Safirul Amar Azmi Blog! Biznes Bakeri Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE

Friday, January 02, 2015

Cara cara install firebug inspect element di mozilla firefox

Sebagai seorang bloggers, programmer ataupun yang berkaitan dengan perniagaan atas talian (online) yang menggunakan blog atau website, anda memerlukan plug in tambahan seperti add-on Firebug (inspect element) untuk mengenal pasti kedudukan koding (script) dan CSS anda.

Firebug juga membantu anda dalam menambah baik blog, website, portal anda, tanpa detecter seperti firebug kemungkinan anda akan 'muntah' bila melihat script seperti HTML, CSS atau script yang panjang berjela. Hanya gerakkan kursor di kawasan blog atau website yang anda mahu ubah, dan right click dan pilih INSPECT ELEMENT.

Dengan adanya plugin add on seperti Firebug, senang sikit nak detect location script, jangan risau, ia bersifat sementara. Dipelayar web google chrome, telah tersedia secara automatik, apa yang perlu anda buat, cuba right click dan lihat INSPECT ELEMENT, anda akan dapati script berupa CSS dan Script koding di bahagian bawah, anda boleh mengubah, dan perubahan itu hanya sementara sahaja. jika refresh ia akan seperti sediakala. Mari lihat langkah langkah di bawah macam mana install add on Firebug di browser Mozilla firefox.




firebug inspect safirulamar


firebug

1) Buka browser Mozilla firefox anda, dan pergi ke menu TOOLS di Menu Bar anda. seterusnya pilih Add-ons (lihat gambar 1)

firebug
gambar 1

2) Seterusnya, pergi ke carian (searching) dan taip Firebug, untuk makluman ada berbagai bagai jenis untuk inspect coding, aku lebih selesa menggunakan Firebug (gambar lipas) haa..(lihat gambar 2)

firebug
gambar 2

3) Selepas itu, pilih firebug dan install.


firebug
gambar 3
Bagi pembangunan blog, susun atur blog, ubah segala macam seperti yang korang dapat lihat di blog aku sekarang ni, aku banyak menggunakan inspect element untuk mengenalpasti coding dan CSS, dan selepas mengenalpasti, aku ke template dan pilih HTML untuk melakukan perubahan.

Tapi sebelum itu, sila backup blog anda terlebih dahulu, bila bermain dengan INSPECT ELEMENT, anda perlu melakukan trial and error, dan cuba lihat terlebih dahulu apa output dari inspect yang korang buat tu..jangan risau, perubahan yang di lakukan hanyalah sementara.  cuba lihat gambar 4 dibawah.

safirulamar-firebug
gambar 4
Semoga berjaya dan sedikit sebanyak memberikan info kepada kalian semua.

4 comments:

  1. ini ilmu baru ni. boleh la try guna nti hehe

    ReplyDelete
  2. nice sharing . pernah jugak guna menda ni dulu

    ReplyDelete
  3. dok try jugak nk edit blog
    .tapi takut gak silap apa2

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.