Safirul Amar Azmi Blog! Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE BELI DAN DAPAT DISKAUN SKYTECH CREATIVE

Tuesday, July 01, 2014

Kundang

Aku sedang mencari buah kundang. Baru tahu, ada dua jenis rupa-rupanya buah kundang ni.

Ada yang bulat dan yang lonjong, bulat tu kundang kampung, yang lonjong tu dari siam. oooooo baru tahu...


Muhasabah diri

Biar muka buruk, asalkan hormat orang tua.

Apa gunanya puasa, jika makan ikan goreng dalam pinggan plastik di tengah hari.

Aku tak kisah di kutuk, asalkan bukan ibu bapa, dan aku tak perlu berjumpa dengan sesiapapun untuk memperbetulkan keadaan.

Kisah Hamdan(Episod 1)

Pada suatu malam yang hening, Hamdan tiba tiba terjaga dari tidurnya dan merasakan sangat dahaga dan lapar, perutnya sakit, lantas dari keadaan terjaga itu, Hamdan telah memikiran serta memutuskan untuk keluar dari rumah untuk mencari sesuatu untuk dimakan, Lalu Hamdan mencapai smartphonenya dan menelefon Lauren (teman wanitanya) dan memaklumkan kepada Lauren mengenai kelaparan beliau.

Hamdan dengan rasa agak sebal, mengajak lauren untuk menenaminya makan dan minum di sebuah warung mamak.

Akhirnya Lauren bersetuju dan bersiap-siap untuk menemani Hamdan walaupun lauren keberatan kerana sedang menuntun DVD hantu cina.

Jam ditangan Lauren menunjukkan sudah pukul 12.30 pagi, namun kelibat Hamdan masih lagi tidak kelihatan.masih kesamaran, peluh malam menitik-nitik.

Dalam penungguan yang agak berjam-jam lamanya, Lauren menjadi lapar , lalu memetik buah rambutan di tempat dia menunggu, secara kebetulan ada pula pokok rambutan, seperti pucuk dicita ulam mendatang.dipetiknya buah rambutan itu tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Ekoran dari kelaparan kerana menunggu hamdan yang masih tidak tiba lagi, Lauren telah menelan 5 biji buah rambutan, termasuk biji dan kulitnya sekali  - bersambung di episod 2 akan datang

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi