Safirul Amar Azmi Blog! Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE

Wednesday, January 14, 2015

Kelebihan bersedekah

Banyak kelebihan bila kita bersedekah, duit yang kita perolehi sedangkan kita pun cukup cukup makan, sebaliknya kita beri pula pada orang yang lebih susah, percayalah, doa para malaikat itu mustajab, dan Tuhan itu maha adil dan penyayang, rezeki kita pasti ada suatu hari nanti. Jangan kedekut walaupun kita susah sebenarnya..sedekah lah walau satu ringgit sekalipun.

Kalau kita rasa susah dengan kehidupan yang kita lalui...sedarlah ada orang yang lebih susah dari kita. Jangan hina orang dan biarlah ikhlas dalam memberi, insyaallah Tuhan beri ganjaran berlipat kali ganda.

Kau hamba, aku juga hamba ..kepadaNya yang esa, semalam datang seorang budak jual barang kecantikan dan minta sumbangan derma untuk projek madrasah, aku nak beli pun aku takde duit dan dalam wallet pun banyak duit biru seringgit je..hee kesian lihat budak tu..aku pun berilah sedikit wang untuk dia makan, aku terkesan...bila budak tu salam dan cium tangan aku....!! Aku sedih lihat budak tu...aku cuma minta budak tuh doakan aku semoga sukses dalam perniagaan.

Dan hari ini, aku dapat job dari sebuah syarikat untuk pembangunan portal, terima kasih Tuhan....bersedekah la kita dan biarlah ikhlas dalam memberi. Tuhan cuma menduga kita dengan wang yang banyak dan nak lihat sejauh mana diri kita...adakah kita membantu juga yang lain dan membuat kebajikan?

 Kita bukan Tuhan nak menentukan dosa pahala seseorang, siapalah kita yang hina ini nak menilai dosa dan pahala, siapa tahu, yang di anggap jahat dan buruk itulah yang lebih mulia dari yang di anggap baik sebaiknya sangat itu.

Orang yang menahan hartanya atau kedekut untuk membelanjakan hartanya di jalan kebajikan, meskipun hartanya tidak binasa secara zahir akhirnya akan binasa juga.

Bukan nak tunjuk baik, aku ni pun banyak dosa....semua manusia berdosa, mana ada manusia takde dosa..kan? kan? cuma memberi peringatan kepada semua termasuk diri aku sendiri...baik dengan manusia..baik dengan haiwan...jangan aniaya orang dan jangan guna kan orang untuk kepentingan peribadi...

7 comments:

  1. betul tu sedekah amalan jariah yang terbaik...harta bertimbun tak bererti jika tak ada amalan sedekah..syukur ya Saf dap job lagi..terbaik mesti happy..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..itu lah ragam hidup saf..mujur ada jua ringgit2 kan...

    ReplyDelete
  3. Memang tak dinafikan sedekah menjemput rezeki..

    ReplyDelete
  4. sedekah la sekecil mana pun bila da berpeluang.. nanti karang menyesal..

    ReplyDelete
  5. sama2 kita memperingati antara satu sama lain...
    kdg2 kita alpa..

    ReplyDelete
  6. sama2 kita memperingati antara satu sama lain...
    kdg2 kita alpa..

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas peringatan. Tak rugi bersedekah kerana Allah itu maha pemurah :)

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi