmi Blog! Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE

Friday, December 12, 2014

Selamat menjalani pembedahan tonsil

Alhamdulillah, Semalam adik perempuan aku telah selamat menjalani pembedahan membuang tonsil di sebuah hospital pakar, apa itu tonsil? ermm aku pun tak tahu dan tak pernah kena, tapi yang aku faham, macam ketumbuhan lah dekat area tekak, kalau nak mengunyah makanan pun susah sebab sakit. Kesian dia, perut lapar, nak makan apa pun susah, yelah baru lepas pembedahan, luka pun tak baik lagi. Doktor sarankan makan makanan yang lembut seperti bubur dan ais krim vanilla kalau nak cepat sembuh.

Sepanjang adik perempuan aku masuk hospital, suram je rumah. yelah, dia jelah yang rajin melayan, buatkan nescafe lewat pagi, masakkan maggi kari, nasi goreng dan telur dadar. hehe..dia takde berberapa hari ni baru terasa yang sebenarnya dia berguna rupanya..haha

Apa apa pun semoga dia cepat sembuh, semalam datang jenguk dia jap kat hospital, tapi tak sempat nak bersembang, sebab lebih tengok bola Malaysia lawan vietnam, memang happening! erm jap lagi aku nak beli bubur ayam untuk dia lah..!!

Sedikit info dari google mengenai tonsil, so, kalau korang tak boleh mengunyah sebab sakit di area tekak dan mulut berbau hahaha..baik pergi check dengan doktor. Sahabat bloggers yang bekerja sebagai doktor profesional seperti Dr Shikin pun boleh memberikan info. rajin rajin lah bertanya.

Simptom-simptom penyakit :

Demam Susah untuk menelan kerana sakit tekak
Nafas berbau busuk.
Bunyi suara yang ganjil
Kebengkakan pada kelenjar tekak
Kelenjar tekak akan kelihatan Besar, merah dan kebiasaan terdapat tompok – tompok putih di atasnya.

Rawatan
Paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit
Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk
Banyakkan minum
Elakkan makanan yang keras,rangup,berempah dan panas Rehat Antibiotik jika jangkitan berpunca dari bakteria 

Bila kelenjar tonsil patut dibuang ?
Pembuangan kelanjar tonsil (tonsillectomy): Apabila jangkitan berulang – ulang. Kelanjar tonsil yang besar menggangu pernafasan dan gaya tidur yang biasa untuk anak anda. Doktor akan membuat penilaian secara individu bagi menentukan tindakan yang di ambil.

11 comments:

  1. semoga adik cepat sembuh ye.

    ReplyDelete
  2. semoga adik cepat2 sembuh yer.. kita mcm cuaklah, kite selalu sangat sakit tekak, and kalau sekali bengkak tuh, teruk sngt2... lama nak baik, kadang2 2 minggu tak surut lagi...mybe nk gi check kt dokter kot lah kan...cuak...tengkiu sebab share maklumat ni yer :D

    ReplyDelete
  3. As'salam kesian simpati..hal macam ini Etuza ada cerita..realiti budak yang kena tak jadi bedah ..serius tak jadi bedah umur 10 tahun budak lelaki tu ..kesianlah kena bedah dah bedah pasti sakit ..sentiasa basah kesan bedah..perit rasanya kita dapat rasakan..nanti etuza buat entry ya..kena percaya..yakin..doa dan tawakal

    ReplyDelete
  4. Hidup ni Saf sebolehnya kita tak nak sakit..tapi apakan daya dalam rumah pun kita boleh dapat penyakit macam2..sebab utama makanan ya makanan lah antara punca kita tak sihat..sabar ja lah kan..

    ReplyDelete
  5. aku pernah baca ada retis buat pembedahan tonsil. haha.

    moga adik perempuan tu cepat sembuh. janganlah dibuli. hehe

    ReplyDelete
  6. huish get well soon adik amar. aku cuak gak kalo bab2 sakit nih. alhamdulillah masih diberi kesihatan yg baik :)

    ReplyDelete
  7. aku sayang kelenjar tonsil aku... kalau buang nanti suara aku dah tak rawk... hahah, but if one day doc nasihat suruh remove, aku akan agree to remove jugak... mungkin, hee~ ;3

    neway, get well soon buat adik ko, semoga cepatlah sembuhnya luka bedah tu ^^

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi