Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE Biztudung

Saturday, November 08, 2014

Bakal adik ipar!


Pada 8/11/2014, tenghari tadi selesai proses bertunang dan merisik adik aku yang ke 3, calon pilihan nya duduk di negeri Melaka juga...!  Erm..setakat ni sorang je adik ipar yang dari luar negeri, bukan dari zimbawe, sudan atau kemboja ye...tapi dari bandar spring hills, port dickson, negeri sembilan! luar negeri lah juga kan...luar negeri Melaka...


BAKAL ADIK IPAR

Yang adik no 4, calon calonya pun orang melaka juga, satu kampung! ermmm...takde lah orang lain...last last, satu kampung saudara mara! hahaha..!! Yang bongsu...harap harap luar negeri juga...bolehlah merasa makanan dan budaya dari negeri orang! Apa pun, tahniah buat adik ku Ammin, semoga dipermudahkan hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya berkekalan hingga ke akhir hayat!  

Segmen : bersukan bersama cikgu ayu

SEGMEN

Jom join segmen cikgu Ayu...kalau nak join boleh tekan sekali pada gambar diatas atau tekan di SINI. Aku menyertai segmen atau giveaway anjuran bloggers ni, niat cuma nak memeriahkan serta merancakkan lagi dunia bloggers dan dalam masa yang sama, menyokong scene bloggers!

Kalau takde segmen macamni atau mana mana segmen anjuran bloggers yang lain, jangan katakan orang, hantu pun taknak lawat blog korang dan blog aku!! haha gurau je, jangan marah, nanti kena jual! erti kata lain,  takde la sunyi sepi macam suasana seperti berada di kubur, bila lawat je blog, serammm! hahaha! ye tak cikgu Ayu?

Giveaway Birthday You Alls

ACIK

Marilah join ramai ramai, bloggers achik http://acikwatie.blogspot.com nak beri hadiah pada korang dan sent semula hantar url link giveaway korang ke blog achik di entri segmennya, boleh tekan SINI , hanya perlu letak tarikh lahir korang je! dan comply certain things requirement and next email to ACHIK your full name, address, no phone and URL blog untuk penghantaran hadiah! No need to worried, just click banner and join this giveaway!! 

Tarikh lahir saya 10 April 1985, SWEET ARIES! 

Terima kasih, semoga bloggers kita Achik sentiasa dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur serta sukses sepanjang masa dalam apa jua tindakan! 

Celebrate birthday

CELEBRATE BESDAY BABY

Semalam 7/11/2014, aku dan adik beradik sambut birthday mak yang ke 54! Erm bila aktiviti sambut menyambut hari jadi second big boss ni, semua anak anak wajib datang, kalau tak datang...alamatnya! Haa..esok kena hantar report. Selamat hari jadi mak...! Terima kasih kerana membesarkan kami semua dan harapan kami semua, semoga mak di murahkan rezeki, cekal, panjang umur, tabah dan kelihatan muda selalu! 
CELEBRATE BESDAY BABY

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi