Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE Biztudung

Friday, October 03, 2014

Hilang tension


Dulu masa sekolah 1998-2002 , aku paling minat dan dengar lagu metallica, megadeth, helloween dan metalasia, nirvana, silverchair! lepas kahwin pada 2009, dengar pula lagu 60 an seperti ahmad jais, noorkumalasari, r azmi , jamal abdillah, ramli sarip, ernie djohan dan sm salim, dah kurang dengar lagu thrash dan heavy metal..entahlah, tiba-tiba masa tu boleh kembali ke zaman 60 an...haha mungkin terdapat sedikit perasaan terkenang di masa lalu dan mungkin banyak mengikuti rancangan kisah dan lagu di klasik nasional! 

Sekarang ni, kalau layan rock pun, layan macam band slow rock, europe, the carpenters, the flying pickets, scorpions, van hallen dan x-japan!, tapi lepas dengar lagu darkeys-karatana ini, aku menjadi METAL semula!, yeah aku kembali! kalau sakit jantung, boleh baiklah tiba-tiba, ini lah penangan, michael jackson + metallica, steady! macam nak tercabut kepala! haha...heavy metal paling hebat di dunia!

Metallica dan x japan kalau tengok live darkeys and the keys ni, pasti menangis lah dan salute! aku nak simpan rambut panjang dan cari barang-barang metal dan dengar kaset kaset lama yang aku beli masa tahun 1998 sampai 2002....! haha

Metal forever....! 

Isu Halal

Isu halal ini, dari definisi yang kita faham, ialah bebas dari benda benda yang haram di makan oleh orang islam, bebas dari najis, diproses disediakan mengikut hukum syarak.

Sejak akhir akhir ini, kecoh dengan isu starbuck di media-media sosial berkenaan haram kerana mencampurkan wine (arak ) dalam sesetengah produk mereka. dan ini kenyataan dari pihak JAKIM. 

Nasihat dari Jaim dan Jakim, mereka tidak pernah mengesahkan bahawa starbuck itu haram, cuma sijil starbuck telah ditarik balik dan jika ingin menikmati hidangan, sila lihat dan pastikan sijil halal di premis tersebut.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi