Safirul Amar Azmi Blog! Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE BELI DAN DAPAT DISKAUN SKYTECH CREATIVE

Saturday, November 01, 2014

Sepotong kuih...

Seorang wanita membeli majalah dan berberapa ketul kuih, sementara menunggu kereta api tiba, wanita tersebut membaca majalah yang dibelinya dengan kusyuk. 

Ketika membaca majalah tersebut, duduk di sebelahnya seorang lelaki. Namun tidak di endahkan oleh wanita tersebut. Tiba tiba lelaki tersebut mengambil seketul kuih dari dalam beg plastik! Wanita tersebut menyedari, dan diam sahaja, dalam hati wanita tersebut berkata " dah la curi kuih aku, langsung tak ucap terima kasih!!

Susah sikit la bro!! baru dapat selami..

Takde rakyat tiada la kamu seperti sekarang! Sebelum pilihan raya macam macam cakap pada rakyat!! Akan bantu lah itu lah..akan menjadi hamba kepada rakyat lah! Ok fine ..kami undi! Tak kisahlah pembangkang ke pemerintah..aku neutral! Yang mana bagus dan berkelayakan aku undi...!

Lepas dah pilihanraya, nak jumpa pun susah..macam macam birokrasi di tolaknya kita macam bola...dulu...sebelum pegang jawatan, tak buka pintu rumah pun ketuk...suruh buka, kalau tak kunci, main masuk je...!! Tak jemput pun datang...!

Minyak naik semua naik..! Jalan jammed panjang berjela kami diam kan je..itu pun adun adun ni tak reti sabar bila di jalan raya!! Siap ada escort polis lagi! Kami nak beri laluan pada kamu??? Apa keistimewaan kamu, tanpa kami, kamu tak mungkin berada dimana jawatan kamu dapat sekarang!! Duduk dengan kami berjam jam di jalan raya..rasai dan selami...barulah kamu tahu penderitaan kami.

Kurang kasih sayang

Kereta tu dah baik baik setting volume sound dan bass sound, kau upgrade tambah speaker besar gedabak, lepas tu buka semua pintu kereta!!..buka lagu techno, sound level maksimum!! Berdentam dentum!! Aku nak tidur pun tak senang!! Apa yang kau nak dalam hidup? Yang pelik tu, tak pekak pulak telinga kau?? Sabar sabar...entah apa apa lagu la kau buka! Kalau buka lagu kartina dahari ke hetty koes endang - syorga dan neraka..ok la gak! 

Lepas slow sikit volume kereta oku tadi...bunyi motor modenas kriss buatan malaysia lak...buat bising! Dah baik baik motor tu ekzos tak bunyi apa apa? Yang kau convert jadi bunyi motorboat tu dah kenapa bai?? Beli jelah superbike...bunyi bising pun tkpelah..susah duduk malaysia ni!! Motor honda ex-5 dah jadi harley davidson atau superbike valentino rossi!! Kereta wira dah jadi lamboghini...

Agaknya kurang kasih sayang kot...tuh yang beriya nak tarik perhatian orang ramai! Aku mungkin boleh bersabar, tapi anak anak aku?? Terperanjat diorang...aku nak rehat pun tak senang..!

JCB traktor pun takde bising macam bunyi motor dan kereta kau! Aku jadi masked rider ichigo karang baru kau tahu. Kalau report polis ni, boleh didakwa dibawah kategori kacau ganggu. Sekali sekala layan muzik disko ni best gak! Tapi kan! Tapi kan! Boleh tercabut jantung lah! 

Aiskrim...


Satu hari tak kena Aiskrim tak sah! Mesti nak makan juga...! Lepas makan aiskrim..duduk bawah katil, nak kan privasi katanya! Macam biasalah..melepaskan hajat! dan taknak diganggu sesiapa! Haha, nasi taknak makan!! Aiskrim jeeee manjang! 

Daddy dulu nak makan aiskrim...kena tunggu setiap petang...tunggu apek datang bawa aiskrim...haha..! Sementara masih kecil lagi dua dua anak ni, enjoy la! takpela..nikmatilah secukupnya masa kanak kanak....nanti dah mula bersekolah tahun depan! Kena ikut peraturan ! selagi tak siap kan kerja sekolah dan baca buku No mainan! No Aiskrim!!... ..anak anak kecil ni, jangan di halang kemahuan mereka dan jangan marah marah? Takut terbantut tumbesaran mereka! Tapi perlu ada limit..dalam lembut, mesti ada ketegasan sikit...!! 

Banyak undangan ...

Bila nak tiba hujung tahun, memang banyak lah undangan kerja kahwin, setiap minggu ada je undangan...orang dah jemput, wajib datang, lainlah kalau tak jemput, buat apa nak datang, haram kalau dalam islam! Biasanya kalau aku tak sempat, nak pergi semua rumah, aku datang beri duit je..tak pun kirim!! Emm oleh kerana ekonomi tak berapa nak ok sekarang ni, amaun pun kurang sikit! Haha

Tahun depan aku dengar, semua naik harga!! Salah satunya sewa rumah, cukai pintu, susu formula dan lain lain..ada rezeki lebih dapatlah lebih, tetap bagi...walaupun sikit, bukan aku datang sorang, aku datang dengan isteri dan anak anak sekali...!! Yelah kos nak buat majlis kahwin pun bukannya murah...

Hari ini kita hadir majlis orang, esok orang hadir majlis kita pula! Kita ni hidup bermasyarakat......!! 

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi