Safirul Amar Azmi Blog! Biznes Bakeri fanstar Website 7 days Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE

Friday, October 31, 2014

Die hard fan..haha!

DHF

Aku dah ada die hard fans!! haha...apa pun, terima kasih la kepada korang semua kerana view blog aku, very appreciate! 

Die hard fans yang di maksudkan aku ialah bloggers yang sudi melawat blog aku yang tak menarik dan takde follower berjuta, dan mungkin korang susah nak market kan diri korang, bila melawat blog aku ni! aku faham, by the way, terpulang pada korang, die hard fans tersebut ialah wawa ezrill, norshamimi, lovenddy, yanty, rosmiza ali, mamaniza, farhana mohamad dan parihh. Jom kita lawat mereka lak! korang boleh klik dekat nama diorang untuk lawat mereka..tiada apa yang aku harapkan dari korang semua, cukuplah dengan kunjungan seperti ini, berkongsi cerita suka dan duka, entri yang serius, lawak dan sebaliknya...

Harapan aku, biarlah tali silaturrahim seperti ini berkekalan, bagi aku, bila korang tersenyum gembira membaca atau mendapat sedikit info untuk rujukan yang tidak seberapa dari setiap entri aku, itu dah cukup membuatkan aku tersenyum! jangan lupa klik iklan! hahaha!!

Terima kasih and keep in touch! 

Berpantun pantun ye...


Bila memandang muka laut...emm sedap pantun nye...berpantun pantun OUM sekarang ni... tahulah aku ada outstanding payment...haha..jangan kata pandang laut..dah pandang kebawah dari tingkat 25 dah ni, tunggu nak terjun je ni!! Haha...assignment pun tak siap lagi..buku langsung tak baca...bowling apanya..hahaha...sedap pantun ni..haha

Berdiri pun boleh..

sofiyyah

Amboi, berdiri pun boleh tidur, entah apa yang mengantuk sangat!! Alahai...banyak fikir hal negara ni, tuh yang penat sangat! Padahal baru lepas berbual....hehe

Latihan dalaman Asas internet dan komputer

Pagi ni, 31/10/2014 kena beri latihan dan taklimat pada staff yang banyak terlibat dengan kerja kerja pentadbiran khususnya kepada pembantu tadbir pasal asas komputer dan internet.

Antara modul yang akan di ajar seperti burn data, shortcut key, hidden file,browser setting, clear cache dan cookies, zip dan unzip file, defragment disk, folder add, print setting, microsoft office, protect data, setting internet option, repair virus shortcut, enable and disable function dan sebagainya yang berkaitan dengan internet.

Tengah siapkan modul untuk diorang ni!! Dah hujung tahun, baru nak apply kursus, sebab tak cukup jumlah kursus 7 hari setahun!! Ni nak bagitau, kalau korang tak sempat nak apply kursus atau sibuk sangat sampai tak sempat nak apply kursus, korang boleh apply epsa. Apa itu epsa? Korang search dalam blog aku! Taip je EPSA! bagus epsa ni..boleh kursus walaupun berada di kedai mamak!! EPSA ni untuk pekerja gomen je..

Ikut sapa la ni...

qayyum

Alahai si anak sulung ni, kenapa kamu berperangai sedemikian rupa? Haha..lagi sekali buat macam ni, nanti daddy babab! Si abang buat macam ni, esok si adik lak mengikut...!

Muka tak puas hati, sebab tak dapat main game kat laptop aku, aku dah belikan tab untuk diorang, tapi tak nak main game dalam tu..nak juga main daddy punya game!! Aku pun main dinner dash dan solitair je, itu je game yang ada kat laptop ni!! Daddy nak buat assignment la korang pergilah tengok cerita mr oss ke, upin ipin ke, cerita korea ke, atau perfect macth vivo!!...tangan sorang sorang dah la macam JCB!! Habis di geledahnya!! nanti korang tekan macam macam takut terdelete data data dalam tu lak nanti......

Budak budak sekarang ni dalam proses membesar, dia mengikut apa yang orang dewasa buat...tapi yang korek hidung ni, aku tak tahu dia ikut sapa!! Haha..aku suka pakai kemeja, baik malam atau siang..anak anak pun mengikut sekali..nak pakai baju yang ada collar dan poket..siap nak ada pen lagi! Haha..

Tak suka bila buat kerja anak anak datang..sebab bila aku buat kerja, aku suka hisap rokok, baru ada idea..

Thursday, October 30, 2014

JDT atau pahang?

Dah lama tak tengok bola liga Malaysia ni...tahu tahu dah sampai final je? Emm kalau team dalam malaysia ni, aku pilih johor la! Sebab masakan orang johor sedap sedap, so secara tak langsung, aku sokong bola sepak johor!! Haha

Johor lawan pahang kan? Emm dua dua kuat tu..tapi johor ada asam pedas, pahang plak ada gulai patin!! Aku tak makan ikan darat! Emm ..aku harap johor menang 2-0. Oleh kerana team pahang kuat, 2 goal johor tu, adalah penalti minit ke 102. Score by pablo aimar..haha

Benggang dengan era fm ni, dalam satu jam berapa kali kau putarkan lagu ale ale ale tu! Kalau boleh 10 kali kau nak putar kan lagu ale ale tu lah!!! Sudah sudah la buka lagu tu, bukalah lagu sweet charity ke, metallica ke, sm salim pun takpelah juga!...dulu epl pun sama, kejap kejap kau buka lagu manchester united...syok sendiri ke apa era fm ni...ale ale...! Mentang mentang johan sokong pahang!!! Ah peduli apa aku! apa apa pun...chelsea and ac milan forever!!!

Kalau dah kerja sebagai web designer..

Haha..zaman ict serba canggih ni, semua kata kata kena sertakan gambar sebagai bukti, kalau tak nanti orang tak percaya, sama macam dengan situasi ni, sebagai contoh seperti melalui sms ni : "Bos, masuk lewat sikit, tayar kereta pancit, hantar kedai jap!", bos reply, ok, kau jangan keledek! mana gambar!?  haha 

Situasi aku lak, yelah aku ni kerja sebagai web designer, dan kerja bab-bab manipulasi gambar ni memang boleh lah! , kadang kadang bila kita bersama rakan-rakan bercerita pasal sesuatu hal yang kebetulan kita pun pernah melaluinya dan kebetulan ada ambil gambar sebagai kenang-kenangan dalam Handphone aku! , saja je nak kongsi untuk tatapan! bila tunjuk gambar, kita rasa macam bangga gila lah, maknanya kita takdelah cakap kosong! tapi yang kesiannya, rakan rakan cakap itu gambar edit ke? bohong la! itu la ini la...grrrr!

aku


Melawat..

Dapat tahu melalui whats app, adik kawan di kampung, kemalangan dan meninggal dunia di tempat kejadian. Kemalangan ni disebabkan kecuaian pemandu kereta yang suka suka je keluar simpang tak pandang kiri kanan!!. Aku memang kenal arwah ni, dulu masa buat program komuniti, selalu juga arwah join, tak kisah lah program apa pun, memang aktif la arwah ni.

Sesungguhnya ajal maut di tangan Tuhan. Segala galanya telah tercatat, hanya menunggu masa di ambil nyawa oleh Nya, hanya cepat atau lambat sahaja.

Baru balik melawat, Berhati hati lah semasa memandu. Salam takziah, Al Fatihah buat arwah..

Wednesday, October 29, 2014

Rajin semacam je...!

Haha..tak suruh buat kerja, dah terpacak depan meja, cakap ada kerja nak kena buat ke? eh, encik nak beli apa apa? nak kirim? emm..sebelum ni, kalau bagi arahan, susah nak dengar, kalau dengar pun buat buat pekak, bila tanya, baru nak buat..kalau aku tegur,  kecik hati pulakkk..!!

Emm..oh, baru tahu, rupanya dah sampai..kertas kuning SKT (Sasaran Kerja Tahunan) pada staff, patut lah rajin semacam! siap tanya khabar lagi..speechless betul aku lah! kalau bagi kerja ni, mau nya siap on time, tak bertangguh!! haha..

Patutlah rajin semacam je....ada udang di sebalik batu rupanya..

Baiklah..saya faham!

faham

Saya tak makan ayam, saya telah tukar dari makan ayam, kepada makan sayur..sebab sayur lebih murah, kerana saya bercucuk tanam, macam macam saya tanam, kangkung, sawi, cili padi, tak lupa juga, saya juga menternak cacing, dimana cacing yang saya bela tu, saya boleh jual di kedai memproses baja dan kadang kadang melepaskan cacing cacing tersebut berkeliaran riang di ladang tauke buah berbangsa cina.

Tujuannya ialah menyuburkan tanah tanah di ladang mereka. Saya mengambil upah dengan melepaskan cacing tersebut, ada banyak jalan untuk menambah pendapatan... terima kasih ya Menteri yang perihatin.

Takpela, syukur lah, malaysia masih aman...

Duduk lama lama sikit eh..

duduk

Kalau korang jumpa iklan keluar, jangan lupa tolong klik ye..haha..nanti aku bagi hadiah! tapi kena angkat tangan la, siapa yang dah klik iklan kat blog aku ni..haha

Terima kasih kerana melayari blog aku yang entah apa apa ni, boleh lah dari takde, CPC pun running, CPUV pun makin bertambah!

Kegunaan internet pejabat...

Internet di pejabat digunakan untuk buka sistem, email rasmi dan segala hal yang berkaitan kerja. Bukan untuk buka harakah daily, barisan nasional online, berita harian, utusan malaysia, air asia, portal genting highland, youtube, blogger, facebook dan twitter. 

Bila sistem di tempat kerja dan internet down, semua orang salah kan IT department, akses bandwidth meningkat, internet menjadi lembab. Kalau nak buka facebook atau media sosial yang lain atas tujuan peribadi! Gunalah data plan handphone atau broadband masing masing, mustahil guna smartphone tak pakai mobile data. Tak pasal pasal kena off firewal.

Saya tak marah awak sebenarnya!

Kalau kita marah dekat orang tu? apa yang korang buat? counter diorang balik maki depan-depan? belakang? tulis dalam blog korang dan luahkan cukup cukup? atau mencari orang yang boleh dipercayai, dan luahkan sehabis habisnya?

Huh, masing masing ada cara tersendiri, baik rozaimi, murukemal, ah liaw, dan kamarudin! setiap orang ada cara yang berbeza bila marahkan seseorang....kalau aku marah, aku akan buat tak tahu je dengan orang tu, dan bila bercakap, tak pandang pun muka orang tu, seolah olah tak wujud! haha...tapi satu tabiat aku, aku tak marah pada orang yang aku bengang tu secara direct, tapi aku akan marah dengan orang yang paling dekat dengan aku, kiranya sebagai proksi jelah..tapi sebenarnya bukan ditujukan pada orang terdekat tu pun!

Tuesday, October 28, 2014

Ikut liter atau RM?

Banyak tersebar pasal teori penjimatan minyak ni yang menggunakan liter, pengiraan salah pula tu..sepatutnya jumlah liter yang masuk ialah 17.3913043478 bagi isian rm 40.
Ikut liter atau RM?

Aku pun selama ni, main bedal je isi minyak..haha..yang penting penuh. Oklah semua orang tahu kan , minyak naik dah jadi Rm 2.30 seliter. Ada untungnya kira guna liter dari nilai RM! Dan ada kelebihan juga mengisi minyak mengikut nilai RM. 

Aku punya kiraan, seliter Rm 2.30 sen, kalau tuang 10 liter maknanya Rm 2.30 x 10 liter bersamaan dengan rm 23! Kalau tuang rm 46 ringgit, kita dapat 20 liter. Kalau kita isi minyak rm 47, dapatlah 20.4347826087 liter!! masih dapat 20 liter juga..kan? Kan? Ada yang berpendapat meter noozle tidak membundarkan nilai selepas 2 titik perpuluhan, dimana syarikat minyak mengambil untung 0.0047826087 dari isian rm 47!  Nilai liter yang genap, lebih jimat jika kita tuang rm 46.00 .

Kalau Isi minyak mengikut nilai rm pula, sebagai contoh rm 48, rm48/rm2.30 kita akan dapat= 20.8695652174, kan ada lebihan tu pada kita...yang perpuluhan tu..oh ya, mungkin perbundaran balance lepas dari 2 titik perpuluhan itu menguntungkan syarikat minyak? Emm..

Aku ni takde la pandai matematik, dapat 7 je pun masa spm..haha, korang setuju mengikut liter atau nilai rm? Betul ke...pihak stesen minyak kaut untung dari nilai rm?

Cam menarik je isi genap genap..hehe..rm 46.00 =20 liter!

Saya mencuba secara praktikal dengan mengisi minyak menggunakan nilai RM 40.00..sepatutnya saya mendapat 17.3913043478 liter bagi isian RM 40.00 , selepas tuangan minyak selesai saya mendapati noozle meter mencatatkan seperti gambar dibawah

Ikut liter atau RM?

Ada perbundaran, pelik? ok ...setelah di tolak perbezaan jumlah liter yang sepatutnya, resultnya 0.0006956522!! so balance liter itu pergi ke mana ???

Saya tak pasti kesahihan ini, samaada menguntungkan syarikat minyak atau sebaliknya....tapi saya cam pelik, balance tu kemana?

Last day..

Last day..

Terbaik mesyuarat dekat port dickson ni, teringat lak dekat player bola mana entah namanya dickson nwakame..macam biasa la, bila mesyuarat dan latihan je, mengantuk! Entah apa yang di bebelkan..haha

Kadang kadang, terfikir lak, bila aku bercakap orang mengantuk tak? Hahaha...sebenarnya ada cara macamana bila kita bercakap, orang seronok dengar! Haha rahsianya...salah satu, slide korang mestilah menarik bila di pandang, ada kesan motion, ada video untuk konklusi, bercakap jangan berpandukan slide, spontan, font yang sesuai, dan warna background slide mestilah kontra dengan warna font, dan tidak terlalu protokol!

Slide kalau warna warni, mesti yang tengok pun, hati berbunga bunga! Wahhh! Nak berslide di swimming pool bersama mat salih! Wow!

Monday, October 27, 2014

Manusia

Manusia

Biarkan orang mengumpat pasal kita, jangan membalas, pedulikan dan abaikan mereka. Memaafkan memang la susah, kita tak kena dan rasa, memanglah..cakap memang mudah. Apa yang terbaik, jangan di layan, abaikan sahaja, kerana setiap perbuatan itu mencerminkan perilaku dan perangai dalaman seseorang.

Kalau pendam dan abaikan, boleh kena sakit jantung lak ye tak?..last last kejung memendam perasaan! Abaikan dan jangan buang masa memikirkan perkara yang merugikan. 

Kongsi ilmu

Hari ini semasa latihan open source plone di port dickson, sempat influence sorang peserta ni buat blog dan tambah pendapatan melalui 8share. Bila kongsi ilmu dengan orang, aku puas, di tambah lagi, bila orang tu amalkan dan ada sifat ingin tahu dan tidak bodoh sombong!. Tidak salah kongsi ilmu, sama sama bina kekayaan!! Kekayaan yang aku maksudkan bukanlah kekayaan wang ringgit semata mata, kekayaan yang sebenar ialah..kekayaan ilmu..

Jana pengetahuan, bina kekayaan dan jamin kesejahteraan. Bila kita mendapat ilmu, kita gunakan ilmu untuk bina kekayaan, dan bila semua itu ada, akan menjamin kesejahteraan hidup. Sharing, sharing will make you more improve dan will enhance your knowledge.. Percayalah. Jangan lah kedekut ilmu.

Dalam masa aku ajar dan invite macamana nak tambah pendapatan melalui iklan 8share, aku dapat benefit berupa bonus. Ok la tu. Haha ....dari korang whats app, fb tak tentu pasal sebarkan benda yang tak sahih, kan bagus cari alternatif tambah pendapatan..dan jadilah penguna internet yang beretika...

Carilah ilmu dan kongsikan ilmu untuk kuatkan lagi akal kita..dari setiap perkongsian ilmu dan perkara yang baik ini, akan dapat ganjaran dari Nya..pahala sikit, dosa makin banyak setiap hari!! Orang lain gembira, hati kita pun tenang.

Hidup ini jangan sombong...jangan usik orang, jangan langgar peraturan, jangan masuk kongsi gelap, jangan pandang tahi lama sangat, jangan tengok cerita pembunuhan, jangan gelak terbahak bahak sangat..rosak otak ekau nanti..haha

Mancing kat sini jela

Haha..tak jadi lah mancing dekat teluk kemang, dekat thistle resort ni pun, banyak lak mat saleh berenang di swimming pool, aku mancing dekat swimming pool ni jela..hahaha..speechless! 

Yippi..! Eh tkde la main main je..bahang sekarang ni, lepas latihan..nak berenang kat sini.
Hujan renyai dekat pd ni..

Mancing kat sini jela

Cantik persekitaran resort ini, makanan pun sedap sedap...aku dapat hotel 3 bintang pun dah ok lah..yang ini, maunye 7 bintang! Tak mampu den...hehe. 

Setengah jam dah sampai


Senang rupanya nak mencari lokasi resort ni..haha..masuk je Negeri sembilan aku dah buka waze..takut bebenar tak jumpa!! Padahal dekat sempadan dah ada signboard resort ni..emmm

Tak sampai pun lagi teluk kemang..kalau macam ni setengah jam dah sampai!! Kejap lagi nak cari umpan umpun umpun dan udang nak buat umpan! Peduli sama hal kerja..ini semua dunia!!! Yang penting kita enjoy! Jadi nelayan hari ini di PD..

Sunday, October 26, 2014

Tempat best di PD?

Esok sampai selasa ada training web development open source plone di Port Dickson. Lokasi nya di Thistle hotel, katanya di area telok kemang! Banyak resort eh dekat pd ni, yelah ada pantai..kalau kat Melaka, habis di tambaknya dengan pasir!! Ada pun dekat pantai puteri je kalau nak tengok pantai! Dekat klebang..korang pandang jelah tugu 1 Malaysia yang dah kopak kopak tu..hahaha

Aku biasa pergi pd ni, comfirm tak sesat nye! Haha ..tapi kan thistle hotel tu kat mana eh? Emm tak pernah dengar, kalau pnb ilham, permaisuri resort  atau glory beach resort tu tahulah!!

Takpe guna waze dan papago je..hehe..kadang kadang takut guna waze..entah mana ceruk hulu di tunjuk jalan! Haha..tapi last last jumpa juga! Hehe..hidup bergantung pada internet jelah! Kalau nak tanya orang pd..belum tentu ada yang boleh jawab kat mana lokasi nye..! Kalau korang tahu, boleh tak bagitahu landmark nye..?

Orang luar datang kat melaka, tanya lokasi sesuatu tempat pun, kadang kadang susah nak jawab..hahaha..apa la punya orang Melaka..! Yang aku tahu, kedai komputer dan tempat memancing terbaik je! Haha

Saturday, October 25, 2014

Dropbox!

Zaman sekarang ni, kita kena guna cloud computing, bukan apa untuk tujuan melindungi data dan share dokumen kita, korang boleh akses dimana mana tanpa perlu risau, sekarang ini banyak platform yang menggunakan cloud computing! Contohnya seperti dropbox, google drive dan macam macam lagi.

Di smart phone pun dah tersedia aplikasi dropbox, daftar dan korang boleh share dokumen, design, dan macam macam lagi tanpa perlu risau server line down! Boleh dicapai bila bila masa! Tidak perlu bawa pendrive kemana mana! Cuma anda perlu lindungi password anda agar tidak di ketahui umum. 

Gunakanlah aplikasi ini sebaik mungkin!! Bagus digunakan bila di pejabat, dalam mesyuarat, untuk rujukan dan sebagainya. Aku install dropbox di pejabat, dan masukkan pelbagai dokumen penting di dalam dropbox file. Sekarang ini, aku boleh akses bila bila masa dokumen tersebut , tanpa perlu risau, samaada komputer aku shutdown atau sebaliknya.

Cloud computing ini juga sesuai sebagai backup file kita. Aku boleh akses dan lihat apa yang akan berlaku pada akan datang! Kerana semua maklumat mesyuarat, gambar, dokumen telah di masukkan di dalam komputer di office! Mudah! Even shutdown komputer tu pun, aku still boleh akses guna note 3 aku!

Bila cakap pasal teknologi semua sokong! Tapi diperingkat organisasi, pergi mesyuarat! Bawa fail macam nak balik kampung! Menuju wawasan 2020 apanya, kalau masih dengan cara konvesional !

Rezeki

Rezeki

Terima kasih kepada rakan rakan yang sudi melayari blog aku, insyaallah, aku juga akan sentiasa view blog korang semua. kalau jumpa iklan kat blog aku, klik la..hehe! Biasa nya pukul 3-4 pagi, iklan keluar, kalau tak percaya, cubalah lihat blog korang time lewat pagi!..hahaha.

Terima kasih kepada nuffnang dan rakan bloggers. Blog ini bukan sekadar kita meluahkan apa isi hati kita, kita juga boleh tambah kenalan, kongsi maklumat dan buat duit sampingan! 

Dalam masa yang sama, sebenarnya untuk rujukan aku di masa akan datang. Konsep blog ni bagi aku macam cloud computing juga lah! Korang store dan save data informasi korang di blog ini, dan dalam masa yang sama, boleh view walaupun korang berada di zimbabwe sekalipun. Pendek kata, malas nak tulis panjang panjang, bukan korang baca pun, korang baca pun part perenggan yang last je ...! Kan! Kan! Kan! Terima kasih!

Apa hijrah anda?

Di tahun baru, buku baru dibuka, buku lama di angkat ke langit,hijrah aku kali ini, nak jaga mulut dan taknak baran baran lagi. Haha minta minta berkekalan la hijrah kali ini. Kadang kadang situasi sekeliling yang membuatkan aku baran dan cakap kasau. Tapi sebenarnya tak berniat pun. Orang melaka kan..biasa lah! Haha perkataan macam lahabau dan musibat tetap keluar! Tapi hati baik dan comel! Haha..

Kalau jumpa kawan dari negeri lain, diorang marah kita..bila kita cakap lahabau dengan diorang haha..dah memang macam ni..ok la boleh berubah, orang johor lagi la kasau bahasa! Haha..aku pun pernah dibesarkan di johor, segamat!! Minta maaf ye orang johor! Sebenarnya bukan sengaja, cuma dah jadi budaya percakapan! Kalau tak biasa boleh bergaduh dibuatnya. Orang melaka dan johor ni sarkastik sikit bahasa diorang, kalau tak biasa, boleh menangis! Haha..

Kadang kadang, baik terus terang daripada depan baik belakang ditikamnya kita! Ulau melingkau atas pagau, kau nak pergi mana tu lahabau? Salam maal hijrah...!! 

Geram!

Grrr...uninstall dan tutup hp! Itu adalah yang terbaik setakat ini! Apa lah game swamp attack ni, susah betul nak main nye..tembak tembak tak mati! Buatlah game yang senang sikit nak main! Ini kau bagi tembak musang siap bawa chainsaw lagi! Susah la macam ni! 

Lepas uninstall swamp attack, install lak dekat play store volleyball, emm baru level 1, senang sikit, bila dah level susah..sama je! Nak beli barang, takde duit, dah tu kena beli kasut, baju, guna duit online! Haha geram! Uninstall lagi! Main candy crush yang tak berapa nak crush ni je la.. Haha

Apa game yang senang dan menarik versi Android? Baik main game dinner dash lah! Buat kek, roti..bagi customer minum air..haha..susah pun tak! Jangan bagi customer baran je..hahaha

Friday, October 24, 2014

Takde bezanya..


Alamak ai..bilalah ada masa nak gunting rambut ni! rambut dah macam singa jadian, bila lalu depan semua orang, semua orang senyum! agaknya entah apa yang kelakar! entah entah mengumpat pasal rambut aku la tu! sabar..sabar...

Tapi yang pelik, rambut singa takde uban, rambut aku ada, makanya, jadi singa albino! apa bezanya aku dan singa albino sekarang! takde bezanya...

Ermm..ada group whats app..? untuk apa

Parti politik dekat kampung aku, dah ada group whats app lah! bagus la tu..nampak bebenar celik komputer dan pintar gajet nye! Macam macam artikel di kongsikan di dalam tu...apa sahaja isu entah betul ke tidak di sebarkan..orang politik kata kauu! Semua benda diorang tahu..tak tahu pun buat buat macam tahu! Apa taknya..orang atas kata betul..yang bawah ni mengikut je cakap betul!! 

Orang dah invite..layan jela. Ikut kan je..perhati je sorang sorang...pang pung pang pung cakap dan tulis!!! Hahaha zaman sekarang ni, kalau cakap tu pastikan selaras dengan tindakan. Dah pergilah buat program untuk rakyat! Kalau cakap kosong..tapi tak buat apa jadahnya..!

Ah, bagus juga..alang alang dah ada banyak group ni, bolehlah share link 8share! Karang bila tak bersuara, di katanya kita tak aktif dan dungu..! Bila bersuara dikatanya kita nak menunjuk nunjuk pandai! Alahai politik politik! Baik makan capati kari kambing lagi bagus !

Thursday, October 23, 2014

Lebih punya orang!

Tertarik dengan statement bro ben ashaari pasal individu atau syarikat yang minta promosi produk mereka, tapi taknak bayar! nak percuma je..lepas tu demand! Tak tahan..haha

Aku pernah melalui situasi tu..ada customer datang minta buat website, nak bayar rm 500 je..website nak siap dengan pembayaran online!! Dalam hati aku..biznes maju jual barang sana sini..ada hati nak buat website..kalau bayar murah macamni! Agak agaklah! Rm 500 tu  kos hosting dan domain je..! Upah aku buat website 2-3 hari lagi..? Penat memikirkan coding..! Duduk menghadap komputer! Tiada langsung masa dengan anak anak, itu semua tak fikir ke?

Nak siap online shipping..meh bagi aku ..rm 10 ribu! Kalau nak bayar rm 500..! Boleh! Bagi blog biasa je..! Website HTML statik pun aku charge rm 1000 minimum! 

Ada sorang lagi customer..minta buat logo company..! Ini lagi sorang..biznes maju! Jual barang sana sini..demand nak logo gempak gempak! 2-3 kali minta ubah! Lepas tu time nak bayar?..aku charge masa tu pun rm 50 atas dasar kawan..! Sepatutnya aku charges rm 300 minimum..paling tinggi aku jual satu logo rm 2000!  Kawan kawan punya pasal..aku charge la rm 50. Lepas tu nak minta diskaun lagi! Bayar rm 30! Memang lebih punya orang! 

Biznes gebang sana sini..blog pun tkde! Aku propose buat website tak nak!! Alasan mahal! Macamana nak maju..sekarang ni semua promosi secara online! Invest la sikit..! Kalau nak maju jangan kedekut!!!

Segment Blog Review by Sally Samsaiman

Segment Blog Review by Sally Samsaiman

Join segmen bloggers Sally Samsaiman, kalau nak join, tekan banner diatas!  So Sally can wait..she knows its too late as were walking on by, her souls slides away, but dont look back in anger, i heard you say! Haha

Ketam!

Ini bukan cerita pasal ahli politik iaitu ali rustam atau sebalikmya, jangan salah faham dan buruk sangka! ini cerita pasal ketam!!! bila tengok entri pasal ketam dekat blog mama safiy arfan haritu! haha terus mengidam nak makan ketam!! kalau cari lauk ketam dekat kedai tak best! yang paling selera dan sedap..kalau mak kita yang masak kan, kan, kan? haha...balik rumah mak, sebab nak makan je! haha tak patut! tak patut! Apela aku ni!! Tapi takpe mak aku spoting dan memahami!  hehe..

Mak im coming home....! yippie! moral of the story yang tiada kena mengena dengan entri ketam diatas haha, sebelum kita nak betulkan orang lain, kita betulkan diri kita dulu, jangan lah jadi seperti ibu ketam yang ingin mengajar anak ketam jalan lurus dan betul! 

Segmen Blogger Cergas & Santai


Join segmen ni walaupun sibuk, di jemput oleh bloggers izzati amira.Segmen ini ada tiga soalan yang di tanya dan tidak diwajibkan untuk menjawab, tiada pun ok..!cuma letak banner, dan link ke segmen tersebut pun takpe! hehe,  aku join bukan sebab apa, cuma nak tambah kenalan bloggers je. bolehlah tolong bantu klik apa apa yang patut! haha

Soalan yang pertama? apakah lagu / buku / novel / movie kegemaran korang? aku jawab secara santai ya, aku minat muzik yang ada elemen harmoni dan melody, ballads dan punk! serta ada unsur-unsur rebel! haha , band yang paling minat, X Japan, Marty Friedman, Yngwie Malmsteen dan helloween, aku lebih kepada rock dan metal! lagu dari X japan yang best dan minat, ialah Tears dan Art Of Life! cerita yang aku minat ialah cam biasa lah hindustan, dan movie hindustan yang paling aku suka, GHAJINI! Emm nak tambah lagi! kalau hollywood, aku minat movie Pretty Woman! haha..

Soalan yang kedua,..blog yang aku kamu suka dan lawati? terus terang cakap, aku suka masuk blog yang ada di bloglist aku, semua bloggers hebat! dalam bloglist aku, aku pilih add to list blog im following, makanya, tiada siapa yang special, semua sama je dan terbaik! hehe

Soalan yang ketiga, dalam banyak banyak entri, entri mana yang aku nak orang baca?, haha entah la, terpulang kepada masing-masing. tidak semua orang suka apa yang kita tulis. ok! menjawab pada soalan, ok aku pilih entri ini , http://www.safirulamar.com/2014/10/bela-haiwan.html 

Wednesday, October 22, 2014

Dah berlambak mainan !



Pagi tadi lepas belikan sarapan, aku kejutkan anak anak bangun tidur untuk sarapan, lepas tu beri hadiah pensel warna dan buku warna pada mereka. Daddy bukan taknak belikan mainan, mainan korang dah berlambak dari kecik sampai ke besar! Dari mahal sampai lah yang murah..hinggalah ke gajet..

Korang nak mainan apa pun daddy boleh belikan!..apa sahaja walaupun daddy belum ada duit lagi!..masalahnya, korang main tak sampai setengah jam pun, lepas tu nak beli mainan lain...hehe..kebetulan anak anak aku ni suka mewarna, so aku belikan lah walaupun murah harganya..suka diorang mewarna...!! Hah, kan bagus macam ni..dari beli mainan entah apa apa!..last last tak main pun...anak anak orang lain lak yang datang rumah mainkan mainan yang daddy belikan! Ultraman baru beli, tak sampai setengah jam! Kepala dah hilang! Takpela..

Nanti daddy belikan buku, pensel warna banyak banyak! Pandai budak budak sekarang, cepat belajar..main game pun tak nak nye game snake macam dalam nokia 3310 tu, nak yang touch screen! Hehe..

Plone

Minggu depan aku ada kursus di Port Dickson, kursus CMS content management system PLONE..sama macam aplikasi web based open source yang lain seperti joomla dan wordpress. Bagi aku, buat masa ini, joomla is better from wordpress. Dua aplikasi web ni, mudah! cuma yang membezakan dua aplikasi ini ialah plugin dan interface.

Tambah satu lagi, plone!!! Wah..macam menarik! Open source!! Tak ramai yang menggunakan plone. Prefer masih lagi joomla, if ada error nak debug, boleh ke komuniti dan forum sebab dah ramai user guna joomla!

Lepas plone, nak fokus untuk C++,liferay dan javascript lak! Joomla ke plone! Kalau kena bayar untuk tambahkan ilmu apa salahnya!

2 tahun sebelum ni, buat web based guna coding dan configure jQuery . Penat! Sekarang ni, macam macam aplikasi open source wujud..mudah dan jimat masa!

Tuesday, October 21, 2014

Selesai satu hal!

Dalam masa 2 hari, berjaya menyiapkan buletin majalah yang pelanggan mahu! Dah finalize dan hantar design pada printing untuk mencetak! Pelanggan puas hati, hati pun senang..!

Lepas setel part buletin, nak kena jumpa customer lagi untuk design baju korporat..! Harap dapat close deal. Dan semalam dapat tempahan banner, bunting dan sistem online.

Harap harap mereka setuju dengan harga yang diberikan! Haha bila assignment aku nak siap? Emm...cool, cool dan relaks...! 

Iklan jawatan kosong

Ada buka iklan penjawatan kosong di majlis perbandaran hang tuah jaya , sebuah pihak berkuasa tempatan di Melaka.

Korang boleh akses di www.mphtj.gov.my, muat turun borang percuma dan iklan jawatan kosong.

Takut!

Harini dapat surat, semua kakitangan lelaki, dimestikan menderma darah!! bukan tak mahu derma, masalahnya aku takut kena inject dengan jarum dan lagipun ..hah! berat aku pun dalam 55 kg..pokoknya..ngak perlu la ye.

Ramai diluar sana yang memerlukan darah...untuk kesinambungan hidup, bagi yang berkelayakan, dermalah, dapat pahala.. aku darah pun takde..terpaksalah makan kerang banyak-banyak! orang lain semua dapat darah tinggi..aku pula dapat tekanan darah rendah!!

Jom makan kerang!

Mini Giveaway by Syira Lokman

Mini Giveaway by Syira Lokman

Kalau nak join, bolek tekan banner di atas atau url ini

Bela haiwan...

Bela haiwan...

Kalau nak bela haiwan peliharaan, pastikan makanan dia cukup..bukan setakat bela je, lepas tu biarkan..kesian haiwan tu, lapar. Dia bukan boleh cakap lapar..lapar..kalau dia boleh cakap! Setiap jam..dia jerit..lapar! Lapar woi! Nak kangkung...!  Haha

Aku pernah bela hamster, ayam serama, dan ikan. Sebulan dua bulan..je bersemangat..lepas tu..dah tak terjaga sebab sibuk..eloklah lepaskan dari buat haiwan tu mati kelaparan! 

Adik aku bela arnab ni...pandai bela..tapi tak bagi makanan..bising arnab ni dalam sangkar...! 

Apa dah jadi pada Manchester?

Baru lepas tengok bola, manchester united lawan wesbrown albion dengan keputusan berakhir 2-2. Benar, manchester sekarang tidak sehebat manchester yang dahulu.

Sejak alex ferguson bersara dari aktiviti mengurus pasukan manchester united ni, turun naik prestasi manchester atau dikenali Man Utd ni. Champion league pun takde dalam list! Bagus la..sebab aku tak minat Man U pun, gua chelsea!! Haha

Dalam manchester united ni, aku minat rio ferdinand je..defend terbaik. Itu je..sekarang ferdinand main dekat queens park rangers..hehe..

Monday, October 20, 2014

Skim terpencil?

Not fair! Itu sahaja yang boleh aku cakap kan berkenaan dengan tukar opsyen skim F kepada skim N. Apa yang aku faham, kerajaan persekutuan nak menyatukan skim yang terpencil kepada skim dominan seperti skim N.

Keburukkannya, bagi yang berjawatan FT 17(juruteknik komputer), F29-F41, jika tukar ke skim dominan seperti skim N, still akan pangku tugas sebagai teknologi maklumat walaupun menjadi pegawai tadbir atau penolong pegawai tadbir dan dalam masa yang sama menguruskan kerja kerja membabitkan pengurusan. So, kena buat 2 kerja membabitkan, teknologi maklumat dan pentadbiran, gaji tetap sama kira satu. Cuma tambahan tugas pentadbiran pengurusan skim N.

Kebaikkannya, peluang untuk kenaikan pangkat dan gred cerah. Kalau skim F, tidak boleh pindah mana mana jabatan. Duduk sampai pencen dekat teknologi maklumat, tapi jika skim N, boleh pergi kemana mana jabatan jika mendapat tawaran ataupun re-shuffle.

Berkenaan dengan perperiksaan, mungkin berbeza bagi skim N dan skim F. Ada yang perlu ambil dan ada yang tidak perlu. Walaubagaimana pun, mungkin akan mendapat pengecualian dari jabatan perkhidmatan awam.

Walaubagaimana pun, terpulang kepada penjawat awam, tiada paksaan. Kalau nak convert, dipersilakan, kalau tidak mahu, abaikan.

Skim F bukanlah skim yang terpencil, tiada IT maka tiadalah sempurna operasi dan perkhidmatan didalam sebuah organisasi. Kenapa nak membuat kaedah macam ni ye?

Kenapa anjing? kenapa tak kuda?

Di selangor, ada program mari menyentuh anjing, kenapa tak buat program menyentuh belalang kunyit? sentuh kuda atau harimau? semakin tidak sensitif masyarakat sekarang, lebih baik elakkan dari menyentuh, tambahan pula banyak dalil-dalil yang menyatakan diharuskan membela anjing, tapi bersebab.

Memang la anjing yang kita pegang tu, dalam keadaan kering, tapi persoalannya lebih baik jangan pegang, banyak kutu atau hama dan boleh kena penyakit berjangkit...korang pasti ke anjing tersebut benar-benar kering? korang pasti tiada najis yang melekat?

Tak pasal-pasal nak kena samak dengan air bercampur dengan tanah dan air mutlak...ada sebab kenapa islam menegah dari membela atau menyentuh anjing ni, cuba lihat ini untuk penjelasan yang lebih lanjut.

Motif kempen untuk mengelakkan orang ramai dari rasa takut terhadap anjing, orang islam takut pada anjing bukan sebab dia ganas ke atau apa ke, orang islam takut tersentuh! itu sahaja...

Aku bukan tuhan untuk menilai dosa pahala dan bukan ustaz untuk memberikan hukum. Cuma terfikir, kenapa buat program pegang anjing, kenapa tak buat program rama rama ke atau apa selain dari anjing atau khinzir

Pen jatuh..

Huh pen jatuh lak! Kalau jatuh dekat atas rumput ke, atas lantai ke boleh lah ambil, jatuh pula dekat dalam lubang jamban!! Memang tak dapat diselamatkan la macamni..takkan nak hulur masukkan tangan pula!!

Dulu pendrive jatuh, sekarang ni pen lak..mahal pula tu! Emm takde rezeki nak buat macamana..takpela salah aku..semuannya nak letak dekat poket..nasib baik kunci kereta tak letak dekat poket baju!

Alahai..

Sunday, October 19, 2014

Motor tetap motor

Tidak kisahlah motor berkuasa 70 cc hinggalah berkuasa besar seperti superbike 1000 cc, berapa laju kau bawa, motor tetap motor.

Ikut lah laluan yang disediakan di jalan raya, kalau di highway, motor berlumba lumba di lane 3, bawa laju macama pun..dah nama motor, tetap tidak seimbang kalau nak dibandingkan dengan kereta. Banyak kemalangan membabitkan motor di jalan raya.

Kadang kadang, yang bawa kereta kena mengalah dengan orang yang bawa motor di jalan raya, apa lah salahnya speed di laluan motor.

Bila semua bersih..baru boleh berfikir

Bila semua bersih..baru boleh berfikir

Kipas Lipas ni, buka level paling tinggi pun tetap perlahan..dah la perlahan, berbunyi bunyi pula tu..bising! Sekarang ni pula banyak job dan assignment nak buat. Deadline pun dah nak dekat! Satu apa tak boleh fikir dan takde idea! Kopi o dan telur separuh masak sarapan pagi dah makan pun tetap takde idea! 

Dari duduk memikirkan idea job design dan assignment C++ programming yang sepatah haram tak faham logiknya dan menyusahkan ini! Baik mengemas! Cabut kipas tu dan bersihkan, emm patutlah berbunyi bunyi dan perlahan..banyak habuk! 

Bila semua dah bersih! Rasa tenang..dan boleh lah tidur!! Haha

Saturday, October 18, 2014

Pandang kiri kanan

Nasihat kepada perokok, kalau nak hisap rokok dekat kawasan tumpuan orang ramai seperti pusat rekreasi atau di kedai makan, pandang la kiri kanan di tempat kita duduk tu, tengok ada ke kanak kanak kecil kat depan atau belakang kita.

Kalau nak hisap rokok, bangun dan cari kawasan berdekatan yang sesuai, kasihan la dekat kanak kanak yang masih kecil, baru nak hidup.

Dah tahu, kau tu perokok, duduklah di tempat yang terbuka sedikit di kawasan kedai tu, hormat privasi orang lain. Aku pun hisap rokok juga! Fikir perasaan orang lain...cuba kita di tempat ibu kepada kanak kanak tu!

Takde otak! Bila cakap macam ini, marah! Tapi dah memang betulkan! Kau nak sakit, sakitlah sorang sorang!! 

Rukun tetangga kampung

Kampung atau area taman kediaman korang ada tak rukun tetangga atau pasukan ronda? Tujuannya, untuk jaga keselamatan kampung dan taman..

Lewat pagi macam ni lah, biasanya aku dan berberapa rakan kampung ronda, semua kawasan redah, jalan kaki dan naik motor....so far time aku jaga dari pukul 12.00 pagi hingga 5.00 pagi, setiap satu jam ..kitorang akan ronda lah...

Ada satu malam tu, tengah leka berbual, kitorang terdengar suara orang minta tolong, sayup je bunyinya, kitorang pun apa lagi..jejak punya jejak suara tu, sampai ke kebun getah! Depan sikit..ada kubur! Makin rapat makin jauh...ah! Apa lagi...berterabur lari!

Tak sabarnya tunggu !

Haha tak sabar nak tunggu deepavali, sebab apa? sebab mestilah banyak cerita hindustan dan tamil masa raya nanti! Wah mesti meriah..

Cerita hindustan dan tamil yang aku minat, semua cerita dari shah rukh khan..ops , sorry ye Datuk! terlupa nak tulis datuk dekat pangkal nama!! Cerita ghajini, ramjaane dan semua la yang berkaitan hindustan! Haha..

Cerita hindustan ni dia punya jalan cerita liberal sikit, takde nak sekat dan cerita tentang apa yang berlaku di dalam kehidupan kini. Kalau dia nak kutuk menteri, ahli parlimen dia, polis dia, negara dia..dia kutuk habis habis punya! Alahai inspektor shahab!! Haha

Friday, October 17, 2014

Berbuat baiklah sesama insan...

Berbuat baiklah sesama insan...

Masa nak jumpa rakan di sebuah pasaraya, terserempak dengan seorang pakcik ini, dari kelantan katanya. Datang melaka sebab nak cari kerja, tak kisah la apa pun, sapu sampah pun takpe, yang penting kerja halal! 

Datang dari kelantan bawa duit rm 100. 4 hari di melaka, duit dalam wallet dah tinggal rm 3. Kesian pakcik ni. Aku nak tolong, tapi aku pun takde duit tunai masa tu. Ada la duit merah sekeping, duit biru 8 keping. Lepas la beli rokok dunhill sekotak.

Nak beri barang sumbangan dari orang ramai

Kepada bloggers atau orang ramai terutamanya yang berada di Melaka, aku cuma nak cakap, yang pada aku ada baju dan barang terpakai seperti baju kurung wanita, tudung, topi, t shirt dan pakaian kanak kanak yang berjaya dikumpulkan oleh persatuan penduduk di jinjang, taman beringin, kepong selangor, tujuan mereka adalah untuk di dermakan kepada orang orang susah dan miskin.

Di sana, kebanyakan rumah anak anak yatim, tidak mahu lagi menerima barangan sebegini kerana sudah terlalu banyak dan tidak menang tangan.

Jadi aku ambil semua dan nak derma kepada orang susah di sini. Kepada sesiapa yang mengenali atau mempunyai jiran, orang kampung, orang yang kurang mampu, orang tua ataupun orang susah. Boleh berikan alamat mereka atau alamat anda di ruangan komen ini..aku akan beri pada anda untuk disampaikan kepada mereka yang lebih memerlukan..

Sebahagian barang terpakai ini telah diberikan pada orang yang memerlukan...

Hujan rahmat..


Hujan rahmat..

Lebat hujan masa nak balik hari ini, alhamdulillah..sejuk sikit bumi melaka. Teringat masa bawa motor masa hujan..basah kuyup di buatnya...dan kena jirus air sampai air tu termasuk dalam mulut sebab kereta langgar lopak air bertakung!

Masa pakai kereta pertama, ada suatu hari tu, hujan lebat..tiba tiba cermin kereta tidak boleh naik! Hehe..susah masa tu...habis kereta bertakung air hujan..haha

Semua orang bermula dari bawah..dan pelan pelan kayuh..untuk sampai ke peringkat yang lebih selesa...bila kita bermula dari susah, kita pasti tidak akan sombong di akhir nanti, kerana kita sendiri pernah melalui kesusahan di masa lalu.

Bagaimana la, dengan penunggang motor bila hujan lebat macam ini. Mesti kesejukan!

Jangan la mendongak ke langit, tanpa memandang di bawah..lihatlah sekali sekala..dan bersyukur dengan apa yang ada..di sebalik kesusahan itu, akan ada sinar kebahagiaan tiba..

Cermin tinted

Cermin tinted

Wah 69% diskaun! Full tinted..semua cermin, menarik..murah betul, hari tu baru tukar cermin sebab kena batu masa tengah drive, cermin dah pasang, tinted je belum, tengah mencari juga ni, akhirnya jumpa di groupon.

Kereta korang tinted tak? Baik korang tinted, kalau apa apahal terjadi, retak ke sekurang kurangnya takde la serpihan kaca terkena pada korang..malang tidak berbau kan..emm

Kari kepala ikan!

Kari kepala ikan!

Peh! Kari kepala ikan..mula mula aku tak minat! Cam geli je nak makan..yelah..kepala kan! Kalau badan dan ekor ikan oklah lagi!

Aku selalu datang dekat kedai kari kepala ikan di bukit katil melaka, tapi takdelah makan kari kepala ikan! Makan sotong goreng tepung, sayur dan udang serta asam pedas pari je..

Kadang kadang join kawan kawan makan tengahari dan menu mereka kari kepala ikan...sekali order 2 kepala lak tu..dari gigi sampai ke mata semua licin! Habis di makan! Suka la tengok orang makan..

Lama lama jadi suka pula! Dulu benci sekarang rindu..tapi takde la sampai makan mata dia..! Haha ..cuma ambil sikit je kat sirip dia..manis! Banyak isi dekat kepala ikan ni...! Tuh yang mahal! Kalau makan ramai ramai best dan sedap.! Kalau sorang sorang jangan harap lah..! Hehe..

Joomla class..last day

Alhamdulillah, selesai akhirnya kelas joomla web development, selama 2 hari. semua peserta akhirnya berjaya membuat laman web masing masing dengan cemerlang! Emmm untung la dapat belajar percuma...dan dalam masa 2 hari dah dapat ilmu pasal development dynamic web.

Joomla class..last day

Lepas kelas, ada peserta request php mysql..boleh..tiada masalah. Layari www.emelaka.gov.my dan register course, jika pihak penganjur panggil aku sebagai pengajar...kita jumpa lagi di kelas seterusnya.

Hari kedua ni, aku ada terapkan sedikit cara cara nak inspect firebug dan photoshop gif design. 

Hati senang..bila dapat kongsi ilmu dan lihat semua peserta happy...untung diorang..tak payah bayar kelas mahal mahal..percuma je ni! Dulu , masa aku nak dapat knowledge joomla ni, bayar mahal dan terpaksa pergi intan di bukit kiara! Jauh pun takpela..yang penting berfaedah..

Tapi takpela..! Sharing is caring..

Thursday, October 16, 2014

Keep in touch!

Keep in touch!


Terima kasih kerana datang menjenguk blog saya. kalau jenguk tu, klik lah iklan ya, jasa mu dikenang...(teringat slogan dekat bas sekolah masa pergi rombongan sekolah yang bertulis jasamu dikenang) haha



Keep in Touch and all the best of you..

Joomla web class (hari pertama)



Antara peserta yang hadir kelas membina laman web joomla, hari pertama 15/10/2014 ada sedikit gangguan, kerana terdapat masalah teknikal melibatkan hardware sedikit sebanyak memberikan impak kepada aku dalam menyampaikan ilmu kepada peserta.

Rata rata peserta berminat untuk belajar, semangat yang kental walaupun tiada basic html, yang penting ada minat.

Hari kedua, 16/10/2014. Pihak penganjur akan membekalkan tambahan laptop bagi memudahkan proses pembelajaran! Jangan risau! Belajar sampai pandai! Tak faham , bertanya! Kejayaan dan ilmu milik setiap individu, asalkan tidak sombong dan usaha! tak rugi pun berkongsi ilmu dengan orang lain, bila kita kita berkongsi ilmu, kita makin bijak setiap hari, kerana sentiasa refreshment...

Terdesak nak duit

Terdesak nak duit

Terdesak nak duit2

Ini kes tetak, rompak dan samun yang berlaku di Melaka baru baru ini. Kejadian di pusat latihan memandu top sprint, kandang berlaku sekitar pukul 3.00 pagi dan selang satu hari di kedai runcit di bukit tembakau, melaka.

Menakutkan..kerana duit orang sanggup membunuh, langsung tiada perasaan kasihan sesama mahluk, yang penting apa yang di hajati tercapai walaupun bukan milik mereka. Ah, peduli apa mereka! Hidup mesti diteruskan! Barangkali itulah luahan si durjana! 

Keadaan kos sara hidup yang tidak menentu membuatkan masyarakat tidak siuman dan terdesak?

Kerana hendak menuang minyak motor sanggup berbunuh? Atau kerana sebatang rokok sanggup memukul? Oh dunia..kembalikan aku ke zaman dinasour..

Wednesday, October 15, 2014

Lebih senang berniaga


Ini bukan cerita rasis, ini ialah sebuah cerita yang berlaku di sekitar kita, samaada kita sedar atau pun tidak. Cuma sekadar renungan dan fikir sejenak..

Asalkan gelap sedikit kulit dan berniaga, ramailah orang melayu berduyun makan dan minum alasannya itu adalah kedai mamak. Apa beza dan bagusnya kedai mamak dan kedai melayu? Bezanya ialah mesra pelanggan. Mamak lebih terbukti..melayan pelanggan secukupnya..berbanding peniaga melayu lagipun kedai mamak ni, dah macam UTC, semua ada..rokok dan 24 jam. Layan pun ada class..!

Tuesday, October 14, 2014

Mandi

Dah berbulan tak basuh kereta..plan hari ini nak basuh kejap la! hantar kedai je..kalau nak basuh sendiri memang tak sempat, hantar carwash jela. kali terakhir aku hantar kereta, kena charge RM 35.00 padahal sebelum ni RM 15.00 je. bila tanya, kenapa mahal sangat ni ? sebelum ni RM 15.00 je? alasan yang diberikan tauke kedai ialah, kereta awak kotor sangat.. boleh terima ke alasan tu? kalau kereta bersih, aku tak hantar la dekat kedai kau kan? ada member kena charge RM 40.00. haha..alasan yang sama la..sebab kereta kotor..cam setan! haha

Tak tahu baik diam!

Kecoh dekat dekat whats app dengan penganjuran OktoberFest 2014, ala yang pesta arak tu, katanya nak dibuat pada 18 Oktober 2014, dan kebetulan pada tarikh yang sama ada pula majlis melaka berselawat.. mula lah orang kita ni mengelabah dan buat cerita...asalkan boleh je diorang ni, kelakar..sebarkan dan benda yang tidak betul, islam ajar begitu kah?

Tak tahu baik diam!


Monday, October 13, 2014

Berhati hati ketika memandu

Korang pernah tak ketika menungggang motor atau bawa kereta, tengah syok driving, tiba tiba ada haiwan melintas? ada juga yang kemalangan kerana cubaan mengelak haiwan yang melintas..

Biasanya kalau lalu di kawasan kampung, kawasan pokok getah atau kelapa sawit, korang mesti akan menghadapi situasi break emergency! dan ternampak signage "awas, haiwan melintas!". Speed trap korang boleh elak, kalau haiwan melintas, jangan kata nak mengelak! dia acah acah lagi ada la!

Tak tahu apa silapnya..

Harini badan macam tak berapa nak sihat, asyik muntah je, lepas makan nasi goreng ayam semalam, bangun tidur pagi ni, terus muntah. 

Nak makan lunch, macam tak selera. Tapi terasa nak makan sup..agaknya salah makan, atau ..

Letih badan bila tidak sihat....sorry la ye, nak blogwalk dan komen dekat entri korang semua agak terbatas di sebabkan keadaan aku yang tak berapa nak sihat ni.

Nanti dah baik, aku blogwalk blog korang semua..

Sunday, October 12, 2014

Macam macam nama ada

Haha kalau bab bab letak nama dekat masakan dan makanan, orang malaysia memang hebat! Macam macam nama ada, kalau dekat johor ada nasi beriyani gam, di Melaka ada mee bodoh, mee racun dan apa apa jela. Motif nya untuk melariskan masakan mereka,rasa yang unik, sedap dan membuatkan orang ramai supaya terasa ingin mencuba disebabkan nama yang pelik!

Letak nama tu biarlah sesuai. Aku pun tak tahu ada mee racun dekat Melaka ni! Tengok jalan jalan cari makan baru tahu! Letak racun ke apa ni? Mee bodoh dah makan, biasa je..entah apa yang sedap nye! Tapi cuba lah..memang terasa macam nak bodoh..lepas makan..haha

Nama nama yang tak sesuai jangan lah letak, akan menimbulkan persepsi yang salah bagi kanak kanak! Racun tu kalau minum boleh mati, kalau dah namanya mee racun, lepas tu sedap pula tu! Persepsi kanak kanak tu nanti ingat racun best dan sedap di makan! 

Letak la nama Mee bohjan ke, mee negro ke, atau mee datuk shah rukh khan ataupun mee deris ataupun mee 20 sen..

Haha..kan elok ..

Saturday, October 11, 2014

Berhati hati dengan keputusan

Semua orang akan sakit, termasuk aku..sebabnya kita ni adalah manusia. Kadang kadang kita sakit biasa seperti batuk, selsema dan demam. Jika tak sembuh, kita ke klinik untuk ambil ubat dan minta pandangan doktor..kan, kan? Tapi dalam masa yang sama, jangan la kedekut dalam mengeluarkan duit lebih. Dapatkan juga pandangan dari berberapa klinik dan hospital pakar. Ada klinik biasa yang hanya ambil untung sahaja, kadang kadang mereka tiada teknologi atau kepakaran sepenuhnya.

Aku pernah ke sebuah klinik membawa mertua. Mertua sering mengalami pendarahan di bahagian sulit ketika membuang air kecil. Saya bawa terus ke klinik swasta di Melaka, keputusan dari doktor tersebut, ini hanya lah sakit biasa apabila tiba monopos. Emm..aku lega!

Tapi selepas diberi ubat, sakit dan pendarahan semakin menjadi jadi! Dan aku bawa lagi ke klinik pakar puan! Hasil siasatan, mendapati ada ketumbuhan di bahagian sulit! Jika dibiarkan boleh menjadi barah dan kanser!

Akhirnya, mertua di bedah, dan kini sihat seperti sediakala. Jadi, berhati hatilah, dapatkan nasihat dan pergi ke pakar! Biar keluar duit lebih, asalkan keputusan memuaskan.

Ini kisah lama dan aku kongsikan kepada anda semua agar berhati hati!

Bila jerebu..

Bila jerebu je mesti ingat dekat indon diorang bakar hutan...indon dan jerebu memang tidak dapat di pisahkan..hehe dah macam dekat genting highland dah bila cuaca jerebu ni, jerebu dan panas terik..tapi ok la syukur, sebab boleh memancing...hehe

Sekarang ni cuaca tak berapa elok, dan musim demam, banyak kan lah minum air dan kurangkan aktiviti luar rumah.

Tapi kali ini, pembakaran bukan di indon..di china kot..

Ikat perut apenye?

Apa yang nak di naik kan lagi gaji dan elaun ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri? Pergi kerja dan balik ada driver bawa, masing masing rumah modified bertingkat tingkat. Ada ke rumah ahli parlimen yang masih rumah papan? Minyak naik pun bukan rasa pun! Semuannya guna dana kerajaan!

Gaji rm 6500 pun ikat perut lagi? Itu baru gaji, peruntukan untuk pembangunan dari federal? Berjuta-juta! Ramai yang susah hidup merempat di tanah air sendiri, ahli parlimen ni tak duduk kawasan pun. Kalau nak jumpa pun, banyak birokrasi. JKKK lagilah! mengalahkan menteri!

Baik di peringkat pembangkang mahupun kerajaan. Yang baik sokong, yang tak baik, tegur. Menegur apa salahnya, mereka pun manusia! Bukan mengiyakan membuta tuli!

Taat pada pemimpin itu wajib jika ikut dasar islam, itulah yang di ungkapkan di dalam teks khutbah jumaat semalam...

Tandas awam

Tandas awam tak ditambah masa bajet 2015? Tandas awam tolonglah naik taraf, ada yang di kenakan bayaran, tapi mutu kebersihan tidak sepatutnya?

Tandas awam pun ikut waktu office hour? Lepas cukup waktu kunci! punya la banyak jabatan kerajaan, sampai bertindih tugas! Masih nak swastakan. Kalau di swastakan, sepatutnya bersih, bukannya kotor...tandas dan kebersihan di bawah Pihak berkuasa tempatan? Di bawah pbt, pun ada jabatan yang menguruskan kebersihan, buat apa nak swastakan pada syarikat, uruskan secara in house, lantik company yang urus, company urus macam nak tak nak je, lepas tu claim dekat majlis...

Memang la kalau nak dikira, terdapat sedikit kos pembersihan dan sebagainya, kalau takde bayaran masuk, takpela. Bila bayaran dikenakan, kena la bersih. Baru orang yang masuk rasa macam nak tidur dalam bilik air..hehe

Kalau nak tahu kedai tu bersih ke tidak, tengok tandas diorang dulu? Betul ke? Haha..kebanyakan kedai yang sedap, tandas emmmm...haha..tak semua..segelintir..

Friday, October 10, 2014

Tunaikan hajat..

Tunaikan hajat..

Hari ini bawa family pergi makan dekat muar. Lepas kan hajat diorang. Pekena mee bandung dan soto. Lepas tu bawa diorang makan satay pula, satay kena beli dan order pagi pagi, tengahari dah habis!. Semua nampak happy. Sedap mee bandung dekat sini, kalau dah namanya muar...hehe

Mee bandung yang sebetulnya lepas pukul 12 tengahari baru ada, itu yang special ada udang galah, waktu pagi menu biasa biasa macam soto, roti canai dan lain lain. Tapi kami punya pasal, mereka tumis perencah mee bandung, dekat johor ni, dari mee bandung, cendol sampaikan ke nasi briani semuannya best..terasa nak pakai baju JDT sekarang ni...haha

Orang orang kat muar ni pun tak sombong...senang di ajak berbual...

Nak pergi muar..

Kalau duduk melaka, tak singgah johor, tak sah! .setiap minggu mesti pergi johor samaada muar, mersing, endau, segamat, tangkak, atau kluang.

Dekat johor ni banyak makan sedap sedap, asam pedas, mee bandung..semuan nya la...sedap. lepas tu banyak pekan pekan lama, memang tenteram je..

Awek awek pun, manis belaka...jom singgah johor...

Charger tertinggal

Alahai macamana charger laptop boleh tertinggal dekat office pula ni? nak ambil macam leceh pula, jauh nak ke office..kalau datang sekarang, macam takut je, tunggu la tengahari sikit, baru datang ambil..

Melaka, 10/10/2014, cuti hari jadi TYT, cuti-cuti macam ni, boleh lah fokus pada blog dan buat modul untuk kelas joomla minggu depan. hai, tak pasal-pasal, nak kena pergi ambil charger dekat pejabat...minyak dah le mahal sekarang ni,..hehe

Birthday Giveaway by Shad

Greetings and Assalamualaikum to all
Jemput Join

Birthday Giveaway by Shad

Klik Banner untuk Join


Birthday Giveaway by Shad dianjurkan oleh Shad dan disponsor oleh 

Thursday, October 09, 2014

Berat kepala..

Rambut aku dah panjang, nak gunting rambut pun tak sempat, dengan macam-macam hal yang terjadi, esok ingat nak gunting rambut, tapi apa fesyen nak buat ah kali ini? aku ingat nak buat fesyen helikopter macam gambar kat bawah ni..haha



Bila rambut panjang, mula lah pekak, sebab rambut kat sebelah tepi kiri kanan dah panjang sampai masuk dalam telinga, haha terasa berat dan asyik pening nak migrain kalau rambut panjang ni,...biasanya lepas gunting rambut, terasa ringan sikit kepala....hehe

Sekarang ni pun cuaca panas terik....migrain..

Segmen Bloglist Nov14 By AdeLine

Segmen Bloglist Nov14 By AdeLine
Kalau nak sertai segmen ini, tekan image di atas atau tekan di sini. kalau korang bertuah, dapat lah masuk dalam bloglist. Banyak segmen sekarang ni bloggers buat yeee...bagus la, daripada takde..baik adakan...

Mudah seperti makan kacang..

Bila sebut insuran, mesti orang terfikir bila nak claim lambat dan susah..kan? lepas tu bila nak bayar bulan bulan takde komitmen, sebab mahal? sebenarnya insuran lah yang membantu anda ketika anda di landa musibah, kita tak tahu bila kita akan di timpa malang kan? So, daftar la insuran, nyawa, kereta, medical card warded, kadang-kadang, tidak semua hari kita berduit...tak apa la, potong bulan-bulan, susah sikit..

Hari ini, kereta saya cermin retak di sebabkan terkena batu di jalan raya, bila call syarikat insuran, mereka terus suruh pergi bengkel yang di lantik, bawa dokumen yang diperlukan IC fotostat tuan punya kereta, geran fotostat, lesen memandu. lepas tu, mereka pasang, dan siap!!

Bila tanya, berapa kos standard kalau pasang cermin baru? mereka kata, kalau macam kereta aku alza, lebih kurang RM 900..emm....mahal.

Bagi yang berduit ok la, yang takde duit sangat macam aku ni, kasi pagi makan pagi, kais petang makan petang... duit banyak nak guna untuk hal lain...bayar rumah, bayar duit kereta, bayar itu ini, bayar duit minyak...

So mudah je kan nak claim, bagi yang dah ada insuran, tambahlah insuran untuk windscreen kenderaan. hari ini mungkin kita tak kena? mungkin esok? lusa? lepas minyak turun semula? kita pun tak pasti...

Cik alza jangan merajuk lagi ye, gurau-gurau je kata nak ambil kereta baru.....! Mana adaaa... haha

Batu terbang!


Haritu baru sebut nak ambil kereta baru, Hari ini, cik Alza dah mengamuk dan merajuk! Masa tengah drive tadi, tiba tiba ada batu entah datang dari mana, terpelanting terus ke cermin kereta. terkejut aku..

Ingat takde apa apa yang jadi, emm bila tengok balik!! Arghh...retak la pula!! dalam kepala dah terfikir..rm500-600 terbang ni!! migrain sekejap...

Tapi bila fikir balik, oh aku ada buat insuran termasuk cermin windscreen rupanya! Nasib baik!..nasib baik aku ada tambah windscreen masa buat insuran haritu!! Korang tambah sikit lebih kurang rm 100 ++ camtu la..baik korang tambah untuk insuran cermin kereta. 

Kita tak tahu dan tidak pasti bila nasib malang tiba, macam aku ni hari ini, aku pun tak jangka! baru nak seronok-seronok dengan duit dalam wallet ni, lagipun cermin kereta kalau tukar sekarang mahal.

Bila jadi macam ni, aku terus pergi ke panel bengkel insuran yang di lantik, bawa geran, ic, lesen driving photostat..

Mengarut



Sekali meeting 4-5 jam, yang chair meeting berbuih mulut bila bercakap, yang hadir jenis yang masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Takde satu pun isi yang penting, asyik ulang ulang dan ulang benda yang sama. Dalam masa 2-3 jam masa yang dibazirkan, kan bagus buat kerja yang berfaedah sikit.

Itu tak masuk, makan makan lepas meeting. So, nak dicukupkan sifat masa meeting "berkualiti" yang berjam jam macamni adalah 5 jam! Meeting tiada tindakan, tiada resolusi, tiada keputusan, tiada kesinambungan dari usul, apa maknanya rozaimy?

Meeting yang berkesan tidak lebih dari 1 jam! Lebih dari 1 jam ..dah jadi mengarut! Mula la cerita semalam jumpa hantu, kena kejar anjing dan sebagainya.

Wednesday, October 08, 2014

Asas bina laman web

Pada 15 dan 16 oktober 2014, aku akan mengajar membina laman web menggunakan platform joomla di utc melaka. Kursus 2 hari adalah percuma.

Kepada sesiapa yang berminat boleh daftar di www.emelaka.gov.my.

Sepanjang 2 hari kursus, peserta akan diajar, instalasi joomla, install dan running apache/ xampp / mySql database, backup dan restore web dan database, install modul seperti galeri gambar, slider image, kalendar, statistik counter, table, tabbing, teknikal sekuriti, dan asas html

Ada yang menggunakan platform wordpress, proses instalasi sama cuma berbeza dari segi pemasangan database. Dan joomla lebih bagus dan mudah dari segi interface dan ada lebih 80 000 plugin.

Dalam masa 2 hari, anda akan mahir membina laman web..mudah dan cepat. Yang penting kreativiti dan semangat nak belajar! Nak buat website sekarang dah mudah, ada asas html je dah cukup la tu, guna joomla.

Dulu nak buat website, nak kena configure jquery, slice image design, masukkan script satu satu. Sekarang ni dah senang, ada wordpress, joomla. Siap bagi cms lagi..sementara ada peluang dan percuma, belajarlah.

Tak cukup lagi ke?

Kuota internet handphone dah upgrade 3 gig pun masih tak cukup lagi, nak upgrade 10 gig ke baru nak cukup? Hidup tak bermakna dan lesu tanpa internet haha...aku pula banyak update blog, twitter guna handphone je. 

Bila check kuota setiap application, paling banyak sedut internet youtube, facebook dan chrome. 

Alahai..hari yang paling gembira, bila hari pertama kuota baru tiba. Lagi 6 hari je lagi...tengah bertenang ni...tak tahan hehe....lepas ni nak uninstall facebook. Habis cerita..nak view guna laptop je..hehe

Kalau orang nak pakai internet dekat handphone aku, aku potong tangan dia!..kalau orang oku nak pinjam ..ok je!

Semak saman anda..

Apa guna nya hidup ini, jika hutang keliling pinggang...hutang emak, hutang ayah, hutang dengan pihak berkuasa, dan sebagainya..haha

Kalau terasa buat salah, sila lah semak saman anda, saya telah semak! haha, saya semak kerana terbawa laju semasa di kawasan speed trap! emm bila semak melalui no pendafatan kereta takde saman ! ..huray! (maybe belum update! mana tahu esok dah ada saman!)

Kalau  korang nak semak saman...tekan semak saman online prdm , dan bagi saman pbt boleh semak di :

1.Semak saman PBT MBMB Melaka
2.Semak saman PBT MPHTJ Melaka 

Hasil dari semakan saya di saman pbt..saya ada saman tertunggak...! itu belum lagi semak saman JPJ..dah la cukup la..dari ada satu saman, karang tambah lagi 2 saman....cukup cukup...

Semak kepala! kbai..

Tutup la pulak!

Hari ini, aku teringin nak makan dekat marrybrown di aras bawah tempat kerja. tengok dari jauh tutup la pulak! kenapa tutup pula ni?? ayam goreng dekat marry brown ni ranggup dan cukup rempah nya..dan sambal set dia pun sedap..


Masa teringin nak makan tutup!, masa tak teringin nak makan buka lak!!, lerkkk....  menyampah la macam ni..malas nak keluar lunch hari ini sebab nak rehat dekat office je...dah la cawangan marry brown tak banyak..jauh jauh la pulak!

Carrie vs Larrie


When lights go down, I see no reason, For you to cry, we've been through this before, In every time, in every season, God knows I've tried, So please don't ask for more. Inilah lirik lagu dari kumpulan europe yang bertajuk carrie..haha

Ini lagu wajib dan pertama, aku nyanyi bila karaoke, lepas tu, how deep is your love dan top of the world. Hehe

Carrie vs Larrie

Lagu kegemaran carrie, jenama kasut Larrie..wow...terasa nak karaoke la sekarang ni..carrrieeeeee....please dont ask for more..!haha

Tuesday, October 07, 2014

Usha


Macam best dan menarik je..cantik pula tu...emmm..tengah usha-usha kereta ini, termasuk dengan yang berbaju putih tu..haha...

Sekarang  ni guna Alza premium, plan nak trade in, harap ada second-value alza tu! , dah 10 tahun pakai perodua, dari Kelisa sampailah Alza, kadang-kadang macam naik sampan pun ada....apa pun alhamdulillah syukur..daripada tiada, itulah kereta masa susah dan senang, tapi bila aku tengok honda city yang baru ini, wow! haha

Pemalu, sombong atau privasi?


Haha kenapa eh bila dekat trafic light kereta berhenti position lebih kurang macam gambar kat atas tu? apa dia ingat aku nak pandang ke? emm jeling pun tak! eh, sorry sikit....! haha

Rakyat malaysia ni samaada pemalu atau mahukan privasi ataupun sombong? terbawa-bawa sikap di jalan raya. makin tambah panjang jammed sebab banyak space lagi.

Kalau tak mahu orang pandang kau, pasang langsir dan kain batik je dalam kereta tu, bukan nak pandang sangat pun!..,tak pun cuba guna tinted gelap, kadang-kadang orang keliling cuma nak cakap je yang penutup minyak kereta kau tak tutup..emm tapi di salah sangka, dikatanya kita nak mengorat dia pula! pui...

Berhati-hatilah di jalan raya, kadang-kadang takut pula orang ambil kesempatan dan lakukan jenayah...

Macam mana nak downgrade IE version?

Macam mana nak downgrade IE version? Semua orang menggunakan pelayar untuk akses sistem, laman web, blog atau sebagainya untuk tujuan carian, guna aplikasi dan lain lain. Ada yang menggunakan pelayar (browser) seperti Internet Explorer, Chrome dan mozilla. terpulang kepada masing-masing, asalkan anda selesa menggunakan dan pantas dalam mengakses apa yang anda mahu.

Namun harus di ingat, tidak semua sistem, aplikasi, blog, atau laman web adalah sesuai dengan pelayar yang anda gunakan sekarang, untuk memastikan sama ada sesuai atau tidak, lihat di bahagian bawah (footer) di aplikasi yang dibuka, lihat pemberitahuan, apakah versi yang sesuai untuk paparan, sebagai contoh ( sesuai dilayari melalui internet explorer version 8 keatas atau chrome sahaja.)