Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE Biztudung

Sunday, November 02, 2014

Lagi lama di pasang, lagi banyak penjimatan


Haha, apa nak bising bising minyak naik!! Ini ada alat penjimatan yang berkesan! Lagi lama di pasang, lagi banyak penjimatan. Haha....

Pagar gigi!

Emmm sakit ke bila pagar gigi? Apa kelebihan memagar gigi? aku tengok, ramai orang perempuan yang single mingle memagar gigi diorang, termasuk adik perempuan aku ni!! Suatu trend atau untuk melindungi gigi dari rongak? 

Selama ni, aku ingat hanya rumah dan kawasan tanaman je yang ada pagar! Rupa rupanya gigi pun sekarang ni pun dah ada pagar! Emm nak buat la...gigi aku dah jarang dah ni! Maybe banyak hisap rokok dan makan benda manis! Hahaha!! Akan datang..mata dan hidung pun kena pagar..! Macam macam hal la ..hahaha..

Free wifi..haha

Kuota digi 3 gig data plan aku pun dah tiba usage warning, macam biasa lah! Asyik update facebook, whats app, we chat, telegram, dropbox, download audio dan video, youtube guna hp note 3 aku je...ada laptop tak nak buka dan guna! Haha..mungkin hp lebih kompak dan fleksibel di bawa ke mana mana!

Sejak akhir akhir ni selalu nak lepak kedai mamak muslim...sebab ada free wi fi!! Laju plak tu..best la lepak sini! Haha...gunakanlah sumber yang ada! Bukan kena charge pun...yang penting order makan dan air..baru balance...makan dan minum sampai lebam perut, sambil akses free wifi, orang dah bagi akses percuma, yang kau malu nak guna kenapa? Entah entah...dekat makan dan minum dah siap ada surcharge usage wifi internet! Baik kau guna, kalau tak guna rugi lah!! Haaa.. kalau dekat kedai siam kelantan takdenye free wifi ni..haha..!

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi