Safirul Amar Azmi Blog! Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE

Friday, January 02, 2015

Akhirnya setelah sekian lama

Akhirnya setelah sekian lama aku meninggalkan dunia gigs, rock kapak macam cerita rock ooo tu, akhirnya termeterai juga keinginan 'reunion' dengan jamming session bersama bekas drummer band aku! haha...teringin gak nak jamming lagu lagu 'hits' ketika main band suatu ketika dulu..nasib baik jumpa bekas pemain drum band aku.

Kebetulan dah jumpa, terus aku ajak jamming....hehe dari takde apa nak buat duduk mengadap laptop dan mengeteh je sambil bincang peluang perniagaan..boring lah...we want rock! we want rock! alang alang dah jumpa kan? kan? kan? apa lagi...kembali pakai spike di lengan, terus koyak kan seluar, serabut kan rambut! pakai patches..baru Metal dan rock sejati! hehe

Tangan aku pun macam susah dah nak main dan pegang gitar, dulu masa main band,  sebagai position rythm guitar dan backup vocal je, kehebatan setanding seperti Kai hansen (helloween) ataupun seperti Allahyarham M Shariff..sekarang ni? hampeh..lupa kod lak tu! haaa..tapi bila petik ada la sikit sikit sound gitar macam kirk hammet metallica dan marty friedman..hehe aku gurau gurau je, takde la sehebat seperti yang di nyatakan diatas. mereka tu semua influence aku dari dulu ketika main band dan hinggalah sekarang. Tapi yang penting...Jamal Abdillah tetap terbaik! 


jamming-safirulamar

Yang si drummer bekas band aku ni...ketuk tong drum pun sampai terpelanting pelanting stick drum dia maklumlah masa terpelanting stick tu kitorang main lagu Master of puppet..haha..pui! kau kata kau terer lagi..haha. 

jamming-safirulamar

Antara lagu lagu yang masih aku ingat chord lagu dan merupakan salah satu lagu wajib masa opening intro song band kitaorang masa di atas stage ialah seperti master of puppets, last carees (metallica), creep (radiohead), together, wet blanket, Me (butterfinggers), smeel like teen spirit (nirvana). yang lain tu semua hantam jelah dan dah lupa chord, kena baca dan cari buku chord lagu lah!

Yang penting dapat lepas tension sebab dah lama tak main! Boleh lah, cuma kena asah sikit tangan...cita cita dulu nak jadi ahli muzik di agensi kerajaan, tapi ujian peperiksaan ahli muzik gagal, chord terompet yang di tanya...mana lah aku tahu! chord e minor, b minor..E tahulah hehe...

 

Pernah kena kejar dengan polis masa main gigs dekat kerteh dan dekat terengganu, tapi paling memang tak dapat di lupakan masa di ampang park, blue planet..memang happening sampai kena baling botol lah! hahaha

9 comments:

  1. As'salam Saf..wah hebat ya ..bertambah meria lah blog kan jumpa geng..pastikan ada gambar mereka kat blog ini...)

    ReplyDelete
  2. terbaik.apapun Saf ..bagaimana keadaan di kawasan banjir ya..ada tak Saf depan mata pergi tengok mereka yang kehilangan rumah..rasanya dekat kan sana..simpati sangat2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye cikgu ..saya pun sama masih simpati...:(

      Delete
  3. terbaik.apapun Saf ..bagaimana keadaan di kawasan banjir ya..ada tak Saf depan mata pergi tengok mereka yang kehilangan rumah..rasanya dekat kan sana..simpati sangat2

    ReplyDelete
  4. laaa seriyesly ada band dulu amar? mcm tak caya wo hahaha

    ReplyDelete
  5. Di perak pun...bittersweet pun terbaik...produk underground terbaik

    ReplyDelete
  6. dah lama jugak x berjamming . dah lama tinggal dunia band . huhuuu

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi