Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE Biztudung

Thursday, November 27, 2014

Macam mana nak buat Freeze Panes di Microsoft excel?

Apa itu Freeze Panes? Pergertian aku Freeze Panes ini digunakan untuk membekukan (Freeze) heading dari tidak bergerak, ia adalah tools yang sangat berguna, terutamanya ketika anda ingin membentangkan laporan berbentuk figure seperti belanjawan, maklumat data dan sebagainya, Freeze Panes ini boleh di dapati di Microsoft Excel..

Untuk memudahkan dan tidak mengelirukan pembaca dengan laporan yang di bentangkan,  anda patut menggunakan Freeze panes ini.

Di bawah ini adalah langkah-langkah mudah..

Macam mana nak bina kata laluan pada dokumen di microsoft word?

Boleh ke kita bina kata laluan pada dokumen fail kita di microsoft word? tutorial kali ini akan mengajar bagaimana untuk melindungi dokumen penting anda dari dicerobohi. Kita ni selalu leka, cuai dan cepat lupa, dan kadang-kadang, maklumat maklumat penting..mudah terlepas di tangan orang lain biasalah, HUMAN MISTAKE.

Tutorial ini, di bina di dalam microsoft word versi 2010, namun begitu kaedah yang sama boleh di gunapakai di versi sebelum. Sila baca pemberitahuan amaran di bahagian bawah terlebih dahulu, tutorial ini hanya sebagai pendedahan sahaja, jika anda terlupa kata laluan ataupun sebarang masalah seperti tidak dapat mencapai maklumat di dokumen anda kerana terlupa KATA LALUAN, penulis tidak akan bertanggunjawab dengan sebarang permasalahan. 

Lepak santai

kari kepala ikan hajah rahmah
Kari kepala ikan hajah rahmah
Dah sebulan lebih tak datang ke kedai ni..kalau nak makan kari kepala ikan asam pedas dan hidangan tengahari terbaik, ini lah lokasi makan makan yang paling sesuai sekali bagi hidangan tengahari. Harga memang berpatutan dan kualiti kebersihan memang di jamin 100%. Terletak di simpang bukit katil melaka.

Petang tadi, tiba tiba tauke kedai call, tanya kenapa lama tak datang, dan kebetulan tauke kedai ni ada di area pejabat aku. Apalagi...haa, lepak minum lah.. pekena nescafe tarik..sambil bincang hala tuju perniagaan dia dan aku..kalau di gabungkan meletop! hahaha

Nampak gayanya..boleh dapat job dengan tauke kedai ni, idea dia banyak, tapi implementasi kurang, dan ada baiknya bergabung membina kekayaan! kalau dapat masuk LED kat kedai ni pun baikkkk..! hee... hasil perbincangan petang tadi, kami bersetuju menjadi bussiness partner  dan kali ini  fokus perniagaan menyeluruh dan salah satunya termasuk ICT.....esok nak makan dekat sini,.lah! heee..

Kalau ke negeri melaka..rugi tak pekena asam pedas hajah rahmah..! terbaikk... 

Fungsi red eye tools di adobe photoshop

Ok, pernah tak korang, bila ambil gambar bersama rakan rakan, keluarga, nenek, teman wanita atau sebagainya dan bila tengok output gambar yang di ambil ada yang matanya berwarna merah (Red eye)? Mungkin kesan dari pantulan cahaya flash ataupun cahaya di sekeliling. Sayang sekali, bila gambar yang kita nak abadikan dan gantung di rumah, tak berapa 'sempurna'. 

Tapi jangan lah risau..adobe photoshop ada tools yang boleh membuang kesan pantulan cahaya tersebut, segala galanya tidak mustahil. haha..masalah red eye akan dapat di atasi! Ikuti langkah langkah mudah di bawah..

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi