Safirul Amar Azmi Blog! lazada best Biznes Bakeri rahsia temuduga Website 7 days Baju Muslimah Kanak-kanak

Saturday, June 28, 2014

Birokrasi keterlaluan

Aku ada mohon insentif bagi anak-anak melaka yang sambung belajar.

Dengar kata kalau anak negeri yang ambil diploma akan dapat RM 300, kalau Degree dapat RM 400.

Aku apply dan berdasarkan kepada syarat-syarat dari agensi yang memberi insentif tu, kenalah mohon sekurang-kurangnya tidak lebih  tempoh 6 bulan dari tarikh pendaftaran.

So senang cerita, semasa semester 1 dan tidak lebih dari semester 2. Bila call, cakap dah lulus, cuma tunggu majlis penyerahan dan tunggu masa bos,

Aku dah nak habis semester 2 dah ni, masih tiada lagi majlis penyerahan.

Sebelum ni menurut sumber dari penerima insentif sebelum ini, wang tersebut di bank in kan direct ke akaun penerima.

Kan senang bank-in kan je terus. alahai 

Sekadar meluahkan perasaan, dah lama dah.... 



Betul vs Bohong. KP oh KP

Kalau nak jadi pemimpin di sesuatu badan parti politik, kenalah ada info dan fakta, bukan apa, sebagai jurucakap kepada parti politik yang diwakili.

Bila orang awam tanya, takkan nak cakap tidak tahu.

Ada seorang ketua pemuda cawangan yang masih fresh, tanpa usul periksa menyalahkan pihak berkuasa kononnya wujud kuota VIP bagi permohonan bazar.

Setelah diselidik, barulah mendapati yang perkara ini direka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dan KP cawangan tersebut memohon maaf.

Haha..sebelum nak salahkan orang, selidik dahulu samaada sahih atau tidak laporan itu. maklumlah sekarang ni, zaman IT, banyak mesej2x berantai yang tak pasti kesahihan ni.  

Study & Assignment

Sekejap je dah masuk semester 2, macam best pun ada jadi student balik ni..

Semangat belajar makin kuat sebab pinjaman dah diluluskan. letih menguruskan bab pinjaman ni. takpelah. susah sikit. dari nak membayar bulan2...

Bila fikir balik, kelakar pun ada, score dkt part assignment dan attend class je, exam tak dapat jawab, tapi nasib baik lulus. peh..

Letih nak kena buat assignment balik, rasa macam susah je, hehe, nasib baik google ada. written pula dalam english dan 2500 patah perkataan setiap assignment.

Masa berlalu sekejap je..
Duit Dari Internet