Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE Biztudung

Tuesday, November 18, 2014

Block number! habis cerita

Erm nampak macam kejam..tapi itulah bila berniaga dengan kawan-kawan ni, bayar nak murah..kualiti nak tip top! macam tak masuk akal..nak suruh buat portal baru siap CMS, online form, payment gateway online, cetak report, daftar domain dan hosting.. Erm nak bayar dalam around 2K...!? aku dah biasa tolong ramai member, tapi kali ni melampau...! tak tertahan lagi rasanya hati ini...macam nak menangis! hee

Aku pun ada anak bini, nak bagi makan apa? pasir? setiap yang berniaga mestilah ada untung, untung tu bukan la sampai boleh beli banglo!! kawan kawan jugalah, tapi jangan la melampau sangat..aku nak bayar gaji budak lagi..kejap kejap member aku ni call, minta tolong buat dan selesaikan hal dia..camana lagi nak cakap..

Dari pakistan ke?

PAKISTAN?

Hoi! Aku orang malaysia lah..bukan pakistan! Teruk sangat ke bila ada jambang ni? Sedih tau bila pergi meeting atau jumpa orang..orang dah tak kenal lagi..lepas tu...dah lama sikit..baru member tegur..dari pakistan ke? Hah??

Harga runtuh

HARGA DOMAIN!

Wah..hanya rm 2 je..? Haha..betul betul harga runtuh ni bagi pendaftaran domain .My!! kepada yang berminat boleh terus ke www.zenpipe.com

Download video dari youtube

Ramai yang suka tengok video dan dengar lagu di Youtube, tapi tidak tahu bagaimana nak memuat turun audio atau video tersebut? Jika tahupun cuma copy embed code dan paste di blog. Ada banyak akaun web yang digunakan untuk muat turun, namun terpulanglah kepada masing-masing, aku lebih selesa muat turun video dari youtube menggunakan cara ini, korang juga boleh convert video kepada format audio (mp3). mudah sahaja, hanya perlu copy dan paste dan mahir dalam ilmu hisab matematik..haha 

Tutorial di bawah ini adalah Cara mudah download video dari Youtube, langkah pertama, pergi www.youtube.com dan lakukan carian video dan audio kesukaan anda.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi