Safirul Amar Azmi Blog! Biznes Bakeri rahsia temuduga Website 7 days Baju Muslimah Kanak-kanak

Tuesday, September 30, 2014

Urus sendiri

10 tahun guna kereta tak pernah dan tak tahu pun nak renew road tax dan insuran, semuanya serahkan pada agen untuk renew. Baru first time buat, mudah je, siap dapat diskaun 10%.

Jimat, lantik agen tak dapat diskaun 10% dan kena bayar upah lagi. Kalau korang nak sedekah apa salahnya.

Senang nak buat roadtax dan insuran ni rupanya. Selama ni, bila nak renew roadtax dan insuran je terfikir bertapa sesaknya dekat kaunter JPJ tu. 

Dekat pejabat pos pun boleh proses roadtax..hehe

Monday, September 29, 2014

EPSA e pembelajaran sektor awam

Apa itu EPSA? EPSA ialah e Pembelajaran Sektor Awam khas untuk penjawat awam sahaja. Boleh mendaftar di epsa.gov.my dengan menggunakan email rasmi yang sah sahaja. Sebagai contoh amar@jais.gov.my.

Penjawat awam kena mencukupkan 7 hari  kursus dalam masa setahun. Bagi yang sibuk sampai tak dapat nak hadir mana mana kursus boleh cuba epsa ini. Ada panduan dan secara multimedia. Cuma ikut arahan yang diberi semasa menjawab.

Di dalam EPSA, ada masa yang telah ditetapkan di dalam setiap kursus, sebagai contoh, kursus menulis surat, masa yang diberi untuk menjawab kesemua soalan dalam masa 30 minit, anda perlu menjawab lebih dari 30 minit baru anda akan diberikan sijil dan tempoh kursus juga ada dinyatakan, sebagai contoh lagi, jika tempoh sesuatu kursus adalah selama 22 jam, untuk memenuhi 1 hari kursus anda perlukan 6 jam, so 22 bahagi dengan 6 anda telah melengkapkan 3 hari kursus. Hanya secara online sahaja. Tidak perlu tunggu 3 hari, hanya dalam masa lebih kurang 1 jam. Anda berjaya dan telah melengkapkan kursus selama 3 hari. Selepas menjawab dan ikut step by step, anda akan diberikan sijil, dan ada dah boleh mencetak sijil kursus anda!!

Sangat fleksibel, boleh berkursus di kedai mamak sahaja. Hanya ikut step by step dan arahan yang diberikan sahaja. Sangat mudah dan mesra pengguna.

Layari www.epsa.gov.my.

Jatuh dari tingkat 6

Alahai kesiannya, baru beli, dah jatuh...kesian betul. Apalah nasibku begini jadinya...

Hari ini ada latihan sistem e pembelajaran di UTC Melaka. Macam biasalah, sebelum latihan mula, hisap rokok lah dulu, kalau tak mengantuk..hehe, rokok pula baru beli..ada 19 batang lagi..

Aku keluar kan sebatang dan nyalakan api, tengah syok lihat permandangan walaupun gayat dari atas tingkat 6 sambil gengam telefon dan kotak rokok, tiba tiba kotak rokok jatuh...emm..bukan rezeki agaknya..

Nak berhenti hisap rokok la macam ni..

Saturday, September 27, 2014

Beli nombor

Bukan beli nombor ekor ye, tapi aku beli nombor pelan prabayar Artel, sebab ada member aku jual, asyik usha je hari-hari, takpelah, kesudahannya, aku beli, RM 8 je pun. Kebetulan telefon samsung S2, aku tak guna pun, simpan je nak buat apa..ada baik nya guna dan boleh lah masuk nombor baru dari Altel tu. prepaid pun, prepaid lah....

Aku guna postpaid, lebih jimat rasanya, anytime ada kredit, senang kalau ada emergency case! hehe..member yang propose Altel tu, lepas daftar Artel, nak convert ke pelan prabayar yang lebih canggih dan jimat, nama nya onexox...sukahatilah..kata member aku lagi, pelan ni boleh buat site income! wow, bagus juga tu..hehe

Semak kepala bila handphone lebih dari satu ni, tak menang tangan dibuatnya..dah bosan dengan whats app yang mana ramai keyboard worrior macam handal, di dalam pelbagai group...pagi, petang, siang, malam, ada sahaja teks yang masuk. Kalau bab kerja , ok lah, kalau bab merepek....bagi dekat korang! hehe

Dari korang whats app cakap merepek-repek tu, baik buat income, contoh nya daftar pelan xox tu ke, join 8share, nuffnang ke....daftar percuma..kena rajin dan usaha, dan dalam masa yang sama, kita masih guna teknologi setiap hari..kan kan kan sikit-sikit lama-lama jadi lah bukit...

beli nombor

Friday, September 26, 2014

Cara cara nak buat pemberitahuan SMS Google Calendar

Setiap orang, aku dan termasuk diri anda semua, pasti ada kalendar aktiviti hari ini, esok dan sebagainya. kadang kadang hampir terlupa, disebabkan banyak perkara yang hendak dilakukan. Jika di pejabat, mungkinlah ada orang seperti pembantu anda atau rakan tolong ingatkan, tetapi bukan untuk setiap masa! 

Untuk menambah nilai kehidupan anda menjadi lebih baik, menyokong kempen bumi hijau (kurang kertas) dan fleksibel dari segi masa, di tambah pula sekarang ini, ramai yang menggunakan smartphone hebat dan menggunakan gmail akaun! agak terlalu rugi jika tidak menggunakan platform yang percuma ini.

Google melalui email, akan menghantar pemberitahuan aktiviti anda melalui SMS.

Thursday, September 25, 2014

Bahasa kebangsaan

Dulu masa sekolah tak mahu belajar betul-betul, ambil remeh, bila sudah besar baru menyesal! kenapa kau menangis di sini! tak malu! haha 

Semua mahu menjadi penulis blog, penulis novel dan serius dalam penulisan! Emm suka hati korang la, asalkan pembaca faham dan tidak muntah dengan perkataan yang korang tulis sudahlah! akan tetapi adakah mutu penulisan bahasa anda betul ?? kebetulan ada audit penggunaan bahasa dari dewan bahasa dan pustaka di tempat kerja, Itu yang rasa menyesal dan terkesan sebab tak belajar betul betul subjek wajib lulus, bahasa malaysia. Ambil mudah je!  hehe

Penggunaan kata sendi nama kena betul, dan tiada ayat ayat ringkas atau simbol! buruk bebenar kalau ayat ICT di melayukan. contohnya laman web jadi laman sesawang, mouse jadi tetikus. Tapi ok la! 

Mantapkan bahasa kebangsaan! bahasa kita, jiwa kita! 

# Bahasa inggeris pun penting juga untuk memperkasakan diri ke arah yang lebih baik terutamanya untuk mendapatkan maklumat dan perhubungan di peringkat global! 

Bersunguh sungguh

Kalau buat sesuatu pekerjaan tu, buatlah bersungguh sungguh. Jangan tangguh.

Kalau semua kerja dah selesai, hati pun senang, kita pun takdelah susah hati asyik memikirkan hal yang tak sudah.

Yelah, kerja sampai mati pun tidak akan habis. Dahulukan mana yang penting.

# Im already set my priorties list in my life where is important first, and im happy with that. Can't change forever.

Wednesday, September 24, 2014

Malang tidak berbau

Malang tidak berbau

Hari ini ada kes kemalangan jiwa yang mengorbankan pemandu lori di sebabkan di hempap batang besi Kren ketika kerja menaikkkan generator ke atas bumbung pusat beli belah Mahkota Parade.  

Al fatihah buat keluarga mangsa. yelah, malang tidak berbau, kita mungkin tidak tahu nasib kita macamana nanti.

Berhati-hatilah ketika berada di sekitar construction. 

#dua hari sebelum tragedi MRT, di kota damansara baru-baru ini, aku selalu ulang-alik dari bukit kiara ke damansara utama melalui jalan tragedi berlaku. takut jugalah semasa lalu disitu. 

Sampah dan kita

Sampah dan kita

Di Malaysia, di mana ada signboard di larang membuang sampah, makanya dekat situlah tempat orang buang sampah, bukan sampah je, bayi pun ada.

Sampah ada dimana-mana walau di negeri maju sekalipun, dari putung rokok sampailah sampah basah. Penguatkuasaan dah dibuat sebagai contoh keluarkan saman kebersihan dan sebagainya.

Monday, September 22, 2014

Taklimat kesedaran pakej umrah

Di taklimat kesedaran pakej umrah ini, banyak info berguna diperolehi. Lepas ini dah tahulah pakej pakej yang menipu macamana.

Bila slide dibentangkan. Ada yang tidur, ada yang angguk geleng geleng macam faham, dan ada yang duduk belakang tiang batu konkrit. Pandang tiang ..haha..sungguh strategik..

Sunday, September 21, 2014

Tanggungjawab sendiri

Kesian bila seorang yang cukup terkenal dengan idea idea selok belok perniagaan, di kritik membabi buta oleh segelintir peserta yang tak sedar diri di bawah kendaliannya. Ya, mungkin tidak berpuashati kerana selepas ke seminarnya, masih tidak berjaya.

Pakar tersebut ialah Dr Azizan Osman. Saya tidak pernah ke kelasnya untuk belajar selok belok perniagaan, tapi saya tahu niat murninya untuk membantu usahawan melayu.

Friday, September 19, 2014

Nasib baik..Haha

Risau aku masa sebelum dapat result exam, nak jadikan cerita, 18/09/2014 result keluar. Target satu paper repeat sebab carry mark assignment memang rendah gila!! 4/40! 

Exam paper ni pun macam susah nak score, ada yang boleh jawab dan tak boleh. Its hard for me to score with exam and low carry mark...and i will...

So..bila tengok result..aku dapat C!! Wow...alhamdulillah..jimat rm700...tak perlu nak repeat..! 

Suka bila dapat tahu..

haha..dekat pejabat ada seorang kawan, baru beli handphone baru ...samsung grand camtulah, selalu datang dekat pejabat aku sebab ada wireless katanya..senang la chat whats app, we chat dan sebagainya.

Sebelum ini pakai handphone alcatel, dan biasa-biasa je, so aku pun cakap la dengan dia, meh aku test handphone baru kau samaada original atau tidak?

Pandai nak nasihatkan orang

Belum dapat anak dah pandai nak nasihatkan orang, suruh cari nurseri sendiri lah untuk jaga anak, dan pandai persoalkan mertua orang lain kenapa tidak jaga anak?

Duit aku, aku punya pasallah. Sakit pening mertua orang lain itu yang kau pening!!...perubatan diorang, aku yang bayar....bukan kau.

Pergi cari dan jaga keluarga sendiri. Jangan sibuk sibuk nak bercerita hal orang.......

Esok dah dapat anak, kau nak hantar anak kau pergi tadika ke, kau nak hantar anak kau kat mana ke, suruh mak mertua kau jaga ke..kau punya pasal. Jangan nak campur hal orang lain.

Baru kahwin dan pandai nak persoalkan hal rumahtangga orang. 

Thursday, September 18, 2014

Aku perhati je perangai kau..

Kejap kejap kau tengok hp, aku perhati je engkau ni. Begitulah luahan hati inspektor shahab terhadap aku.

Ala..dekat trafic light je pun, takkan nak main candy crush pun menjadi suatu kesalahan? Lagipun nak tunggu 180 second, takkan nak pandang je nombor tu.

Wednesday, September 17, 2014

Widget IDs Should Be Unique Error

Jika anda ingin menambah atau mengubah blog anda, dan bila ingin save, keluar error seperti "More than one widget was found with id: HTML1. Widget IDs should be unique." atau sebaliknya, cuba pergi dekat template, dan edit HTML.


Cari HTML 1 dan anda akan mendapati akan ada lebih daripada 1 yang menggunaka ID HTML 1. so, salah satu dari HTML 1 tu, anda tukar jadi HTML11. 

Cubalah, trial and error..sebelum tu back up coding anda.

Install font cara mudah

Ini adalah panduan untuk melakukan instalasi font cara mudah di komputer anda tanpa perlu muat turun font di mana-mana akaun web.

Screen shot yang disediakan ini untuk windows 8, namun caranya dari awal lebih kurang..boleh praktis di window 7.

Pening..aku pening..

Pening bila banyak perkara nak kena pakai duit bulan ni..hehe

Roadtax mati, duit belajar outstanding dan minimum deposit next semester, emmm....semua claim masuk entah bila, business pun banyak nak kena buat modal perniagaan.

Adat hidup didunia, dicipta berpasangan, ada pasang surut...langit dan bumi, air laut pasang surut, lelaki dan perempuan, untung rugi. kesimpulannya TABAH dan CEKAL!

lalalalalala....

Pening..aku pening..

Saturday, September 13, 2014

Andai diberi peluang

Andaikan anda diberi peluang untuk mengundurkan masa? Apa yang anda mahukan sekali lagi dalam hidup anda?

Kalau aku, aku nak kembali kepada zaman kanak kanak, tak payah nak fikir susah susah dekat pejabat menghadap paper work, meeting, programming, design, handphone, politik, bayar duit kereta dan lain lain.

Friday, September 12, 2014

Fungsi sebenar

Kepada yang suka pasang spoiler tinggi-tinggi dan dah macam tiang gol dah rupanya, aku ada satu perkara nak bagitahu yang korang sebenarnya memang tidak buat perkara yang sia-sia!!  sebenarnya korang sangat untung dan jimat, banyak kegunaannya selain dari terbang tinggi ke awan dan bermain bola atas kereta....antaranya korang juga boleh...

Memahami

Memahami


Php & MySql Basic Class

Php & MySql Basic Class

Php & MySql Basic Class

9-10/09/2014 haritu ajar php dan mysql. Alhamdulillah semua peserta berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan.

Bila bermain dengan script, kita kena banyak trial and error dan debug. Mantapkan asas html dahulu.

Mencari ilmu jangan lah sekadar melepas batuk ditangga. Jumpa lagi di lain hari. 

Thursday, September 11, 2014

Unfriend

Bila tidak add, kau request jadi kawan, sudah approve lepas tu kau tak aktif,, aku remove kau marah! padahal kau termenung diam entah apa yang engkau mahu dari aku.

Kau nak ambil tahu aktiviti orang ke? bukan nak suruh like atau komen, cukuplah sekadar private message atau apa pun, bertanya pandangan ke..tanya balik diri sendiri, apa guna buat facebook?

Harini stats , pembersihan kawan telah dilakukan di facebook, mana yang tidak aktif, telah dinyahkan.

Janganlah berkecil hati, hanya unfriend di facebook.  

Cari penyakit

Cari penyakit

Jangan kan kata manusia, hantu syaitan pun tak sanggup nak naik tumpang kereta kau!, kalau macam ni keadaan tayar kau!..dah baik-baik tayar tu tegak, yang kau kepak kan macam tu (gambar atas) kenapa mat ?

Takde kerja, cari kerja! dah kena saman, baru kau tahu. Orang belakang pun takut nak ikut belakang kereta kau.

Dah elok-elok kau boleh bawa 120km/jam, tak pasal-pasal kau kena bawa 60km/jam.


Wednesday, September 10, 2014

Naik lagi!

Apela, kata ekonomi semakin mencanak pesat, yang miskin makin bertambah miskin, yang kaya terus kaya. 

Penguatkuasaan makin ketat, saman banyak dikeluarkan dari tahun ke tahun.

Harga rumah makin melambung, pinjaman diperketatkan, harga minyak kejap naik, kejap turun, tapi harga barang basah naik tak turun turun.

Bagi bantuan, lepas tu ambil balik duit bantuan melalui tindakan penguatkuasaan, cukai dan kenaikan harga barang.

Monday, September 08, 2014

Macam-macam hal

Bayar RM 150.00 sen, nak output harga macam RM 1500.00, betul ke tu?

Begitulah kisahnya bila menghadap client yang bermasalah macam ni, bayar nak murah macam website biasa, tapi nak hasilnya nak macam facebook.

Saturday, September 06, 2014

3 easy way to die

3 easy  way to die



Kafe Internet

Kafe Internet

Kafe internet sekarang dah tak macam dulu, tauke tauke kafe internet sudah convert kepada mesin judi dan mesin permainan.Tujuannya untuk kaut untung.

Perisian asas microsoft office pun ada yang tidak install, tapi sekarang dah senang, kerajaan dah sediakan infrastruktur dengan adanya pusat sehenti bersepadu, UTC.

Untung student sekarang ni, nak buat assignment boleh duduk berjam-jam dekat cybercafe di UTC, boleh buat research maklumat. 

Kepada yang duduk di Melaka, boleh ke tingkat 6 UTC jalan hang tuah, ada kemudahan cybercafe disediakan, percuma. janganlah pula disalahgunakan, dah diberi kemudahan, salah guna pula dengan main game.

Wednesday, September 03, 2014

Tak faham bahasa

Kau ingat aku orang politik ke nak kena bercakap dari pagi sampai ke malam? Banyak lagi benda nak fikir dan buat, dari bercakap-cakap, pusing macam tu juga.

Aku cakap sekali sudahlah, i need privacy for right now, banyak bercakap nanti banyak lah pula dosanya..buat orang menyampah pula kan? orang melaka kalau dah bercakap sesiapa yang dengar boleh menangis air mata lumpur..

Cakap baik-baik engkau tak mahu dengar, nak kena cakap kasar juga baru makan saman. 

Lebih baik diam dari bercakap, yang mana bila bercakap boleh menyinggung hati dan perasaan orang lain.

Tuesday, September 02, 2014

Conan..!

Conan..!

Dekat GSC ada movie detective conan! peh rare..

Tapi..melepas nak tengok, sebab show time harini 2/9/2014 pukul 11.00 pagi, malam takde show..teringin nak nak tengok shinichi dan ran mouri..

Takpe its ok, boleh download di warez.org! miss you Ran Mouri..

Monday, September 01, 2014

Panduan ketika di pasar

Panduan ketika di pasar

Tips ini diambil dari instagram seorang rakan di facebook saya berkenaan tips memilih ketam yang banyak isi. Haha

Info yang sangat berguna, aku selalu ke pasar beli barang barang basah.

Yang sebelah kiri dalam gambar ialah ketam betina, dan yang banyak isi adalah ketam betina. 

So lepas ni, belilah ketam betina. 

Kalau nak beli ikan segar, jangan cari yang dah merah matanya. Kalau mata korang merah tkpe its ok. Jangan ikan! 
Duit Dari Internet