Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE Biznes Bakeri SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Monday, January 19, 2015

Kena denda

Alahai kena denda la pula kalau lewat renew sijil syarikat di Suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). nasib baik lah tak mahal, RM 20.00 je..ermm duit jugak kan? lepas gak tu kalau makan asam pedas ikan pari, sayur, air dan nasi. hee..tuh la leka dan sibuk nya sampaikan terlupa nak renew sijil syarikat sendiri!!! kepada korang mempunyai syarikat perniagaan sila lah update dan alert bila tarikh expired sijil perniagaan syarikat korang, jangan jadi macam aku, terlewat! terlewat seminggu, nasib baik sedar dan baru tahu, sebab nak masukkan salinan sebut harga dalam fail syarikat..haaa

Yang penting jangan terlewat sampai lebih sebulan dari tarikh tamat tempoh, kalau dalam linkungan sebulan/30 hari korang akan di denda lewat sebanyak RM 20.00! kalau lebih dari sebulan..amaun caj denda mungkin meningkat, "seelok eloknya sebulan awal sebelum tarikh tamat dah kena datang untuk renew atau terpulang, yang penting jangan selepas tarikh tamat..! walaupun lewat sehari, tetap denda" itu nasihat dari pegawai SSM..hehe 

Erm aku pun tanya lah, kenapa pihak SSM tak remind/beritahu melalui SMS? yelah kan, kadang kadang sibuk sampai terlupa bila tarikh tarikh penting..aku ni, sampaikan tarikh roadtax kereta mati pun boleh terlajak bulan lepas! hehe bahaya ni..kata pegawai SSM, "kena ingat sendiri lah dik," ermm betul juga tu, sendiri punya sijil tanggungjawab sendiri lah eh..hee


Sekarang ni aku asyik lupa je lah..tak tahulah kenapa, kenapa eh? ermm haritu di Jusco di seremban, masa nak balik, card parking aku hilang! aku cari dalam poket dan wallet seluar takde! ah..panik aku! macam mana boleh hilang lak ni. pening aku cari barang yang hilang ni!! stress..

Puas aku cari, tetap tak jumpa gak...jalan yang terakhir selepas pelbagai usaha di lakukan, terpaksa la aku sediakan duit standby kalau kena bayar ke kan kalau kad hilang., aku pun pergi ke kaunter informasi, dan nah kauu! RM 20.00... caj bagi kad hilang!

Ermm ok la tu..nak buat macam mana kan..cuai dan aku mengaku yang aku silap! diam jela..heee 

13 comments:

  1. Kena ada secretary macam kakak ni. Tanggungjawab kakak kena ingat tarikh-tarikh penting utk sykt. Sebab itu utk rumah sendiri kakak tampal di whiteboard dlm bilik kakak. Dah tua macam kakak ni lagi banyak lupa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus jgk tu.. tampal whiteboard.. tulis tarikh penting..letak ja kt tempat senang nmpk

      Delete
  2. terbaik lah sis..steady! tu la..baru 30 dah banyak benda lupa...ermm...mungkin tak dapat makan nasi beriyani kot..:)

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. heee..terrrlupaaaaa..:) takpelah ada hikmah di sebalik kejadian

      Delete
  4. sy taun lps kena caj rm50 sb lewat renew ssm tu..taun ni kme alert la bt alarm hehe

    ReplyDelete
  5. tudia la kan. kalo TERlewat renew naya kena denda hehe. amar kena ada reminder la kalo cenggitu hehe

    ReplyDelete
  6. beli la diari/ simpan date dlm phone..
    benda2 macam ni,kalau lewat mg payah,lemau ja nak membayar denda..saya duit rm1 pun berkira tau..

    ReplyDelete
  7. Kena buat alarm kat fon senang cite. Set lagu ganas2 sikit. Kalo lupa jugak tak tau la. Haha

    ReplyDelete
  8. Assalam & Salam Sejahtera.

    Kami menawarkan perkhidmatan pembaharuan pendaftaran SSM secara online. Mudah, ringkas dan pantas.

    Untuk keterangan lanjut, layari renewSSM.KlikJe.my atau WhatsApp kami di renewSSM.wasap.my.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas info ini....terbaik!

      Delete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.