Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE Biztudung

Sunday, November 30, 2014

Sebagai tanda terima kasih

Haa...sebagai tanda terima kasih aku kepada rakan rakan bloggers, aku akan promote kan blog korang melalui banner 728 x 90 (JPEG) di blog aku walaupun blog korang dah ramai follower sekalipun haha, yelah walaupun blog aku tak di kenali ramai, tapi kan? kan? budak sekolah ramai view tauuu haha.. sekurang kurangnya..ini lah inisiatif aku dan sebagai tanda terima kasih aku kepada korang! tak kena bayar pun..hee..dengan terhasilnya banner promosi ni, mungkin dapat meningkatkan traffic blog korang...nak buat segmen dan give away tu semua aku tak reti dari dulu lagi, mungkin tiada masa..heee

Hadiah ini adalah bagi top 5 komentar atau Die hard fans yang paling tinggi komen dan ke blog aku...dan bagi permulaan aku meletakkan banner bloggers anamizu dahulu. tempoh nya, depend on weather..! banner seterusnya seperti bloggers Acik watie, Dr shikin, Mila hilas, Nur As, Hikayat Seorang Budak, At Tarmizi, dan parihh...namun keutamaan adalah untuk TOP 5 Komentar terlebih dahulu, promosi banner, di jalankan secara berperingkat peringkat..

Tahniah pasukan malaysia

Tahniah buat pasukan bola sepak malaysia kerana menang menentang pasukan singapura 3-1. Bukan senang main bola ni..nampak macam mudah, padahal susah..yelah bawa misi dan harapan negara...berada di atas padang ni tak semudah kata kata, tekanan nya lain macam.

Aku cakap macamni sebab aku pun main bola..yelah siapa yang nak kalah kan...mestilah nak menang...apa pun tahniah buat pasukan negara. Bila aku main bola atas padang..penat kejar bola jangan cakap la..minta bola, member taknak bagi...buat sakit hati je..haha..akhirnya team aku kalah. Ermm semua player nak solo. Susahlah macamni..ermm..

Semangat berpasukan tu penting. Mana mana sukan pun kena ada semangat berpasukan, begitu juga di dalam organisasi..mana boleh buat semua sorang sorang...! Kenalah ada team work yang hebat dan produktif baru organisasi cemerlang.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi