Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE Biztudung

Wednesday, November 19, 2014

Masalah mental?

"IPOH 19 Nov. - Golongan perokok disifatkan sebagai berada dalam kalangan kelompok pesakit mental yang perlu diberikan rawatan.

Dekan Fakulti Farmasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cawangan Kuantan, Pahang, Prof. Dr. Mohamad Haniki Nik Mohamed berkata, hal itu kerana golongan perokok mempunyai masalah ketagihan yang sangat tinggi."

Erm..itu yang di fokuskan kan nye...yang orang Islam ketagih minum arak, budak budak sekolah hisap gam, seks luar tabii dengan haiwan, pesta bogel di pantai, pegang anjing, ketagih merompak, samseng jalan raya, stalker dengki sana sini, ambil gambar makanan dan masukkan dalam media sosial, ketagih berjudi.. tidak pula dikaji secara mendalam..

Tapi sampai sekarang aku pening memikirkan kata kata ustaz apa entah nama dia, ada sesi tazkirah sekejap masa aku dengar di radio era fm rasanya! Beliau kata..rokok tuh sememangnya haram...tapi tidak pula membatalkan wuduk, ini kerana asap rokok keluar ikut mulut...bukannya melalui melalui bahagian sulit depan dan belakang...makanya tidak terbatal wuduk..

Kan haram...! Jika haram batal lah sembahyang..! Pening....Erm merokok tuh haram...ada kata makruh..yang sorang lagi ni cakap mental..! Grrrr.! haha 

Tahan maki..

Haha..kalau ada kekosongan jawatan di jabatan teknologi maklumat di mana mana agensi termasuk swasta..di cadangkan supaya letak syarat syarat tambahan iaitu tahan maki.

Internet dekat office ni macam siput...so terpaksalah block semua aplikasi yang berkaitan..termasuklah newspaper, job vacancy, travel, media sosial dan lain lain lagi. Ramai call marah marah dan tanya kenapa tak boleh baca akhbar online, tak boleh nak apply job vacancy dan macam macam lagi lah.

Aku ada terbaca entri bloggers yang tulis dah tak boleh nak akses blog..kami bukan sengaja block..kalau kami tak block..operasi perkhidmatan akan terganggu dan menyukarkan kerja kerja korang semua juga, untuk keselamatan rangkaian di agensi juga.

Sabar je la..wrong is wrong..nothing will change. Sukarnya membuat keputusan..! Kami faham penderitaan kalian semua.

Sedihhhh...kerja kat IT Department ni, hari hari kena maki! haha

Pencarian Anugerah Tropi Blogger 2014

Terima kasih kepada bloggers hebat Etuza yang menganjurkan segmen pencarian anugerah anjuran nya. Harap maaf kan ya jika ada antara jawapan yang diberikan oleh saya, tidak memuaskan hati Tuan..tapi yang pasti jawapan nombor satu tu betul! hahaha!!..Bloggers Etuza ni ibarat alarm jam ringtone default yang mengejutkan manusia di waktu pagi untuk menunaikan kewajipan, haha ini bukan ayat bodek..! tapi sebagai penghargaan kepada beliau yang sentiasa memastikan peserta anjuran segmennya sentiasa tersentak dan berwaspada..! 

Maaf ya tuan Etuza..jika ada jawapan di dalam tu yang tidak memuaskan hati Tuan, jangan di simpan di dalam hati, umur kita makin meningkat, sampai masa kita berjumpa denganNya jua...dari 10 penyertaan bloggers yang menyertai, aku target dapat no 8 lah! cukup lah tu, ada soalan yang jawapan aku tak jumpa..hahaha! begitu mencabar...! Soalan nya mirip soalan peperiksaan dari open university. Boleh terjun tingkap!!

Nantikan siapakah yang akan menerima Tropi kesejahteraan itu?

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi