Safirul Amar Azmi Blog! Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE

Tuesday, January 06, 2015

Selalu macam ni bila dah tiba

Jarak dari rumah nak ke tempat kerja, campur tolak campur tolak dalam 8-9 km, dalam setengah jam dah tiba. Tapi kalau banyak lak JCB (jentolak pengaut), akan ambil masa dalam 45 minit untuk tiba ke pejabat.  Itu dah paling cepat lah!...haha.

Biasanya sebelum ke pejabat, aku sarapan dulu, ambil angin pagi di luar, tengok ikan dan udang dalam akuarium, start enjin kereta, hisap rokok dan pakai stokin..! Masa santai santai tu...pakai selipar, habis je hisap rokok, tengok jam! ah..sudah terlewat ni...(macam orang gomen selalu cakap, saya ada meeting ni) butang baju aku mana pah! sedap karipap sardin ni..haha

Masa tiba office dan nak turun kereta...oh! tidak!!!! aku terlupa pakai kasut rupanya! macam mana aku nak kerja ni..kalau pakai selipar! oh...tidak....! laptop tertinggal juga....! meninggal!!! patah balik ke rumah...sampai je rumah...ah! ada baik aku tidur! alang alang dah balik rumah kan? kan? tapi, sebelum tidur balik, makan dulu karipap sardin masa breakfast tadi lah!  haha


meroyan

Pagi pagi nak pergi kerja atau sebaliknya walaupun nak beli sarapan sekali, dengar lagu yang menaikkan semangat. barulah kita semangat dan tak cinggay, kan? kan? kan? ini tak! dengar lagu mengantuk dan lagu orang mati.....itu boleh merosakkan mood pagi korang semua.

Kesimpulannya, pagi pagi sebelum pergi kerja, kena senyum dan mesti happy, sebab waktu masih panjang, kita nak buat kerja kan? dan satu lagi kalau pagi pagi mood dah tak okay..sampai ke malam MEROYAN! haha

Aku selalu macam ni, terpakai selipar atau tertinggal barang sebelum pergi kerja...alahai dah nyanyuk kot! heee hek hek hek

7 comments:

  1. laaaaa ish3 cemane leh tertinggal lak tu? naya nih hehe

    ReplyDelete
  2. Best jugak kan, kalau dah sampai tempat kerja, pastu patah balik, pastu malas nak g kerja balik. Sambung tidur lagi best. Hehehehehe

    ReplyDelete
  3. eh apesal lama sgt 8-9km smpi amik masa setgh jam? hehehe....

    kalo sy, mesti hangin bila tertinggal2 brg ni..wakaka..yelah umah agak jauh kalo nk patah balik ahaks

    ReplyDelete
    Replies
    1. kereta banyak mila..semua bawa kereta macam siputtttttt

      Delete
  4. sempat balik tdo pulak... hahahha..

    ReplyDelete
  5. hahaha.. ambil mudah sangat pasal masa,itu yg bila dah kelam kabut smua lupa..

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi