Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE Biztudung

Monday, October 06, 2014

Persepsi negatif

Cerita dracula untold yang di tayangkan di pawagam sekarang, memberikan persepsi negatif mengenai islam.

Orang putih kalau buat cerita, semua nampak side dia je yang baik. Lepas korang lihat movie dracula untold ni, mesti korang nampak yang kejamnya tentera islam. Memang best cerita dracula ni, cuma kurang menarik bila melibatkan jalan ceritanya yang menokok tambah pusing tentang kisah sebenar, cerita dracula ni memang pengorbanan seorang dracula terhadap negara nya dan nilai nilai baik seorang bapa.

Aku tak pasti kisah sebenar Vlad dan kerajaan turki, cuma ambil yang positif sahaja.

Baca sejarah dracula disini.


Teringat

Teringat masa kecik kecik dulu, pergi memancing dengan sepupu, masuk sawah, buat rakit, mancing dekat sungai, dapat ikan besar dan kecil, naik basikal ke kompleks pasaraya, main bola sepak, dan main senapang buah ceri.

Tiba tiba teringat..tapi sekarang masing masing buat hal sendiri, semua dah kahwin dan ada kerja bagus. 

Politik memisahkan kami. Masing masing ada ideologi parti...agak keterlaluan sehingga membuatkan ada di antara kami terluka. Bukan terluka disebabkan jawatan, tetapi sikap ektremis yang menenggelamkan nilai nilai persaudaraan ketika kecil dan ketika di pentas dunia yang penuh kepura puraan, nilai nilai baik semuannya hilang begitu sahaja.

Ya air yang dincincang tidak akan putus. Tetap bersaudara..

Tak siap !

Alamak..bila lah nak siapkan assignment ni? Satu apa tak siap lagi, haha..emm tkpe..deadline bulan depan..sekarang masa untuk tengok hagemaru..

Kalau mood nak buat assignment tak tiba lagi, jangan di paksa, satu apa tak jadi nanti. Kalau dah ada mood..suruh buat 3500 patah perkataan, sekali buat 10 000 patah...hahaha

Ok takpe..cool..cool. 

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi