Safirul Amar Azmi Blog! Biznes Bakeri Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE

Friday, January 16, 2015

Berakhir sudah kisah kita

Apa lah yang dengki sangat sampai nak pagar kawasan ini? lagipun ini tempat ni bukannya tanah persendirian individu, dan memang terkenal sebagai tempat kaki mancing tegar seperti aku untuk memancing, kami bukannya mencuri, merompak, hisap gam atau kacau anak dara orang, kami cuma memancing ikan jee..ermm ermm

Terkejut bila aku datang ke sini, tak sangka dah di pagar seperti bulan di pagar bintang...kerajaan negeri kena wujudkan kawasan kawasan memancing dan ruang khas untuk kaki mancing seperti kami, karang aku merempit atau melepak di kaki lima di katanya aku mat rempit perosak bangsa lakkk kan? kan? terus di label belia rosak la itu lah, apa lagi aku nak buat...memancing je..! tolonglah..buka lah pagar tu..apa yang dengki sangat..daripada terbiar semak samun kawasan tu...kan bagus di buka kepada pemancing macam kami, bolehlah kami tolong tebas tebas kan semak samun tu kan? kan? kan? apela...

Bapok dan pondan tak pula di ganggu besar besaran...pemancing seperti kami pula yang di ganggu, dah lah kawasan tu port baik, lubuk ikan, untuk makluman korang, aku dapat banyak ikan kat kawasan tu, boleh tekan SINI untuk lihat tangkapan terbaik! heee..

mancing pagar
Ermm...takpe takpe...aku mancing dekat kolam depan pejabat kerajaan je, walaupun takde ikan dalam kolam tu...baru puas hati aku!...heee

10 comments:

  1. manusia ni biasalah yg salah x sekat tp yg x slh tu lah dorg sibuk nak ganggu

    ReplyDelete
  2. lahh kesian nya dah kena pagor plak yer...

    ReplyDelete
  3. kena pagar gril ke sampai tak boleh buka...ok taka apa pasti ada tempat lain juga tu Saf...

    ReplyDelete
  4. Alamak..tajuk..
    Ingatkan kisah cinta laila majnun ke ape tadi.
    Rupanya kisah mancing.

    ReplyDelete
  5. ada la sebab la tu dia pagar kawasan tu..
    tak apa la,ada la rezeki kat tempat lain..hehe

    ReplyDelete
  6. ikan besar sangat kot situ , tu yang pasang pagar . tak beri orang amek . huhuu

    ReplyDelete
  7. ingatkan berakhir apa...
    xpa la cari lubuk lain la... xpon datang ja kampung saya lubuk juga.. Lubuk Merbau hihi

    ReplyDelete
  8. ingatkan berakhir apa...
    xpa la cari lubuk lain la... xpon datang ja kampung saya lubuk juga.. Lubuk Merbau hihi

    ReplyDelete
  9. Haha. Dengki tak ajak dorang sekali kot. Tu yg pasang pagar nak bagi adil.

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.