Safirul Amar Azmi Blog! Biznes Bakeri Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE

Wednesday, January 21, 2015

Keputusan peperiksaan

Alhamdulillah, hari ini keputusan peperiksaan tempat aku belajar OUM keluar & dipaparkan, tapi baru papar keputusan untuk satu paper, dapatlah B- , satu paper lagi entah bila, maybe esok atau lusa rasanya. Aku sebenarnya tak meletakkan target yang tinggi (high expectation) bila sambung belajar kali ni, harapan aku cuma nak tambahkan dan mantap kan lagi ilmu pengetahuan di dalam  bidang ICT dan ubah karier aku kepada yang lebih bagus dari sekarang. Tapi bukan lah bermaksud aku sambil lewa dalam belajar, cuma aku susah nak fokus, maklumlah kan part time, bukannya full time.  Mana tahu boleh upgrade jawatan kan? hee

Susah belajar sambil bekerja ni, belajar pun sendiri, otak pun dah freeze, tapi bergantung lah, ada yang online tutorial dan ada yang face to face class with tutor, lecturer korang faham faham la kan, bila masanya nak belajar, siang sibuk dengan kerja sampai ke malam, balik rumah main dengan anak anak,korang nak mengadap buku ke? ermmm...kalau tak tidur, tengok TV..lepas tu makan. lepas makan tidur. Bila dah nak dekat minggu exam, baru buka dan belek buku satu persatu. kan? kan?

Apa pun...setakat ini, result memuaskan lah juga walaupun tak skor pada peperiksaan akhir, jika kita rasa kita boleh, kita pasti boleh lakukan walaupun pahit dan payah. Insyaallah Tuhan bantu kita dalam menempuh kesusahan.

9 comments:

  1. alahamdulillah.....
    cepat juga keluar result..rasa mcm baru lepas exam ja hari tu

    ReplyDelete
  2. hehe xpelah skrgnya awaka d semangat nak belaja balik..

    ReplyDelete
  3. 2 org mmber aku yg kerja 1 department aku smbung study. amek master. part time gak.mmg peritla nak ejas timing tu. tp amar rilek2 je nmpk hehe

    ReplyDelete
  4. as'salam Saf..tahniah ya..sambung belajar untuk PHD ke ni..memang OUM laluna belajar kew peringkat tinggi ..tahniah ya

    ReplyDelete
  5. saf..huuu lawa nuffnang tau..nanti kita klik sama2 ya..

    ReplyDelete
  6. wah dah berubah banner Etuza tu kan Saf..terima kasih promot kan ya

    ReplyDelete
  7. kira hebat lagi juga tu..!! tahniah..
    kagum dgn mereka yg dh berkeluarga yg sambung study,mmg masa tu kena pandai2 la cari..

    ReplyDelete
  8. cantik dah tu...susah tau nak bahagi masa antara kerja dengan study...tahniah!!harapnya, lepas ni akan lebih baik

    ReplyDelete
  9. Kadang tu kalo paper susah sangat bila dah lulus pn dah lega rasa dia. Dapat B tu pn bukan senang tu. moga berjaya habiskan pelajaran. ^^

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.