Safirul Amar Azmi Blog! Biznes Bakeri rahsia temuduga Website 7 days Baju Muslimah Kanak-kanak

Tuesday, December 29, 2015

Manfaatkan sebaiknya

Kadang kadang sampai berpuluh puluh group kita di invite khususnya di Whats app atau telegram, dengan tujuan untuk berkongsi maklumat, informasi, gambar (evidence), mengeratkan silaturrahim dan sebagainya, tujuan asal pengwujudan group komunikasi ini memang bagus, dan pernah kah kita memanfaatkan dengan aktiviti aktiviti yang berfaedah, sahih, tepat dan padu?

Biasalah dalam setandan pisang, tak semuannya yang baik, mesti ada di antarannya yang busuk, ada yang tidak menghormati rakan rakan dengan menghantar gambar gambar lucah, teks berbaur perkauman dan sebagainya. 

Manfaatkahlah sebaik baiknya group group komunikasi melalui medium elektronik ini dengan baik. Kadang kadang di peringkat keluarga, ada yang sampai 2-3 group....itu belum lagi di pejabat, luar pejabat...

Bertabahlah..jika rasa perlu left, kenapa nak takut apa orang cakap? be yourself!!

Monday, December 28, 2015

Akhirnya berjaya

Akhirnya aku berjaya juga mendaftar google adsense, harap harap membuahkan hasil, dan ini secara tidak langsung membuatkan semangat aku dalam ber-blog kembali berputik..haha, sebenarnya macam dah malas nak ber-blog di sebabkan berberapa faktor dan antaranya masa, tiada idea dan lain lain.

Tiada aktiviti atau tutorial terbaru yang hendak di update barangkali, kalau terlintas idea, terasa nak tulis di blog, bila dah buka blog, lupa apa yang hendak di tulis...alahai

Kalau di ikutkan kriteria yang telah di tetapkan google adsense, blog aku memenuhi kriteria rasanya...tapi apa pun alhamdulillah, syukur pada Tuhan. dah lama mencuba, selalu di reject, maybe sebab declare duduk dekat malaysia kot atau ranking bola malaysia jatuh? tuh yang selalu kena reject je...haha

Aku banyak melihat status peniaga peniaga melayu yang cuba menjenamakan produk mereka di media sosial, dan mungkin dengan bantuan bloggers yang mempunyai kekuatan SEO, boleh membantu dengan ikhlas, seronok bila melihat perniagaan mereka berjaya..

Salah satu produk SDSI yang berjaya aku promosikan adalah seperti salon rambut muslimah dan pop clock lokal tempatan..sekurang kurangnya bila pelanggan membuat carian google, akan sedikit sebanyak memberikan maklumat berguna...

Tidak minta apa apa...cukup lah melihat perniagaan mereka berjaya dan mendapat sambutan..

Thursday, December 17, 2015

Tidak amanah

Tidak amanah dan tidak jujur dalam melaksanakan tugas, itulah yang dapat aku ungkapkan disini. Banyak kes kes yang masih dalam siasatan polis seperti kes kemalangan tersebar di laman laman sosial padahal video dari Close Circuit Television CCTV tersebut adalah sulit dan tidak boleh di dedahkan, tetapi kenapa boleh tersebar? siapa punya angkara kalau bukan 'orang dalam'.

Jika melakukan tugas jalankan secara amanah dan ikut lah seperti apa yang di arahkan. Tidak takut dosakah? apa yang kamu dapat dari apa yang kamu lakukan? oh..mungkin kamu adalah orang yang paling pertama yang memperolehi video tersebut? 

Kes masih dalam siasatan, biar polis yang beri statement, jangan di rumitkan lagi hal hal yang bukan di bidang kita. Jaga kerja kita sudahlah...

Wednesday, December 16, 2015

Kita yang membenarkan

Saya pernah mengeluarkan kenyataan di blog ini berkenaan dengan human hack. Sedarkah yang kita sering terdedah dengan kecurian maklumat dan data? setiap hari kita accept friend dan post gambar gambar peribadi dan sebagainya di media sosial, dan sebenarnya dalam diam, semuanya ini berpunca dari kecuaian diri kita sendiri, aku, kau dan kita semua selalu dengar sistem itu ini di cerobohi pihak luar, tapi sebenarnya kita setiap hari 'membenarkan' orang lain mencerobohi privasi diri kita sendiri, dengan hanya melalui media sosial, bertapa mudah kita di manipulate pihak luar!

Kenal pasti rakan rakan kita, hentikan meletakkan gambar peribadi walaupun niat  kita sekadar nak memberitahu atau suka suka dan semua ini untuk tatapan siapa sebenarnya?

Wednesday, December 09, 2015

Tadika ke ni

Ermm dah macam tadika kanak kanak dah pejabat ni, happeningnya suasana!dan apa semua ni ? yang si ibu diam membisu membiarkan anak anak mereka bermain, membuat bising, sedangkan kakitangan yang lain sedang melakukan tugas. Fikirlah perasaan orang lain kalau iya pun, jangan pentingkan diri sendiri sahaja. Janganlah menganggu orang lain...

Organisasi besar sepatutnya menyediakan pusat jagaan bagi menempatkan kanak kanak sementara menunggu ibu bapanya selesai melaksanakan tugas. Bukan kah dengan cara ini menyelesaikan banyak hal ? Jimat dari melantik pengasuh luar, jiwa ibu bapa tenteram kerana lokasi penempatan berhampiran dengan lokasi tugas, boleh datang melihat anak anak pada bila bila masa sahaja.

1 kali boleh lagi lah di pertimbangkan, tapi kalau 5-7 kali anak anak itu menjadikan pejabat ibunya atau bapanya seperti di rumah sendiri, ini sudah tidak patut, tegurlah anak anak itu wahai ibu ibu bapa bapa, susah sangat ke? Tak salah membawa anak ke pejabat, semua orang faham, mungkin pengasuh tidak sihat atau ada ketentuan lain yang menyebabkan kamu membawa, tapi belajarlah atau ajari lah anak anak kecil itu, sebelum orang lain menegur kamu, kan lebih baik kamu mendidik anak kamu terlebih dahulu. Bila dah bawa anak tu, jagalah sebaik yang mungkin, jangan biarkan berkeliaran, menganggu, dan meminta rakan rakan pula yang menjaga!


Sampai bila

Sampai bila mulut asyik bercerita hal orang je kan? kenapa nak ambil pusing apa orang cakap? yang penting kita tahu siapa diri kita, ada orang cakap, 1 jari orang tunding jari pada kita, manakala yang 4 jari lagi, arah mana? tunding arah mereka. jadinya kenapa perlu tertekan (stress? 

Rumors are carried by haters, spread by fools, and accepted by idiots.  Sampai bila orang boleh mengata, lama lama senyap la tuh. Ramai yang mengalami tekanan bila kawan tikam belakang, orang mengumpat pasal mereka, di fitnah, tapi sedarkah yang orang yang dikutuk itu sedang di beri pahala dari tuhan sedikit demi sedikit?  

Cari kawan biar macam cermin, kita gembira dia pun gembira, kita sedih, dia pun sedih, jangan cari kawan macam duit syiling, depan lain, belakang lain. Fikir fikirkan lah

Thursday, December 03, 2015

Ikan kekek mak iloi iloi


Aku dah cakap, jangan ajak aku mancing, kan dah mendapat! alhamdulilllah, dapat ikan pari, susah nak mendaratkan ikan ni, mula mula aku ingat ikan kekek mak iloi iloi, sekali bila dah dekat! baru nampak ikan apa sebenarnya! Alhamdulillah..rezeki! terima kasih ya Tuhan..

Dengan hasil yang aku dapat ni, membuatkan semua orang yang berada di sekeliling aku, tiba tiba macam hilang ingatan, buat buat pekak tuli, buta sekejap dan seolah olah macam takde apa yang terjadi, jangan marah haaaaa! hahaha aku gurau gurau je.

Friday, November 27, 2015

Menyampah

Tengah lepak di sebuah warung mengena secawan teh tarik dan roti bakar, tiba tiba suasana yang aman menjadi tegang dan kacau bilau, semua orang bangun dan meluru ke arah seseorang.

Arghh..apahal ni? (Bisik hatiku) , apa yang kabut sangat...rupa rupanya ada orang politik datang minum dekat situ (Orang Bahagian katanya)..arghh...ermm mungkin ini transformasi politik masa kini..di mana mesyuarat tidak lagi di balai balai raya, balai komuniti...sungguh fleksibel dan sempooi

Agenda yang sempat aku dengar mengadakan program futsal...ermm ermmm ermmm....dan gelak gelak, pujian sana sini...ermmm ermmm apa lah nak jadi...apa yang aku dengar semuannya tentang yang baik baik..tak pula dengar yang buruk buruk...

Angkat kaki...kira dan jalan!!! Menyampah......!!!

Monday, November 16, 2015

Suatu konspirasi jahat

Tiada agama yang membenarkan penganutnya melakukan keganasan, dan kenapa perlu mengkecam sesuatu agama itu hanya di sebabkan sikap sekumpulan atau individu yang melakukan keganasan? Bukankah sikap sekumpulan atau individu itu tidak mencerminkan orang yang mempunyai Tuhan atau agama? Islam tidak menghalalkan keganasan! Dunia sedang menunjukkan sikap berat sebelah.

Adakah kejadian atau tragedi berdarah yang berlaku di kota paris itu suatu konspirasi yang direka reka untuk mencemarkan imej dan memberikan persepsi kurang baik terhadap sesuatu agama? Takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban, orang yang tak bersalah menjadi korban, memang kejam siapa yang melakukan perkara ini.

Tapi sedarkah kamu semua, seperti mana yang terjadi di kota paris baru baru ini, bukan kah setiap hari berlaku di palestin, iraq dan negara negara arab yang lain? tidak pula satu dunia membuka mata? siapa yang kasihan? 

Dan akhirnya....agama juga yang dipersalahkan.  

Tuesday, November 10, 2015

Hilang dah ke

Hilang dah ke status gliterrati? emm tak kisah pun..menulis ni pun bukan untuk buat profit, memang hobi aku pun, seronok bila ada blog, dapat kongsi ilmu, pengalaman, suka duka, dan sebagainya, program affiliate seperti nuffnang ni, cuma tambah nilai sahaja, dan sekurang kurangnya hargailah bloggers yang mempromosi iklan dari syarikat kamu, sekurang kurangnya blog aku ni, ada jugalah orang yang kunjung.

Dah lah claim lambat..sebulan setengah dahh...apela!! Status pun hilang...blog aku SEO dan carian google pun 100%...hargailah bloggers! Iklan pun tak banyak, alasan hanya blog yang terpilih sahaja! dulu...macam macam iklan bagi, sekarang bila dah establish....macam ni pula!  takpelah...status payment unpaid, status glitterati buang! puii....KIASU!

Wednesday, November 04, 2015

Bersediakah kita

Bersediakah kita menerima kritikan, teguran, kenyataan pedas, sindiran, usikan bila kita memuat naik sebarang status, gambar (resepi, peribadi, keluarga) atau sebagainya ? Ada yang bersedia dan ada yang tidak, jika anda rasa tidak bersedia, adalah lebih baik set kan status anda kepada private iaitu  hanya untuk orang orang tertentu sahaja seperti suami, isteri, keluarga terdekat dan lain lain.

Tunjuk gambar resepi, tapi bila kita memberi teguran di wall (comment), di marahnya kita pula, kadang kadang seronok bila melihat rakan rakan yang update status check in di sana sini, post dan viral kan sesuatu isu, menghebahkan perkara perkara yang baik, memberi nasihat, dan menyampaikan aktiviti aktiviti yang tertentu.

Persoalannya, bersediakah kita untuk menerima teguran, usikan, sindiran ? tepuk dada tanya selera, terima lah dengan hati terbuka, once we spread information or write any status whether good or bad news on your wall , remember, all people from world wide will look. 

Monday, October 26, 2015

Pengalaman berharga

Sepanjang hidup aku, aku bermula dengan payah dan bila aku bercakap, bukan bererti aku hidup mewah ketika ini, sama sahaja, kais pagi makan pagi begitulah juga petang mahupun malam, dan banyak pengalaman yang aku dapat, dan dengan pengalaman itulah banyak mengajar aku tentang hidup, menghormati orang, tidak bangga diri, tidak sombong, dan tidak mudah lupa diri, jika hari ini, kita di tendang, di caci, biarkan mereka yang kurang arif tentang kita, yang pasti, kita tersenyum dan terus tersenyum, apa lagi yang mampu membuatkan mereka 'senang' sedangkan mereka tahu hakikatnya.

Aku bercakap atas apa yang aku telah lalui, baik manis, pahit, dan sebagainya, bila aku bercakap bukan semberono suka suka, dan kebenarannya aku telah melalui semua itu, dan menjadi lebih manis apabila di kongsikan kepada mereka yang memerlukan terutamanya ilmu.

Aku percaya di sebalik kesusahan akan muncul sinar kebahagiaan, itu semua sudah tertulis, pedulikan apa orang kata tentang kita, apa yang penting jadilah diri sendiri, di suatu hari pasti ada yang memahami.Pengalaman mengajar kita erti baik buruk kehidupan, percayalah, mengapa kita perlu menjadi seperti orang lain?

Nyaman dan indah permandangan

Pada 26/10/2015 sehingga 28/06/2015 aku ada taklimat pengurusan portal di Bukit Tinggi, Pahang anjuran kementerian perumahan dan kerajaan tempatan! seumur hidup aku la (setakat 30 tahun ni lah), aku belum pernah menjejakkan kaki di sini (bukit tinggi), ternyata tekaan aku tepat dan tidak meleset! 

Sebelum sampai disini, aku sempat membeli air mineral 2 botol besar, roti coklat dan rokok 3 kotak, manalah tahu di sana nanti tiada stock ataupun tiada kedai serbaneka! keras aku nanti! ya, memang betul, ternyata nyaman dan sedikit bosan! walaupun begitu, aku gembira kerana jauh sedikit dari hiruk pikuk kota dan sedikit tenang dengan pelbagai masalah yang menimpa.

Tapi, aku datang sini, bukan pergi melancong ya, ini urusan rasmi kerja! balik nanti kena develop bagi projek portal! takpe lah, bukan senang nak menimba ilmu, sementera ada orang mengajar! aduhai nasib, nasib baik ada manual pengguna (disediakan) ok lah, nak menikmati permandangan di sini,orang kata menyamankan dekat bukit tinggi ni, yang aku nampak monyet dan burung entah apa jenis entah! apa apa pun, bukit tinggi (Pahang) memang berbeza dengan bukit katil (Melaka)! itu sahaja. 

Sunday, October 25, 2015

Setimpal dengan apa yang di perolehi

Masih ada lagi surat layang berunsur fitnah di sebarkan, adakah ini kepuasan maksimum bagi si penyampai? kenapa tidak bersemuka depan depan? dan butiran diri di rahsiakan? pengecut kah? nama sahaja islam, tapi cara dan perbuatan tidak ada langsung ciri ciri seorang islam.

Fitnah, mengumpat, mengata, mencuri waktu kerja, berkira, tapi dalam masa yang sama sering merungut tidak cukup duit, gaji cepat habis, anak sakit, dan sebagainya, sebaliknya tidak sedar kah yang semua itu setimpal dengan apa yang kita lakukan setiap masa iaitu, melepak, berbual, berlengah lengah, mengumpat dan sebagainya.

Tidak perlu merungut, muhasabah diri, adakah perbuatan yang kita lakukan itu berkat atau sebaliknya, jangan melihat salah orang, lihatlah salah sendiri. Walaupun orang tidak tahu, siapa yang menyebarkan surat surat layang, takpelah yang penting Tuhan tahu, dan jawablah di akhirat kelak.

Jika perkara itu tidak betul, tidak rasa bersalah kah? kesian kepada rakan sekerja yang namanya termasuk di dalam surat layang. bersabarlah dengan dugaan ini.

Thursday, October 22, 2015

Medan viral

Media sosial kini menjadi medan untuk memaparkan status yang boleh menjatuhkan serta mengaibkan seseorang dan seterusnya menjadi viral, dan ini lah trend sekarang, yang bagusnya kisah yang di viralkan tersebut adalah benar, dan jika hanya sekadar isu peribadi tertentu si penyebar, tidak perlulah nak di perbesar-besarkan, secara tidak langsung akan menyebabkan diri anda sebaliknya yang menjadi mangsa cacian siapa yang membaca atau melihat.

Di media sosial, ada yang memberi kritikan dan kutukan terdiri dari yang masih belum 'matang' dan dalam masa yang sama belum habis sekolah pun! kadang kadang kita yang membaca ni pun sakit hati, jika kutukan itu membina ataupun berdasarkan kepada pengalaman tidak mengapalah, tapi! cuma sekadar rasa rasa dan banyak mendengar cakap cakap orang, ini sangat menjengkelkan.

Begitu juga tuduhan yang di lemparkan kepada perdana menteri kita, ramai yang mengkeji, menghina, bercakap seperti menteri kewangan, tapi kesimpulannya? siapa yang lebih layak memberi pandangan dan kritikan berdasarkan kepada pengalaman dan fakta?

Tuesday, August 25, 2015

Terlepas pandang

Alahai, aku sibuk bina website, sistem orang lain, dalam masa yang sama website aku sendiri pun 'terlepas pandang', bila orang tanya ada website tak? aku cakap..ermm errr errrr errr..segan aku, dan seperti biasa, alasan yang di berikan website under construction! heee

Nanti kalau ada masa, aku nak buat lah, bukan apa, untuk meningkatkan lagi keyakinan pelanggan terhadap company kecil kecilan aku ni, boleh order secara online kan? ermm tak boleh jadi ni, kena buat juga website, atleast blog pun takpelah.

Biznes IT, tapi website pun takde...poodahh!

Selesai sudah

Selesai akhirnya menjawab peperiksaan semester kali ini, dalam diam diam 2 tahun dah sambung belajar, sekejap je masa berlalu, kalau nak ikutkan huru hara dan pening kepala, itu sudah semestinya, harap harap keputusan exam kali ini memberangsangkan.

Blog ni pun sudah lama aku tak jenguk dan share apa yang patut, hehe, busy! dan sudah semestinya kalau dah lama tak update blog, sudah semestinya lah tidak akan ada rakan rakan blog yang masuk ke blog ini, nasib baik ada SEO, bila guest search maklumat di google, dengan pantasnya blog aku termasuk dalam senarai di enjin carian. 

Boleh lah daripada takde langsung...hehe nampak berguna la sikit blog ni eh..ermm

Monday, July 20, 2015

Mula bekerja

Raya aku sudah habis selepas sembahyang raya, alhamdulillah tahun ni aku sempat bangun pagi untuk sembahyang raya, bagi aku, yang paling bermakna adalah ketika sibuk memasak di dapur pada petang raya dan di malam harinya takbir.


Hari ini, aku dah mula bekerja, hasilnya aku bergumbira di pejabat dengan sewenang wenangnya tanpa sebarang gangguan. Selamat hari raya kepada kalian semua, maaf zahir dan batin.

Wednesday, July 08, 2015

Sama sahaja

Baik pekerja gomen atau pun swasta, sama sahaja. Kalau sebut produktif dan kualiti mungkin atau pasti ada di kalangan kakitangan kerajaan ataupun swasta, produktif lebih merujuk kepada kakitangan swasta di mana mereka based on profit, manakala bagi kakitangan kerajaan, kualiti, effisien dan efektif dalam menjalankan tugas berkaitan perkhidmatan kepada rakyat. 

Ada yang mengeluh dengan sikap pekerja kerajaan yang tidak mesra pengguna dan seperti melepaskan batuk di tangga, mungkin segelintir atau mungkin ramai, dan tidak pula kedengaran sikap bagi pekerja swasta dalam melayani pelanggan.

Jika berdasarkan pengalaman aku bila berhubung dengan kakitangan swasta seperti bank, badan berkanun atau agensi syarikat swasta dan syarikat insuran, bila di hitung kira, di darab bahagi, lebih teruk rasanya services mereka, di pendekkan cerita sama sahaja dengan segelintir kakitangan kerajaan yang hidup segan mati tak mau. Menyusahkan aku! 

Jadinya tidak perlulah membanding-bandingkan siapa yang bagus, siapa yang handal, selagi kita ni namanya MANUSIA, tiada yang sempurna.

Sama sahaja! Yang penting OUTPUT..

Bahaya smartphone

Bahaya smartphone sekarang ni, ada je isu-isu yang cuba di perbesarkan, mengaibkan melalui gambar, menjaja cerita cerita yang tidak sahih kebenarannya dan boleh di katakan sebagai suatu medium mengumpat. Jika tidak di bendung, pasti akan menelingkupkan nilai nilai murni.

Mengaibkan seseorang adalah sifat sifat orang politik, demi memuaskan hati si penyebar walaupun tidak pasti atau benar, asalkan matlamat tercapai.

Langkah yang terbaik, jauhkan lah diri dari manusia yang begini, jangan ambil peduli dan bijak dalam mengawal keadaan. Apa apa pun, smartphone adalah teknologi, yang merosakkan teknologi adalah sikap manusia itu sendiri. berubah lah kepada yang lebih baik, tak guna puasa sekadar menahan lapar dan dahaga, dalam masa yang sama menjaja cerita dan menyebarkan berita yang tidak sahih.

Wednesday, June 17, 2015

Selamat hari raya

Eh esok puasa dah ye, mood raya tahun lepas pun tak habis lagi, dah puasa balik dan lepas tu raya lagi..apa persiapan korang dalam menyambut ramadhan ni? aku biasa jelah, takde apa persiapan, tengah bulan, faham faham jelah! heee

Semoga di bulan mulia ini, kita sama sama di berkati dalam apa jua tindakan, kurangkan gosip kata mengata, jaga penglihatan, berbuat baik sesama manusia dan mahluk dan dalam masa yang sama, buang dan elakkan segala yang makruh dan perkara yang boleh membatalkan puasa.

Bulan puasa ni, banyak kerja nak kena selesaikan termasuk dengan assignment semester yang memeningkan kepala, hampir meletup dah ni...

Ikhlas dari aku, Selamat hari raya dan selamat berpuasa.

Wednesday, June 10, 2015

Kalau orang dah tak sudi

Orang kalau dah tak sudi nak tolong, macam macam alasan di berikan, itu tak boleh ini tak boleh, nak cakap direct takut serba salah takut tak sampai hati, jadinya, lengah lengahkan lah sampai orang yang minta tolong tu give up.

Pedih ulu hati kalau kena macam ni, yelah, aku ni tak faham, so, mintalah tolong dengan orang kan, apa lah salahnya, yela, aku faham sangat, kalau orang dah tak sudi, nak buat macam mana kan, kan, kan, aku give up! stress aku menghadap server tak guna ni! 

Thursday, June 04, 2015

Nak jaga kesihatan

Sudah 2 minggu aku dah berhenti rokok, sebabnya nak jaga kesihatan haha dan dalam masa yang sama harga barang naik, minyak naik, semua naik. Mana tahan!

Kalau dah namanya perokok memang tak dapt lari dari asap, dan untuk menghilangkan ketagihan itu, aku beli vape dan perisa yang aku paling suka ialah fluckin flava (honey dew).


Wednesday, June 03, 2015

Tak faham prosedur

Kalau nak masuk rumah orang kenalah ada adab, begitu juga hormat menghormati sesama insan, memang dari kecil kita dah di ajar oleh ibu bapa mengenai adab bila berkomunikasi, adab ketika makan, zaman mengubah sikap, etika, tabiat manusia.

Perumpamaannya, kalau tidak mahu kena saman, ikutlah undang undang yang ditetapkan, kalau kena saman janganlah pula di persoalkan kenapa kena saman. Mudah kan? Di sebuah agensi ada buka iklan kekosongan jawatan, dan ada di nyatakan di situ, prosedur yang perlu di patuhi mengenai penyerahan borang jawatan kosong yang telah di isi.

Yang, nak hantar kau punya resume melalui email dan medium online kenapa? janganlah marah jika tak di layan dan janganlah pula di salahkan pihak yang mengeluarkan iklan. berat dah masyarakat kita sekarang terutamanya budak budak yang baru nak 'UP' dan tak faham prosedur, main bantai je.


Saturday, May 30, 2015

Banyak ko punya alasan

Sibuk sangat ke pekerja government ni, selalu bagi alasan tiada masa, busy la, eh banyak betul alasan, jangan cerita tak cukup masa, sekarang ni zaman gadjet, dimana mana boleh melakukan urusan, sebagai contoh reply email, aduan rakyat, kemaskini laman web, kemaskini paperwork, sent softcopy dokumen dan lain lain.

Di smart phones segala galanya tidak mustahil tambahan pula jika ada computer peribadi laptop, untuk makluman, aku ada berurusan dengan sorang kakitangan di satu jabatan ni, aku cuma nak softcopy piagam pelanggan dan borang sahaja,  memang important, benda itu dah wujud, apa salahnya kau buka computer sekejap dan tekan butang sent dekat email pada aku, tak sampai 5 minit pun.

Alasan yang diberikan kalau munasabah tak apa la juga, tapi alasannya, sibuk nak ke festival sungai anjuran kerajaan negeri. penting sangat ke? Orang gomen ni, kalau event turun site sebelum persiapan dan melawat kawasan memang champion, berpuluh puluh kakitangan datang melawat kawasan, bukan buat apa pun, tengok tengok persiapan sebelum event..lepas tu update dekat facebook, sedang menjalankan tugas! Bullshit la…dan selebihnya pergi melantak! yang buat kerja sorang, tumpang sibuk macam bagus berpuluh!

Makan apam balik sambil layan DVD

Lampu traffic light 198 saat, nombornya nampak macam lama nak menunggu, padahal dalam 3 minit lebih sahaja, yang peliknya, masa aku buka handphone nak tengok whats app, we chat, time tu la kenderaan depan bergerak, begitu juga ketika di mana mana traffic ligh, bila tengok handphone je, kenderaan depan mula bergerak. Kalau buat bodoh je menunggu...bukan main lama lagi!

Begitu juga dengan blog, bila tak menghadap komputer untuk menulis blog, idea mencurah curah datang, bagaikan air terjun yang mencurah curah ke lantai bumi...dan bila aku buka komputer seterusnya blog, aku blank. nak tekan keyboard pun malas...berat dah aku ni. baik aku makan apam balik dan buka DVD konsert faye wong! hai..'BERBULU' lak dengan blog sendiri, kena ubah formasi ni. Benci tapi RINDU! heee

Friday, May 29, 2015

Welcome to the Matrix

Cara cepat nak muntah melalui melihat code (kod) computer, boleh lah di mempraktikkan jika mempunyai masa terluang haha

welcome to the matrix

Boleh tunjukkan pada kawan kawan yang kod ala ala matrix ini, supaya kawan kagum dengan kita dan mengelarkan kita 'hackers'. cara caranya ialah


Thursday, May 28, 2015

Pekerja malas

Ada sebuah restoran ni, kejap kejap posting pasal masakan / makanan harian menu kedai nya di facebook dan mengalu alukan kedatangan orang ramai, dan untuk makluman aku tahu kedai tu dimana dan pernah berberapa kali datang makan terutamanya ketika lunch hour.

Pelbagai sajian dari nasi campur, goreng goreng dan pencuci mulut (desert) disediakan, bagi aku kedai ni menunya atau masakan bergoreng boleh lah tahan, kena lah dengan perut aku..bolehlah haha

Masalah utamanya, PEKERJA MALAS NAK AMBIL ORDER., aku rasa kan, mungkin tauke kedai atau ahli politik berpengaruh tak datang menikmati juadah masa aku datang kot..tu yang services lembab dan pandang pelanggan pun macam nak tak nak je. Nasib aku! Setengah jam aku tunggu...perut dah lapar, pekerja puaka kat kedai ni pandang je takde pun nak tanya aku dah order ke belum,  perut dah le lapar! Hinggalah aku panggil...kalau kat kedai makan, nak maki pekerja ke tauke ke, pastikan selepas makan, kalau sebelum alamatnya...heee


Monday, May 25, 2015

Cium mulut ke cium duit?

Kecoh dekat Facebook pasal cium duit untuk ambil aura, bagi aku kan, biarlah diorang nak cium ke apa ke, kita takde kat situ, hanya mereka mereka yang ada di situ sahaja yang tahu situasi cium duit tu, bukan cium mulut kan?...cium duit je pun. 

Yang korang semua marah sangat kenapa? tak faham la aku! Sekurang kurangnya diorang tu ada lah juga inisiatif nak menuju kekayaan, bukan la tercongok depan komputer tak buat apa apa, main facebook je, tunggu mak bapak bagi duit? Apela..

Ada yang komen, syirik la, rosak akidah lah, orang kita ni tanpa asal usul periksa asyik negative, negative dan negative..cium duit je pun, tak payahlah nak judge orang macam orang tu melakukan dosa besar pula.

Budak budak sekolah ni kadang kadang kalau bagi komen, kurang ajar. memang tak hormat orang. kalau aku cepok kepala kau..baru kau tahu erti penyesalan.

Baucar Buku 1 Malaysia

Di sebabkan sikap berberapa parasit dan perosak bangsa yang meyalahgunakan baucar buku, kini BB1M terhad kepada pembelian buku dan novel sahaja, tidak bagi stationary (alat tulis) dan segala yang bukan buku, walaupun barang (bukan buku) tersebut di jual di kedai buku.

Tahun lepas aku gunakan BB1M untuk beli kamus Besta, ok lah alhamdulillah sekurang kurangnya dapatlah membantu aku dalam menyiapkan assignment. Tapi tahun ni, bila aku beli barang barang seperti alat tulis dan majalah yang di jual di kedai buku, kena tolak dan tak boleh guna baucar buku, cashier tu kata hanya buku sahaja, betul ke sekarang BB1M dah terhad kepada buku sahaja? atau di sesetengah kedai sahaja..?

Kalau betullah hanya buku sahaja...susahlah macamni, alat tulis, magazine juga banyak membantu dalam pembelajaran, tapi yang pelik..buku masakan aku beli lepas lak...? ok la tu daripada takde langsung kan. Terima kasih kerajaan atas pemberian ini.

Spesis drakula kah?

Adakah aku spesis dari Dracula? sejak akhir akhir ini, aku semakin tak suka dengan cahaya...haha, ape taknya, pergi kerja gelap, balik kerja pun gelap, so memang darkness betul lah. hehe, kalau kena silau sekarang, macam nak terbakar kulit..

Adakah aku spesis Dracula? oh.... tapi yang jenis baik nya la, menghadap komputer dan tak makan darah. Kalau tidur pun, tak suka buka lampu sekarang, macam panas dan rimas.. hahaha

Menuju Wawasan 2020

Alamak...nak notification kat sistem pulaaaakkk dah. cepat aku kena stroke macam ni, jabatan lain asyik order je nak sistem la, nak apps la, nak email sms la, sistem sms la..woi korang ingat aku ni anak buah mark zuckerberg ke?

Tak boleh nak buat kerja atau tak buka email, sebab takde SMS beritahu..oh??? kenapa nak kena beritahu sedangkan itu tugas hakiki kamu? apa lah salahnya pagi pagi datang office, buka email dulu, kenapa nak menyusahkan proses yang mudah? 

Mana tahan macam ni, tekanan aku di buatnya, bila berjaya sesuatu sistem tu, takde pula orang hargai orang IT ni, bila fail sistem di sebabkan kecuaian dan kebebalan end user itu, yang kena maki ITTTTTTTTTTTTTTTTTTTT juga..! namun walau bagaimanapun, boleh bincang elok elok kan.

Orang IT ni tak pernah di hargai, serius! orang sekeliling terutamanya di tempat kerja, menganggap orang IT ni duduk melepak je, yelah takde kerja kan..tapi bila ada masalah, kejap kejap panggil orang IT..sampaikan repair printer pun nak panggil orang IT...padahal IT lah yang membantu melancarkan sistem operasi dan perkhidmatan di sesebuah organisasi besar mahupun kecil...

Melakukan pengiraan mudah di Microsoft Excel

Untuk melakukan pengiraan secara mudah, anda bolehlah menggunakan microsoft excel, dimana perisian ini di hasilkan khas untuk pengiraan (calculation), table, lejar dan segala galanya yang melibatkan akaun, kewangan dan pengiraan (calculation).

Microsoft word atau lebih dikenali sebagai perisian memproses perkataan (word processor), membenarkan formula pengiraan di dalam excel seperti tambah, tolak, bahagi dan darab dengan menggunapakai simbol dan formula seperti ini (+, -, *, dan /).

Contoh pengiraan dan penggunaan formula/simbol yang dibenarkan didalam excel.

Jadilah pengguna yang bijak

Semua bising pasal GST, tapi bila shopping, penuh pasaraya...berdedai dedai orang membeli belah, ada yang borong barang macam esok dah kiamat, ada yang tengok tengok (window shopping) dan ada yang beli 1,2 barang, lepas tu beratur panjang dan ada yang datang kompleks membeli belah, semata mata nak makan dekat kedai kegemaran dan sebagainya.

Asyik complain pasal GST.....! tapi dekat mana mana pasaraya penuh! terutamanya bangsa bangsa kiasu..kalau report kepada kpdnkk, mereka akan jawab, semuanya terletak kepada kuasa pengguna dan kuasa membeli, so, jadilah pengguna yang bijak...

Terkena buasir

Keputusan peperiksaan semester kali ini menyelamatkan aku dari terkena buasir, memuaskan juga ye..haha, walaupun tak jawab sangat soalan peperiksaan, sebab takde masa nak study, study pun 2-3 jam sebelum exam.

Itupun belajar dari kawan kawan senior yang dah lama di OUM...antara tips yang aku ingat, teknik teknik membaca buku ketika musim peperiksaan ialah, kalau ada 10 bab/topik, soalan yang akan keluar dari bab 5 hinggalah ke bab 10. dan sejak aku dari sem 1 lagi, style menjawab soalan memang dari topik tengah dan hujung hujung.

Dan kerana kesuntukan masa di sebabkan leka bermain candy crush, haha, menggunakan teknik ini, dan hasilnya boleh lahhhh....ermm umph!

Friday, May 15, 2015

Kelam kabut

Kelam kabut aku 2-3 bulan ni, tak menang tangan dibuatnya..hal pejabat, hal syarikat, outstation berhari hari setiap minggu...terbarai! haha, tapi apa nak buat, inilah kehidupan, susah senang, kena lah tempuhi untuk kesejahteraan dan kesinambungan hidup.

Susah kalau jadi orang 'harapan' ni, ada sahaja tugasan yang perlu di lakukan, tapi dalam masa yang sama, semua urusan job syarikat berjalan seiring dan alhamdulillah. Memang penat dibuatnya, sampai tiada masa dengan anak anak. 

Korang busy ke? kerja kerja juga...jangan sampai tak makan.

Friday, May 08, 2015

Sekadar cadangan

Nasib baik aku pakai kereta Alza...takdelah kena pandang 'slack'..hehe, sebab apa aku cakap begini, sebabnya pasal insiden kemalangan 3 beranak disebabkan kecuaian pemandu kelab kereta Myvi, seperti yang digembar gemburkan mengatakan mereka berlumba, nampak logiknya disitu, nama pun kelab kereta, kalau dah beramai ramai, mulalah masing masing nak tunjuk hebat di jalan raya.

Apa lah nasib kenderaan berjenama Myvi dan nasib pemilik pemilik kenderaan Myvi di Malaysia selepas ini, comfirm tak senang hati, ada saja yang tak kena di mata masyarakat, sampaikan ada yang pemilik myvi tak bersalah pun terkena tempias.

Bagaimana nak memulihkan kenderaan berjenama perodua myvi ini dari terus menerus mendapat tohmahan negatif di sebabkan sikap berberapa beruk jalan raya myvi ini? Di malaysia, rakyat terlalu taksub dengan ahli politik berbanding tokoh ulama dan ilmuan agama, bagi rakyat yang taksub ahli politik dah macam 'tuhan penyelamat' mereka.

Saja nak cerita

Saja nak cerita pasal politik, rasa terpanggil pula nak menulis, kita semua sudah maklum dengan keputusan pilihanraya di 2 tempat iaitu di rompin, johor dan di permatang pauh, dan sudah pun ketahui parti mana yang menang. Namun sedikit 'kekecewaan' dengan keputusan di rompin, aku tidak side mana mana parti, di pendekkan cerita atas pagar!

Isu utama yang 'membebankan' rakyat yang kononnya mengurangkan harga barang iaitu GST good and services tax, bagus dengan ada GST ini, kalau diikutkan dari ucapan ucapan menteri, namum indah khabar dari rupa, mungkin pelaksanaannya di sabotaj? di manupulasi oleh peniaga peniaga atau sebagainya.

Ramai yang marah bila pelaksanaan GST ini, memang mahal harga barang, supply chain nya di peringkat pertama dah mahal di tambah lagi 6 % hinggalah ke peruncit..dan peruncit ke kita, rakyat yang menanggung bebannya, sedangkan 6% itu boleh di tuntut semula kepada kerajaan.


Saturday, May 02, 2015

Adakah

Hati hati memandu di jalan raya terutamanya ketika pulang ke kampung, bercuti atau sebagainya..maklumlah cuti panjang, hingga cuti umum hari wesak, biar lambat asalkan selamat..banyak kemalangan menimpa ketika musim cuti panjang begini, adakah dengan keadaan cuaca panas melampau, keadaan politik tak menentu, isu GST membuatkan masyarakat hilang pertimbangan dan hilang kasih sayang?

Biar lah apa yang terjadi sekalipun, carilah kekuatan yang ada dalam diri, kenal pasti kelemahan, kekuatan, peluang dan ancaman di diri kita. jangan asyik menunding jari kepada orang lain walaupun kita betul. 

Selamat bercuti panjang, manfaatkan cuti panjang ini, dengan ilmu pengetahuan yang baru, semoga dipermudahkan. have a nice trip.

Thursday, April 30, 2015

Suka duka kehidupan

Selesai akhirnya minggu peperiksaan bagi semester 5, alhamdulillah, tunggu keputusan dan tawakal ajelah lepas ini, bulan 4 agak busy dengan pekerjaan di pejabat dan dalam masa yang sama kena outstation berhari hari setiap minggu. Langsung tiada masa di rumah dan menjalankan aktviti rutin. begitulah kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran.

Blog pun sepi dan tiada iklan yang melekat hanya tunggu masa di tukarkan status kepada non-glitterati je..haha, nak buat macam mana, banyak lagi kerja nak buat dari menghadap blog, blog aku ni, bukan untuk mencari sumber pendapatan, hanya berkongsi suka dan duka kehidupan yang aku lalui sahaja. Nuffnang ni pun di pasang sebagai value added, dalam masa yang sama sebagai bonus, lebih baik ada kan daripada tiada langsung.

Friday, April 17, 2015

Nasi briyani pak akob

Akibat terlalu meminati nasi briyani, aku sanggup meredahi, asalkan aku jumpa yang benar benar briyani...haha, buat masa ini, nasi briyani yang terbaik yang pernah aku makan di taman universiti, skudai JB, nama kedainya nasi briyani pak akob, kata orang situ, memang kedai ni briyani paling terbaik..

Aku pun kesana, kebetulan ada kerja di sana, ternyata memang super...! lengkap dengan desert buah dan pulut hitam..memang terbaik! nasinya pun lembut, dagingnya baik lembu atau kambing...jangan cakap lah...memang power! 

Memang berbeza dengan nasi briyani di Melaka...ermm...kalau berada di area skudai, datanglah ke nasi briyani pak akob...memang terbaik! aku suka!

Kalau dah sedap...jauh macamana pun tak kisah, yang penting puas hati...cubalah! sambil makan briyani dengan sopan, pakai jersi JDT!...memang awesome..haha

Saturday, March 28, 2015

Akhirnya jumpa

Akhirnya jumpa juga cermin mata Rayban 'john lennon' aku...puas aku memikirkan di mana aku letak, boleh migrain di buatnya..macam mana aku jumpa? ceritanya..

Hari ini memang free dari sebarang tugas..assignment dah hantar, job minggu ni dah selesai, oleh kerana banyak masa hari ini, aku sempat ke majlis kahwin rakan dan vakum kereta, lapang sikit minda apa taknya, 1 kilo sampah dalam kereta berjaya di kemas...hehe. baru seronok nak drive...

Kalau kereta berselerak...nak bawa kereta pergi tuang minyak pun malas, tapi sekarang ni, rasa macam nak tidur dalam kereta...haha. Tapi apa apa pun, aku lega dan senang hati, cermin mata yang aku sayang...dah jumpa akhirnya, jumpa kat bawah seat..hehe

Cuma pendrive je tak jumpa lagi...kisah berkaitan barang aku yang hilang sebelum ini boleh baca di SINI

Friday, March 27, 2015

Perangai pelik dan aneh

Perangai dan kejadian aneh dan pelik terbaik minggu ini dan aku rasa wajar untuk di kongsikan bersama korang yang berlaku pada 27 Mac 2015 (jumaat) ialah, bukan niat mengelakkan mahupun menghina ;

1) Parking kereta di sebuah pasaraya sambil kereta enjin tak tutup dan lock kereta, dan bergegas pergi meeting, selepas meeting baru tersedar kunci kereta tak tahu letak di mana.

2) Handphone kena ragut, dan dapat lihat peragut ada di depan mata, tapi tak kejar sebab takut, hanya mampu menulis no plat kenderaan sahaja, selepas itu, hanya memerhatikan peragut tersebut berlalu begitu sahaja.

Aku pelik betul dengan kejadian sebegini, dan kejadian ini bukan lah berlaku pada diri aku, ia berlaku dan terjadi pada rakan aku dan orang di sekeliling aku dan kebetulan terjadi di depan mata. Haha, Merujuk kepada kes (1), selepas jumaat aku ada meeting bagi montage video sebuah agensi kerajaan, dan aku bawa partner bizness aku, selepas dia parking kereta dia, aku pun bawa dengan menaiki kereta aku, selepas meeting dan close deal, pergi minum, selepas tu, baru partner biz aku panik! apa taknya...kunci kereta hilang! erm...cari punyalah cari...tak jumpa, apa lagi, aku bawa dia ke tempat dia parking kereta, dan sedikit lega..kereta nya masih wujud!! yang peliknya....enjin kereta pun tak tutup, kunci tak cabut..alahai sampai macam ni sekali kau !! memang rare dan aneh! kalau iyapun, nak menepati masa..hahaha meeting dah lah 2 jam setengah..korang bayangkanlah dalam masa 2 jam setengah tu, enjin tak padam, kereta tak lock, lokasi meeting dan tempat parking 10 Km, terbiar je kereta dengan enjin masih hidup!! , nasib baik tak hilang kena kebas! haha

Thursday, March 26, 2015

Apo nak di kato

Pening mencari barang hilang ni, lepas satu, satu hilang...cermin mata rayban john lennon hilang, lepas tu, pen drive..penat lah nak kena flash back apa yang aku buat masa hari kejadian. Arghh...ermm dah nak hilang, nak buat macam mana kan? Cuai betul lah aku ni, rasanya macam dah letak dalam poket seluar, poket seluar bocor ke? Namun, apa nak di kato...

Apa nak dikatakan, bukan rezeki, baru hilang pendrive dan cermin mata rayban dah kecewa, macam mana lah perasaan orang yang hilang rumah, hilang jari dan tangan....Apa apa pun aku kena optimis dan bersyukur! 

*Maklumat dalam pendrive tu yang penting. lebih bernilai dari harga pendrive tu..

Wednesday, March 25, 2015

Kelam kabut di buatnya

Kelam kabut semua orang dengan GST yang bakal di lancarkan pada 1 April 2015. Aku pun tak faham, kenapa semua orang borong barang sebelum GST di laksanakan tanpa ambil tahu apa barang yang naik dan turun, menjadi kelam kabut bila iklan yang di tayangkan di TV tidak selaras di pendekkan cakap tak serupa bikin.

Semua perkhidmatan services naik, dengan alasan GST..GST..dan GST, padahal kalau nak di ikutkan logik, SST charge 10% sebelum ini, manakala GST baru 6%..sepatutnya ada barang yang makin turun..kan? kan? kan?

KPDNKK dan agensi enforcement yang terlibat harga barang, tingkatkan lagi mutu perkhidmatan dalam memantau dan mengawal harga barang kesian orang kampung...kesian orang biasa biasa, macam ada yang tak kena lah...ambil kesempatan maybe!

Tuesday, March 24, 2015

Baru aku tahu

Oh baru aku tahu! terima kasih la kepada kawan yang bagitahu aku macam mana nak view orang yang baca (read by) setiap teks yang kita taip di whats app group. Ermm bolehlah view siapa yang baca kan? kan? kan? maklumlah, group whats app ni, kadang kadang ramai yang silent, tapi sebenarnya mereka observe dan baca!...haha

Cara cara nya mudah sahaja, tekan lama lama teks yang kita tulis di group whats app itu, dan nanti akan keluar bulat (i) di atas, konsepnya sama seperti kita nak delete teks di whats app..cuma bezanya, kalau nak delete, kita tekan ikon tong sampah kan? tapi untuk view read by who, tekan butang (i).

Ok sekian! baru tahu...hebat!

Monday, March 23, 2015

Kalau menang dan kalau kalah

Sejak dah masuk '3 series' selalu sakit sakit dada dan sesak nafas..haha macam dah tua sangat, maybe masih dengan aktiviti merokok, tidur tak tentu masa, menghadap komputer 24 jam, mungkin kurang rehat, dan aku perlu rehat! 

Di entri sebelum ini berkenaan last live di dalam perlawanan bola sepak lihat SINI, aku pernah menyatakan keinginan untuk bersara dari bermain bola di sebabkan penat berlari dan bukannya menang pun, tapi takpelah yang penting sihat dan dapat menenangkan jiwa dari kesibukan di pejabat dan aktviti seharian.

Pada 25/03/2015, ada undangan bermain bola sepak, peh! macam star la pula, padahal tendang bola pun tak kena..haha, tapi takpe, yang penting ada style dan menyakinkan coach! itu yang betulnya...kalau kalah maka itulah perlawanan terakhir aku, dan jika menang, dengan ini, aku menarik balik perkataan bersara tu...haha

Kalau lah cikgu kamu tahu

Kalau lah cikgu kamu tahu! ermm inilah pekerjaan nya si budak kecik ni Qayyum Rayqal !!, kerja sekolah dia, kita yang buatkan..ermm...takpa 'kacang' je..bukan susah pun, tulis huruf g je...siap! lain? suaikan huruf ABC dan abc kecik...ala...ini kerja sekolah senang je..haha

Aku rasa cikgu sekolah tadika si Qayyum ni tak dapat trace yang ini tulisan bapa nya ke atau tulisan anak nya...maklumlah, bapanya kerja di bidang IT, guna keyboard komputer je kalau nak menulis..haha, kalau tulis sendiri, buruk! macam tulisan budak tadika! haha..dah kenalah tu! tak apa..kerja sekolah qayyum biar daddy yang selesaikan...qayyum pergi lah bermain main dengan si adik..

Kalau lah cikgu kamu tahu

Best juga dapat refresh buat kerja sekolah ni..haha


Latihan Animasi Flash di Bukit Bayan

Pada 19 Mac 2015, JKKK penduduk kampung bukit bayan, melaka telah menganjurkan latihan Animasi 2D, terima kasih kepada penganjur kerana menganjurkan program ilmu seperti ini. Perisian yang digunakan semasa latihan ini, ialah Adobe flash CS 3, kursus ini dijalankan selama 1 hari, dan dalam masa yang singkat, sekurang kurangnya bolehlah menghasilkan animasi menggunakan teknik teknik yang di ajar.

latihan Animasi 2D


Antara yang diajar semasa latihan ini, seperti penggunaan layer, add motion guide, tween motion dan shape, library, scene, timeline, insert keyframe, insert frame dan lain lain lagi.

Bulan ni banyak mengajar course Animasi, banyak course yang aku tolak sebab kekangan kerja yang lain dan pihak penganjur juga sedang mencari pengajar yang baru, kepada yang berminat untuk menjadi pengajar, boleh layari dan hubungi www.emelaka.gov.my.


Sunday, March 22, 2015

Lega rasanya

Lega rasanya bila dah hantar semua assignment, boleh lah rehat sikit sambil goyang kaki dan minum kopi, dah lama aku tak jenguk blog sendiri, ini kan pula blog korang semua kan, maaf ya, ada masa 'sikit' nanti aku jenguk lah blog korang semua. Teruskan menulis, kongsikan yang baik baik, stay cute, stay friend dan yang penting ikhlas dalam menulis.

Traffic blog aku down, tapi masih ada yang melawati melalui carian carian di google, rasa seronok sebab dapat bekalkan ilmu pengetahuan, info berguna dan maklumat maklumat tertentu yang boleh memberi kebaikan kepada pengguna internet.

Dalam diam diam aku dah nak masuk semester 5 dah...cepatnya masa berlalu! semester ni subjek boleh tahan, migrain di buatnya dengan course Programming object oriented ni, tapi ok je, bak kata orang putih, no pain, no gain, baru lah terasa erti sebuah pahit manis kehidupan. 

Tuesday, March 17, 2015

Cabaran yang perlu di hadapi

Terlalu pantas masa sekarang, sehinggakan ada berberapa perkara yang tidak relevan untuk dilakukan dan diadaptasikan dimasa kini. Sebagai contoh, dengan kehadiran pelbagai versi versi perisian yang semakin up to date.

Buku buku lama yang dahulunya menjadi rujukan baik semasa belajar mahupun bagi tujuan kerja, tetapi kini sudah berubah dan ada berberapa perubahan, kena sentiasa peka dengan kehadiran versi versi baharu. Namun apakan daya, sebagai seorang pengajar latihan komputer ini lah cabaran yang perlu dihadapi, suka atau tidak, kena paksakan diri untuk kebaikan diri sendiri dan untuk peserta latihan.

Bulan ni agak busy dengan mengajar dan banyak order design dari customer. Busy sikit nak kemaskini blog dan lain lain. Aku masih lagi setia dengan perisian perisian versi lama yang mana comfortable dengan aku, bagi aku selagi boleh guna, gunalah, kalau nak tambah feature tambahan hanya perlu install dan siap sedia boleh digunakan di versi yang sebelum.

Laju betul update versi, tak terkejar aku..hehe, hari ini tengok layout macamni, esok layout dah berbeza lak..hehe, apa pun masih sama, tak tahu boleh google dan join komuniti. apa susah sangat. Namun inilah cabaran yang perlu dihadapi.

Monday, March 09, 2015

Sukahati korang le

Haii....berapa kalilah nak invite aku dalam group whats app entah apa apa ni..apa yang penting sangat? aku dah left pun masih nak invite lagi.untuk apa lah..ermm..meluat! malas nak komen panjang panjang, kalau bincang pasal knowledge ke apa ke..im okay, but if use for spread the wrong and nonsense statement, it is very too much and abuse!..dah macam group gila seks pun ada! 

Gunakanlah platform media sosial untuk menyampaikan kisah kisah benar dan sahih berserta rujukan dari mana, dari aku layan whats app ramjadah ni, baik aku baca buku mastika ataupun ujang..lagi lah bagus! haha

Sukahati korang le! karang cakap lebih, di katanya kita macam bagus..Kalau tak tahu tanya lee dulu...jangan nak memandai mandai yay yay...

Friday, February 27, 2015

Bulan mengambang

Masa aku kecik kecik sekitar tahun 1992-1994 dalam darjah 2-3 , aku suka tengok bulan mengambang dan bila aku tengok bulan mengambang tu, aku selalu tunggu nenek kebayan lintas naik basikal ataupun dengan penyapu buruknya sebab nak minta coklat! haha ermm memang cantik bulan mengambang kan?

Lagu yang hits masa tu dari kumpulan XPDC album darjah satu, dan dari kumpulan search, memang rock kapak lah masa tu semua orang, haa..tiap kali dengar lagu lagu dari kumpulan ni, teringat bulan mengambang! haha..

Sekarang ni...bulan mengambang takpe..asalkan korang jangan jadi mambang tanah atau mambang laut sudahlah!

Bisikku pada bulan, kembalikan temanku, kekasihku, syurgaku, tanpa dia malam menemaniku, sepi memelukku, Bulan jangan biar siang, biar ia sepi sepertiku

Aku suka kena maki

Kadar cukai pintu melaka naik bermula tahun 2015, dengan minyak lagi turun naik, sebagai agensi pbt kerajaan tempatan yang bertindak sebagai front liner (barisan hadapan), terpaksa berhadapan karenah dan bermacam ragam orang awam yang tidak berpuas hati dengan mutu penyampaian perkhidmatan yang tidak memuaskan. Sungguh kiasu.

Di pendekkan cerita, jatuh bangun sesebuah kerajaan itu, terletak di bahu kerajaan tempatan iaitu PBT (pihak berkuasa tempatan).Sistem ICT juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada orang awam.

Hari ini, musim penggal pertama kutipan cukai, telefon tak henti henti berdering, asyik kena maki hamun je hari ini, ermm nak buat macam mana, hak mereka kan? layan kan ajelah. Dah biasa kena maki..kerja IT kan? sistem pula tak boleh nak terima bayaran, bila refer pada agensi yang menyediakan perkhidmatan ePembayaran ini , tak angkat call (panggilan), sungguh effisien betul!

Federal dan pak menteri beli sistem, sistem pula tak bagus..entah macamana kriteria dinilai untuk membeli sistem yang tak berapa bagus ni, yang menjawab dengan orang awam? orang bawahan juga....takpelah, tidur dan tidur lah lagi, sampai masa PRU..buatlah post mortem kenapa boleh kalah.

Monday, February 23, 2015

Aku bahagia

Aku bahagia! apa taknya..aku nak tengok blog aku pun aku nak muntah, inikan pula korang semua kan? kan? haha...awal tahun ni busy sikit, banyak kerja nak kena siapkan, programming, web based, database, design majalah, design banner dan lain lain yang membabitkan IT. 

Ingatkan bila dah lama tak update blog, view pun dah semakin kurang..rupa rupanya masih ada yang view dan trafic pun masih stabil seperti sebelum sebelum ni...dengan SEO aku bahagia, carian internet melalui google sentiasa menaikkan trafic blog aku, dan dalam masa yang sama dapatlah membantu viewer viewer internet mengenai info info yang aku masukkan dalam blog ini. sekurang kurangnya dapatlah membantu sedikit sebanyak. 

Harap harap korang dapat apa yang korang mahukan.Tapi sampai sekarang aku runsing, keyword paling tinggi pasal sedap kena sedut, aku pun tak faham kenapa ramai yang view sampai macam tu sekali ayat sedap kena sedut. apa ingat blog aku ni..blog menjual siput sedut ke? alahai

Friday, February 20, 2015

Bila aku tiada idea

Bila aku tiada idea, buat apa pun tak jadi....serba tak kena dibuatnya, alahai..kenapa begini? minum nescafe bergelen gelen, hisap rokok 2 kotak pun, idea masih tak datang, buat design pun macam budak tadika..ermm, mungkin aku perlu bercuti dan tenangkan fikiran nampak gayanya..macam ada yang tidak lengkap.

Arghh...banyak job tak siap lagi...! tension aku, aku kena sabar dan bawa bertenang ye, jangan kelam kabut, hai entahlah, macam berserabut sikit, tapi dont worry, i will control and manage myself properly, dah biasa daaaa....

Kalau takde idea nak menulis..aku tak kisah sangat, apa ada pada blog ni...kan? just share info dan tulis pun merepek repek..haha, i make this blog and the aim is just a for my refference and personal diary only, it is depend on your perceptions...

Korang bila tiada idea macam mana pula eh? apa yang korang buat? aku kalau tiada idea...aktiviti utama aku sakat orang...haha


Thursday, February 19, 2015

When you tell me that you love me




In a world without you , I would always hunger, All I need is your love,  to make me stronger,  And baby Everytime you touch me, I become a hero, I'll make you safe No matter where you are And bring you.. Everything you ask for, Nothing is above me, I'm shining like a candle in the dark, When you tell me that you love me...:) 

Kelakar lah anak anak ni

Takut badut? ermm Si Qayyum Rayqal dan Sofiyyah Az Zahra takut betul nak lihat badut..entah apa yang takut sangat entah..hee..tapi diorang suka makan Mac Donald, mungkin sebab ada happy meal, dapat mainan dan nugget...

Si abang macam biasalah...si adik yang loghat mengada ngada, badut tak gigit dia pun..dia cakap badut gigit dia lah, dia eeeendang (tendang) badut lah...kelakar bila layan budak budak ni...seronok dengar diorang berbual..haha

Si abang ni lak boleh cakap dengan aku..cuba adik buat rambut macam daddy..mesti adik takut, dan jadi badut..! ciss! rambut aku macam badut ke? nak kenaaaa ni! heee

Kelakarlah anak anak ni...

Tuesday, February 17, 2015

Haaaa sendawa lagi

Tahulah baru lepas makan, tak payah lah nak sendawa kuat kuat, tak sopan langsung dan tak memahami situasi orang yang mendengar, yelah mana lah tahu lapar ke, tengah stress ke...apa lah nak jadi, karang bila tegur, kena marah..ermm

Cuba lah sopan sikit, muka dah la tak hensem dan tak lawa, sekurang kurangnya tunjukkan lah adab tata susila tu, kalau kat rumah, nak sendawa kuat kuat sampai terbalik rumah..sendawalah!!! kalau dekat kawasan umum dan  rasmi, kau sendawa macam duduk dalam perigi dan nons stop kenapa ? kau nak sebarkan bau mulut kau ke?

Langsung tak menghormati majlis....!

Sunday, February 15, 2015

Dulu lain sekarang lain

"Abang selalu kena pukul dekat sekolah" ermm itulah kata kata si qayyum rayqal pada aku. Bila aku dengar dia cakap macam ni....geram pulak rasanya, siapa lah yang berani pukul dan buli anak aku ni..nak kena ni!!

Takpelah, esok daddy hantar pergi sekolah, daddy nak tengok siapa yang buli abang tu...daddy pakai baju Metallica dan bawa gitar, mungkin siapa yang tengok daddy nanti, mungkin diorang takut...heee

Aku tanya si qayyum lagi, macam mana budak tu boleh pukul qayyum, qayyum buat apa? Si qayyum cakap " qayyum yang lempang dia dulu" lepas tu kawan qayyum tu, dia pukul lah tangan qayyum balik", lepas tu qayyum panggil dia hitam! Ermm..macam gitu ceritanya, kita ni sebagai ibu bapa kena selidik dahulu..erm

Esok daddy nak tengok siapa budak tu yang selalu buli qayyum, ermm inilah proses pembelajaran bagi kanak kanak, di sekolah kan di bawah pengawasan cikgu..aku dulu masa kat sekolah...kena sebat dengan kawan kawan dan cikgu...bapak aku buat tak tahu je, sebab dia tahu anak dia yang salah, cam gituuuu lakkkk dahh...! Haaa..ermm orang dulu dan sekarang yerk..jauh bezanya...memang sah lah dulu lain sekarang lain.

Tuesday, February 10, 2015

Bila amoi mengganas

Kesian si abang selalu kena sakat dengan aku, haha, si abang ni umur dah 5 tahun lebih, si adik lak umur 3 tahun, tapi dalam kasar kasar si abang ni, dia takut betul dengan adik dia rupanya, kalau kena debuk dengan si adik, menangis di buatnya! , kesian, sepatutnya si abang protect la si adik, ni tak, si adik lak yang menjaga abang nya..hehe

Apa apa pun, mereka memang tidak boleh terpisah, gaduh macam mana sekalipun si abang masih mencari adiknya bila bangun tidur ke apa ke, si adik lak selalu tercari cari abangnya bila abang nya ke sekolah..yelah kan, bila jauh baru rindu, bila dekat, ada je yang tak kena. heee

Si adik ni suka di puji, kena cakap yang elok elok je, kalau cakap yang bukan bukan memang kena marah lah jawabannya..hehe lepas tu cakap 'taknak kawan daddy lagi, apa apa jela!'

Sunday, February 08, 2015

Kelihatan seronok nampaknya

Tengahari tadi sampai ke petang aku pergi mancing sebab nak tangkap ikan haruan dan ikan puyu(betuk), panas terik...migrain sekejap masa mancing tadi..sawah, parit tepi jalan banyak yang kering..yelah kan, panas berdentum. Hee

Yang ada cuma port yang biasa aku datang jelah..dekat area kandang, orang situ panggil empangan 25, harap harap dapatlah hasil seperti yang di mahukan....bolehlah daripada takde langsung lubuk..mancing jelah kat sini..

Tengah kesedapan dan syok mancing..tiba tiba si lembu ni makan rumput sampai masuk dalam tali air..kenapa kau ganggu aku cik lembu..kau makanlah jelah rumput dekat atas darat..tak perlu lah sampai ke dalam air kau masuk...sakit jiwa aku macam ni lah...meradang aku lah kalau begini jadinya..

Berapa bintang ya

Terminum air yang ada semut adalah perkara biasa, dengki mendengki dan cemburu pun perkara biasa, politik di organisasi pun juga perkara biasa, follow unfollow di media sosial pun juga perkara biasa, hehe, bukan semua orang suka dengan kita, dan tiada apa yang istimewa pada nombor di zaman milennium ini.  

Ramai kanak kanak dan orang dewasa menyertai laman sosial seperti facebook, blog dan sebagainya  dengan pelbagai motif dan tujuan. Teringat kata kata salah seorang idola politik aku iaitu Allahyarham Tun Ghaffar Baba, yang pernah mengeluarkan kenyataan "kalau niat masuk politik nak jadi perdana menteri, maka rosaklah parti ". Kalau kita membuat sesuatu itu biarlah dengan niat yang ikhlas, begitu juga bila berblog, apa niat anda berblog? sekadar mendapatkan follower (walaupun sebenarnya follower tu bukanlah follower yang boleh diharap), menyampaikan ilmu? berkongsi kisah suka duka keluarga? follow dan unfollow sahaja kerjanya? terpulang..kalau niat kita betul, insyaallah ada jalannya dan segala galanya berjalan lancar.

Sebelum nak buat sesuatu, fikir dahulu, jangan rasa terseksa dan menderita dengan apa yang dipendam, jika tidak suka, show your expression and feelings, jangan biarkan KETAKUTAN MENGHALANG KEBAHAGIAAN. Lebih baik berterus terang dari menjadi hipokrit, kan? kan?

Saturday, February 07, 2015

Pengaruh blog didalam masyarakat

Hehe..minggu lepas, entah tiba tiba aku rasa macam nak allow kan semua aplikasi dan website yang kena block seperti blogspot.com, facebook.com, dan segala macam macam jenis kategori, ermm lagipun jumaat, berilah peluang untuk staff nak akses, kesian diorang, waktu rehat pun kena block.heee

Tapi aku buka setengah jam je..lepas tu pandai pandai la korang kalau tak boleh akses..haha, itupun sebab ada seorang staff minta aku buka (unblock) sekejap satu blog ni, aku cakap blog apa kau nak tengok? blog ben ashaari? blog hanis zalikha ? blog bakul2011? blog mia liana? blog azwan ali? blog najib? blog menteri yang jaga harga barang? ermm..staff tu cakap nak tengok sangat blog beautifulnara.com ermm ermmm...aku tak tahupun blog ni..apa yang kau nak sangat tengok blog tu sampai call aku (IT dept) ni? penting sangat ke..? katanya nak baca kisah artis...

Ok lah buka la sekejap kan...nak tahu sangat pasal artis kan? hah..tengok lah puas puas sampai kau lebam, entah apa yang mengeletis nau..tapi!! tapi bersyarat! setengah jam je hek! heee

Wednesday, February 04, 2015

Bisikku pada bulan kembalikan

Biarkanlah saja diriku, sendirian tanpamu, Biarkan lah aku merindu sekian lama, Bukan maksud untuk membisu, sepi tanpa kata, terpisah kita kerana mengejar impian, Biarkanlah saja diriku, sepi tanpa kata, Mungkin kan bersama, dua jiwa ini, dalam mencari cinta sejati, Mungkin kah segala, derita di jiwa, akan terubat kini.

Hanya satu pintaku, sabarlah menanti, ku kan pulang bersama cinta  - Anuar Zain [Mungkin]

Bisikku pada bulan, Kembalikan temanku, kekasihku, syurgaku, tanpa dia malam menemaniku, sepi memelukku, bulan jangan biar siang, biar alam ini kelam, biar ia sepi sepertiku.

Tuesday, February 03, 2015

Hilang pertimbangan dan tiada belas

Dunia semakin tua, pembangunan makin pesat, ekonomi semakin mencabar, orang tidak 'siuman' pun semakin hari semakin bertambah, banyak perkara 'gila' berlaku dan sampai hilang pertimbangan, langsung tiada belas kasihan sesama mahluk.

Tak puas hati, tembak ! tak puas hati je bunuh, ermm takut dengan keadaan sekeliling sekarang, haiwan yang takde akal pun, sayang antara satu sama lain. Harini berlaku kisah tragedi ngeri mahasiswi dibunuh dan dikelar teman lelakinya..rasa macam tak patut dibuat macam tu..kenapa sampai nak membunuh?

Kalau cemburu sekalipun, cakaplah baik baik, gaduh puas puas, tak perlu sampai nak membunuh, orang yang beragama takkan buat macam tu. Apa apapun, semoga roh allahyarhamah siswi yang dibunuh kejam itu ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan tenang disana. Amin. Al fatihah

Monday, February 02, 2015

Berak dari atas

Tadi lunch jumpa seorang staff di MSC MITC, tak sangka pula ada pak pak ustaz pun datang join lepak di table makan aku dan staff tersebut, dah macam dalam masjid dah pula, dalam proses perbincangan santai santai tu, tiba tiba cerita pasal mahluk halus.

Salah seorang pak ustaz ni, ada sekolah pondok yang mana menempatkan anak anak yatim dan budak tahfiz, ermm sejuk je table tadi....aku tertarik untuk tahu cerita pasal misteri murid murid sekolah pondok yang selalu sakit perut selepas makan...dan yang pasti tiada masalah dari segi kebersihan makanan.

Setelah pak ustaz tersebut iaitu tuan kepada sekolah pondok itu merujuk kepada pakar ilmuan agama yang lebih arif bab bab mahluk halus ni, pakar ilmuan ini kata dah kena berak dari atas..! siapa pula yang berak lak ni...yang berak itu ialah mahluk mahluk halus iaitu Jin yang bertenggek di atas siling di sekolah pondok itu.

Jual kuih apam balik di tingkat 14

Sekejap je dah masuk semester 4, ermm masih mengadap course english, aku salah course ke ni? dah macam ambil bidang english language dah ni...nasib baik ada kamus besta...haha, semester kali ni, entah apa apa lah, course computer programming fully online alasannya kelas ada 2 orang je..  mana boleh subjek teknikal bagi bulat bulat online, kena buat projek lak tu, kalau subjek bahasa ke, matematik ke, nak buat online, buatlah! janganlah pada subjek teknikal!!

Subjek semester kali ni, english in workplace, computer programming dan entreprenuer, apa itu entreprenuer? macam selalu dengar, tapi tiba tiba aku hilang ingatan lak..bila aku google, jumpa lak artikel berkenaan entreprenuer, ada yang kata kontraktor

Nama lain bagi entreprenuer, adalah usahawan atau individu, kumpulan yang menjalankan perniagaan. Firasat benak aku lah..kan? kan? betul tak..? hee


Macam mana nak rename table di database phpmyadmin

Macam mana nak rename table di database phpmyadmin? kadang kadang kita terlepas pandang disebabkan syntax yang kita gunakan tidak betul seperti _&example_table , dan macam mana nak ubah dengan rename semula kepada syntax yang betul, seperti exampletable? mudah sahaja..

Ikuti langkah langkah di bawah ini,

1) Buka  PHPMYADMIN anda , http://localhost/phpmyadmin
2) Click on the database you wish to work on (from list of databases on the phpMyAdmin home  
    screen).
3) Once inside of the database, select a table by clicking on it.
4) Once inside the table, click on the Operations tab.
5) Scroll down to Table options where there is the option to change the name of the table.
6) Where it says Rename table to, enter the new name for the table.
7) When you are ready to proceed, click on Go.

Macam mana nak rename table di database phpmyadmin

The table will be renamed to the new name.

Semoga berjaya dan terhibur..

Sunday, February 01, 2015

Janganlah dilupakan

Kalau tengok TV, janganlah dilupakan Tv1 dan Tv2, sebab itulah siaran Tv yang masih mengekalkan konsep pembelajaran dalam hiburan, orang putih cakap edutainment dan masih menyiarkan cerita cerita lama melayu seperti cerita hitam putih P ramlee. 

Bukan nak memperkecilkan stesen siaran Tv yang lain seperti TV3 atau sebaliknya..kalau nak tonton entertainment..TV3 memang sesuai, kalau orang orang lama seperti atuk dan nenek kita yang mana masih hidup lagi..dah tentu lepas maghrib..diorang akan buka tv1 atau tv2 untuk tengok berita..lepas tu buka volume sound kuat kuat...haaa..

Krew krew produksi stesen RTM mesti ramai orang orang lama yang setia masih bekerja di belakang tabir kan? kan?...aku suka dengan klasik dan old style...bagi aku klasik itu ketenangan yang mengamit memori..hee

Friday, January 30, 2015

Bondaku si ikan kaloi

Penat bila berhadapan dengan orang yang banyak cakap,cakap tak henti henti,semuannya indah, tapi tak selaras langsung dengan tindakan, apa yang seronok dan beriya iya bercakap walaupun tak betul pun dan tak selaras? Apa yang untungnya eh? kadang kadang aku pun tak faham..

Tapi aku suka jumpa orang macam ni, aku cakap benda tak betul pun di iyakan je..lepas tu di tokok tambah lak tu! haha sedih. boleh masuk Maharaja lawak ke atau sebagai ahli politik ? lebih baik diam dan buat kerja..less talk more action, bukannya more talk less action!!

Cakap memang mudah, semua orang boleh bercakap dan orang yang hebat dan maju, akan bercakap selaras dengan tindakannya.  Tak penat ke asyik bercakap je, pergi buat kerja dan jangan beri alasan, 1 hari ada 24 jam, jangan cakap tiada masa, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.....the important is how you manage your time wisely. heee

Tuesday, January 27, 2015

Mengintai gadis mandi

Erm dah lama tak mengintai gadis mandi! eh eh eh eh...salah tulis lak! haha..sebenarnya dah lama aku tak jenguk blog sendiri, ceh! ermm...macam bertahun tahun lak kan..padahal baru 3-4 hari! 1 hari tak buka blog..dah tak tentu arah hehe..apatah lagi jenguk blog korang semua, apakah daya aku terlalu sibuk dengan kerja melibatkan programming dan web design sekarang ni sehinggalah ke bulan Februari. Memang padat dan kepenatan dibuatnya, jumpa orang sana sini, dah macam superman! siang ke malam padat, mengalahkan perdana menteri jumpa orang sana sini..takpelah yang penting ada usaha daripada takde kan? kan? jumpa 10 orang..melekat lah 1-2, kalau jumpa 100 orang? Main golf walaupun driving range pun jadi! haha...

Rajin korang semua update blog ye? tak pernah miss langsung. hehe, semangat yang penting! Ada je idea idea datang kan? kan? baguslah..yang penting jangan membuang masa, berblog juga aktiviti berfaedah, tolong jangan salah faham dengan bloggers seperti kami, dari kami melepak tak tentu hala, baik buka laptop dan update sesuatu, dapat juga duit dari iklan yang running! Pengunjung pun dapat manfaat dari setiap apa yang di kongsikan di blog..bloggers pun boleh jana pendapatan!


Thursday, January 22, 2015

Bagaimana membina image bergerak animated image

Bagaimana membina image bergerak animated image (animasi) mengikut citarasa dan kesesuaian anda, fungsinya adalah untuk menarik perhatian pengunjung blog dengan iklan/banner bergerak, dinamik banner, dan sebagai mempromosikan sesuatu produk, bukankah lebih interaktif dan tidak statik? kan? kan? bila kita paparkan banner atau iklan dinamik animated sedikit sebanyak akan membuatkan audien lebih tertarik dengan mesej yang cuba nak disampaikan.

Sebagai contoh, anda boleh melihat iklan iklan di bawah header blog saya, dimana iklan bergerak gerak. ikuti langkah langkah mudah yang aku sediakan dibawah ini. Harap harap membantu. Aku menggunakan adobe photoshop versi CS3 untuk membuat animated banner ini, agak mudah kalau nak diikutkan dengan versi photoshop terdahulu, dimana anda perlu menggunakan adobe image ready
 
Untuk membuat dinamik iklan atau banner bergerak, anda perlu mahir menggunakan layer dan animation tools. Mari kita lihat cara cara membuat animated banner di bawah ini.

Wednesday, January 21, 2015

Keputusan peperiksaan

Alhamdulillah, hari ini keputusan peperiksaan tempat aku belajar OUM keluar & dipaparkan, tapi baru papar keputusan untuk satu paper, dapatlah B- , satu paper lagi entah bila, maybe esok atau lusa rasanya. Aku sebenarnya tak meletakkan target yang tinggi (high expectation) bila sambung belajar kali ni, harapan aku cuma nak tambahkan dan mantap kan lagi ilmu pengetahuan di dalam  bidang ICT dan ubah karier aku kepada yang lebih bagus dari sekarang. Tapi bukan lah bermaksud aku sambil lewa dalam belajar, cuma aku susah nak fokus, maklumlah kan part time, bukannya full time.  Mana tahu boleh upgrade jawatan kan? hee

Susah belajar sambil bekerja ni, belajar pun sendiri, otak pun dah freeze, tapi bergantung lah, ada yang online tutorial dan ada yang face to face class with tutor, lecturer korang faham faham la kan, bila masanya nak belajar, siang sibuk dengan kerja sampai ke malam, balik rumah main dengan anak anak,korang nak mengadap buku ke? ermmm...kalau tak tidur, tengok TV..lepas tu makan. lepas makan tidur. Bila dah nak dekat minggu exam, baru buka dan belek buku satu persatu. kan? kan?

Apa pun...setakat ini, result memuaskan lah juga walaupun tak skor pada peperiksaan akhir, jika kita rasa kita boleh, kita pasti boleh lakukan walaupun pahit dan payah. Insyaallah Tuhan bantu kita dalam menempuh kesusahan.

Tuesday, January 20, 2015

Inilah padahnya degil sangat

Inilah padahnya kalau tak sambung study lepas diploma, kan dah tak boleh nak buat exemption credit..adui, 40 subjek kena ambil semula, lemah badan, sementara ada peluang dan tawaran sambung, baik korang sambung, jangan jadi macam aku!! 8 tahun lepas grad diploma pada 2006, tahun 2014 baru terhegeh hegeh nak study semula! padahal kalau sambung belajar lepas diploma, 1-2 tahun dah selamat dah! 

Hee..ermm pejam celik kejap je nak masuk semester 4, dari semester pertama sampai la ke semester 4, asyik mengadap dan jumpa course english je, english communication, english in workplace alahai..bosan!! english aku bukan lah hebat sangat..setakat cakap i want sleep tau lah! nampak gayanya kena rujuk kamus besta lagi lah yeee....haha, kamus besta penyelamat keadaan!

Entah macam mana lah agaknya result peperiksaan semester lepas..harap harap lulus, so far buat masa ni, belum pernah repeat paper lagi..paling teruk repeat peperiksaan masa ujian memandu lesen L berkomputer..8 kali ambil tak lulus-lulus di melaka, tapi sekarang ni dah lulus ye ambil kat ujian memandu tangkak!

Takpelah, susah susah dahulu, senang senang kemudian..NO PAIN NO GAIN, putih, putih, baru lah putih!..saboor jelah.
    

Monday, January 19, 2015

Kena denda

Alahai kena denda la pula kalau lewat renew sijil syarikat di Suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). nasib baik lah tak mahal, RM 20.00 je..ermm duit jugak kan? lepas gak tu kalau makan asam pedas ikan pari, sayur, air dan nasi. hee..tuh la leka dan sibuk nya sampaikan terlupa nak renew sijil syarikat sendiri!!! kepada korang mempunyai syarikat perniagaan sila lah update dan alert bila tarikh expired sijil perniagaan syarikat korang, jangan jadi macam aku, terlewat! terlewat seminggu, nasib baik sedar dan baru tahu, sebab nak masukkan salinan sebut harga dalam fail syarikat..haaa

Yang penting jangan terlewat sampai lebih sebulan dari tarikh tamat tempoh, kalau dalam linkungan sebulan/30 hari korang akan di denda lewat sebanyak RM 20.00! kalau lebih dari sebulan..amaun caj denda mungkin meningkat, "seelok eloknya sebulan awal sebelum tarikh tamat dah kena datang untuk renew atau terpulang, yang penting jangan selepas tarikh tamat..! walaupun lewat sehari, tetap denda" itu nasihat dari pegawai SSM..hehe 

Erm aku pun tanya lah, kenapa pihak SSM tak remind/beritahu melalui SMS? yelah kan, kadang kadang sibuk sampai terlupa bila tarikh tarikh penting..aku ni, sampaikan tarikh roadtax kereta mati pun boleh terlajak bulan lepas! hehe bahaya ni..kata pegawai SSM, "kena ingat sendiri lah dik," ermm betul juga tu, sendiri punya sijil tanggungjawab sendiri lah eh..hee

Sabar ye bang kejap je

Masa pagi nak bawa Muhammad Qayyum Rayqal pergi tadika, yang si adik sibuk nak ikut dan bangun pagi awal, gosok gigi pun tak, terus masuk dalam kereta!! tujuan nak ikut sebab nak bye bye kan abang kesayangan dia ni, bukan main sayang lagi kat abang dia yang sorang ni, walaupun si abang selalu debuk dan sakat dia....haaa

Bila tiba kat sekolah...si abang yang dari tadi nampak cool je dan tersenyum singai dengan adiknya..tiba tiba bila dah tiba kat sekolah muka si abang dah macam nak menangis..ermm...si adik lak..lagi tambahkan tekanan pada si abang....'sabar ye bang..kejap je..kejap je...nanti abang dapat ramai kawan dan main mainan ye', si abang ermm apa lagi....bertambah sedih! 

Ermm, oleh kerana aku dah lambat, aku terus hantar si abang pada cikgu tadika dan gerak! lagi aku duduk kat situ..lagi melalak teresak esak si Muhammad Qayyum Rayqal ni..ermm. selesai satu hal! jam dah pukul 8 pagi, nak terus pergi kerja...eh, ada pulak si budak kecik si sofiyyah ni! ermm nak hantar si adik ni lak, sabar je lah...!!  heee

Sunday, January 18, 2015

Harijadi Sofiyyah Az Zahra

Hari ini, birthday girl Sofiyyah Az Zahra anak bongsu aku yang ke 3 tahun, sekejap je masa berlalu, Daddy tak pernah lupa hari lahir anak anak daddy walaupun daddy tiada di sisi kamu semua, aku ada outstation di KL jumpa kontraktor untuk projek besar kementerian katanya, jadi jurucakap, erm dah macam jurucakap bagi pengantin le pulak eh..erm erm 

Tapi...daddy sempat belikan hadiah semalam, tunggu ye esok daddy bagi...kalau anak dua..tak boleh belikan satu..kena belikan untuk dua duanya sekali, kalau tak bergaduh dan berebut. Hee

Sekarang ni sibuk sedikit...banyak urusan di luar dan sibuk urus kan hal syarikat, blog pun tak sempat nak urus dan reply komen bloggers dan pengunjung yang komen. 

Saturday, January 17, 2015

I just got to tell you

Mother you had me, but i never had you, i wanted you...you did not want me, so i...i just got to tell you, good-bye good-bye, father..you left me, but i never left you..i needed you, you did not need me..so i...i just got to tell you, good-bye good-bye

Friday, January 16, 2015

Berakhir sudah kisah kita

Apa lah yang dengki sangat sampai nak pagar kawasan ini? lagipun ini tempat ni bukannya tanah persendirian individu, dan memang terkenal sebagai tempat kaki mancing tegar seperti aku untuk memancing, kami bukannya mencuri, merompak, hisap gam atau kacau anak dara orang, kami cuma memancing ikan jee..ermm ermm

Terkejut bila aku datang ke sini, tak sangka dah di pagar seperti bulan di pagar bintang...kerajaan negeri kena wujudkan kawasan kawasan memancing dan ruang khas untuk kaki mancing seperti kami, karang aku merempit atau melepak di kaki lima di katanya aku mat rempit perosak bangsa lakkk kan? kan? terus di label belia rosak la itu lah, apa lagi aku nak buat...memancing je..! tolonglah..buka lah pagar tu..apa yang dengki sangat..daripada terbiar semak samun kawasan tu...kan bagus di buka kepada pemancing macam kami, bolehlah kami tolong tebas tebas kan semak samun tu kan? kan? kan? apela...

Bapok dan pondan tak pula di ganggu besar besaran...pemancing seperti kami pula yang di ganggu, dah lah kawasan tu port baik, lubuk ikan, untuk makluman korang, aku dapat banyak ikan kat kawasan tu, boleh tekan SINI untuk lihat tangkapan terbaik! heee..

Thursday, January 15, 2015

Senyum lebar

Orang gomen hari ini senyum lebar la ye..dapat bonus. Mesti ramai pergi shopping malam ni dan jalan raya mesti sesak..brim untuk anak anak sekolah pun dapat. Belanja jangan tak ingat dunia, pastikan ada simpanan sebab bolehlah nanti gunakan untuk masa masa sesak kan? Kan? 

Siapa nak bagi duit kalau kita sesak kan? Berjimat cermat lah...paling best kalau shopping dan makan makan pada tengah bulan sebab orang tak ramai. Beringat dan jimat cermat, bulan 2 dapat gaji awal sebab tahun baru cina..ermm..seronok seronok juga...esok jangan termenung stress sebab duit dah habis belanja. Haaa

Wednesday, January 14, 2015

Kelebihan bersedekah

Banyak kelebihan bila kita bersedekah, duit yang kita perolehi sedangkan kita pun cukup cukup makan, sebaliknya kita beri pula pada orang yang lebih susah, percayalah, doa para malaikat itu mustajab, dan Tuhan itu maha adil dan penyayang, rezeki kita pasti ada suatu hari nanti. Jangan kedekut walaupun kita susah sebenarnya..sedekah lah walau satu ringgit sekalipun.

Kalau kita rasa susah dengan kehidupan yang kita lalui...sedarlah ada orang yang lebih susah dari kita. Jangan hina orang dan biarlah ikhlas dalam memberi, insyaallah Tuhan beri ganjaran berlipat kali ganda.

Kau hamba, aku juga hamba ..kepadaNya yang esa, semalam datang seorang budak jual barang kecantikan dan minta sumbangan derma untuk projek madrasah, aku nak beli pun aku takde duit dan dalam wallet pun banyak duit biru seringgit je..hee kesian lihat budak tu..aku pun berilah sedikit wang untuk dia makan, aku terkesan...bila budak tu salam dan cium tangan aku....!! Aku sedih lihat budak tu...aku cuma minta budak tuh doakan aku semoga sukses dalam perniagaan.

Tuesday, January 13, 2015

Salah hantar SMS

Apa punya member..tak boleh harap, aku suruh hantar mesej kat aku supaya boleh tunjukkan pada orang rumah yang malam ni ada meeting, kau salah hantar kat bini kau lak apahal? last last dua dua tak dapat keluar rumah...kalau sms ajak lepak lepak jangan harap lah nak lepas, kena hantar sms bunyi macam penting seperti hal kerja atau yang mendatangkan wang baru dapat lampu hijau.

Baru nak pakai baju Batik...boleh lah lepak dangdut atau Hard rock cafe...haha

Oleh kerana aku tak dapat keluar..duduk rumah update blog jelah, apa nak buat, tak boleh harap! aku bukan takut bini ye, masalahnya HARIMAU tengok bini aku HARIMAU pun takut kat dia...nampak? dasyaaaattttt..

Duduk rumah sambil layan lagu The Beatles dan John lennon pun best gak.....kepada kawan kawan yang dapat keluar rumah...nasihat aku...jangan tingal dakuuuuuu!

Monday, January 12, 2015

Hari pertama Muhammad Qayyum Rayqal ke sekolah

Hari ini 12 Januari 2015, hari pertama Muhammad Qayyum Rayqal ke sekolah, bangun pagi bersemangat katanya nak ke sekolah, jumpa kawan kawan dan cikgu..anak aku ni baru umur 5 tahun, so secara tidak langsung di pra tadika la kan? kena biasa biasa kan dengan suasana pembelajaran di tadika..nanti tahun depan dah senang dan terbiasa dengan suasana tadika dan bila ramai kawan kawan baru di sekeliling kan? kan? jangan sedih sedih, nanti Daddy belikan mainan banyak banyak!! 

Nasib baik tadi tak menangis..tapi muncung je lah..tak tahan! hehe..dah biasa bangun tidur dengan gajet, tak boleh berengang langsung! tapi pagi ni..jumpa kawan kawan baru dan suasana baru...hehe. Mula mula risau gak..yelah tiba tiba dia mengganas atau dikasari oleh bebudak kat situ kan...ermm, aku tengok pun jauh jauh je..tak berani bagi dia nampak..nanti menangis lak...! lagipun cikgu dalam tu pun pandai dan tak menakut nakutkan bebudak...steady! hee

Sabar ye Muhammad Qayyum Rayqal..nanti beritahu daddy..apa yang cikgu ajar tadi! heee

Saturday, January 10, 2015

Saya orang kaya


Saya orang kaya, saya ada banyak kambing, saya bela bela, kambing ada tiga ekor...tapi ada orang nak beli kambing....kambing pun mengembek mbeeekkk mbeeekkk mbeeekkk mbeeekkk..ayam pulak...kukukukkkkkk kukukkkukkk kukukkkkkk....haaaa...semua saya bela..ayam, kambing....kuda pulakkkkk.....saya orang kaya...ni paaa rusa pulak...hahahahaha

Ini lah juara sebenar dan lawak tahap maharaja..kenapa lah brader ni tak terpilih! padahal lawak gila...Al Fatihah buat allahyarham Din Beramboi..!

Hukum membunuh cicak

Cicak ni memang suka buat kotor, melekat di atas dinding, bising dan merata rata buang tahinya, teringat dulu masa kecik kecik, bila bulan puasa lepas qiamulail, kitorang membunuh cicak di rumah. Atuk kata, kalau bunuh seekor cicak, atuk beri 50 sen...wah, apa lagi, jangan di lepaskan peluang ini, sekali tembak guna 'senjata' kami, berpuluh puluh la cicak yang lunyai di kerjakan oleh kami adik beradik, langsung tiada kesian..hehe

Kalau kat rumah kampung dulu dulu...bukan hanya ada pengaruk badan yang macam garpu tu je..mesti ada 'senjata' pembunuh cicak dan tergantung di dinding, hehe, dulu aku tak tahu..cuma guna pistol buah ceri je..hehe..tapi 'senjata' ni, lebih padat dan mantap! boleh miung kalau kena...haha baik manusia ataupun cicak..

Kejam tak aku? yelah memang lah kejam dan metallica kan ?? tapi kan? tapi kan? kalau di ikutkan balik, apa hukum membunuh cicak? Ustaz kata eh...bukan aku yang kata eh..bukan blogger famous kata eh..ni ustaz yang kata..

Friday, January 09, 2015

Speechless present

Haha..inilah hadiah yang paling mengejutkan dan lawak..ok la tu lebih kurang je sebutan kan? kan? kan? siapa yang dapat hadiah macam ni, memang geram dan comfirm patah hati, yelah kan, excited nak dapat ipad punya pasal, nak beli bukannya murah..!

Dulu pernah kena masa hadiah hari jadi..kotak punya lah besar..berpuluh puluh kertas hadiah di balutnya...last-last dalam kotak tu..ada tabung katak! ermm..sabar jela..apa apa pun. Syukurlah ye apa yang ada walaupun tak lama lagi nak kena GST...

Nak lihat apa hadiah yang speechless sangat tu, tekan Baca selanjutnya dibawah ini..haha

Duit Dari Internet