Safirul Amar Azmi Blog! Biznes Bakeri Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE

Thursday, January 01, 2015

Seronok bercucuk tanam

Bagus kedai ni, memanfaatkan ruang yang ada, ambil peluang dari ciptaan Tuhan, mensuburkan tanah dan dalam masa yang sama, memberi manfaat untuk kegunaan perniagaan mereka dengan menanam cili hijau dan cili padi.. 

Aku pun suka bercucuk tanam, yelah bukan apa, kalau nak masak lauk, dan memerlukan bahan bahan seperti cili padi..boleh petik je..tak payah nak beli kat kedai! kan? kan? kan dah jimat. bukan kedekut, tapi alangkah ruginya jika kita tak memanfaatkan apa yang Tuhan beri pada kita.

Kalau kat nurseri, macam macam ilmu kita boleh dapat dari tauke nurseri, yelah, bukan senang nak tanam pokok, kena tahu selok belok cara menanam dan nak mengelakkan dari serangan ulat atau penjagaan..contoh kalau suburkan tanaman kita supaya cepat membuahkan hasil..kena pakai baja tahi ayam dan baja tulang ikan..

memanfaatkan ruang yang ada

Pernah tanam, cili padi, bendi, ubi kayu, limau purut, cili merah..ada yang beli dekat nurseri, dan suka pergi nurseri..macam macam benih pokok ada..! hehe pokok strawberi pun ada..apa apa pun, bercucuk tanam memang best, petang petang, seronok bila tengok apa yang kita tanam membuahkan hasil! terbaik....memang puas... 

Orang kampung suka tanam pokok dan sayur macam ni..ada tanam daun kari, cili padi, limau purut, bendi, terung, kacang panjang. terbaik! hehe..jom ke nurseri cari benih pokok..!   

14 comments:

  1. Memang seronok sekali bercucuk tanam

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kan? happy dan boleh terapi. badan pun sihat...dan JIMAT

      Delete
  2. kat kampung..memang semuanya ditanam.. daun kari,serai, daun limau perut, linau kasturi, buah kundur, mcm2 lagi la..ulam2 semua ada... nak makan petik ja...kalau ayh xbeli sayur.. petik ja pucuk apa yg boleh buat sayur...

    ReplyDelete
  3. beruntung sangat bila kita berbudi pada tanah kan.. :)
    btw,,iqha singgah sambil main klik2 nuff :)

    ReplyDelete
  4. Dulu rajin tanam balik bawang dengan pak choi dari scrap. Sekarang tak buat dah. Huhuh.

    ReplyDelete
  5. Saya perasan blog saya ada kat banner kat header with other blogs jugak..Bestnya, pandai betul awak buat camtu..
    Rasa can nak try jugak..

    ReplyDelete
  6. wah bagus tu..maknanya Saf ada pengalaman lah pergi ke rumah ni kan..ha dapat berjimat tu saf..ambil pasu ..letak tanah tanam..apapun kena rajin jua siram ya..

    ReplyDelete
  7. memang seronok.. kat uma ni pun mcm2 jenis hani tanam..
    ade cili padi, buah mata kucing, mangga , limau purut.. hehe..
    kena rajin membaja.. kira pengalaman awk la ye..

    ReplyDelete
  8. aku pon dok rumah kampung. mmg puas lah boleh gak tanam2 limau, rambutan, durian dll. bila musim buah mmg x termakan gak la hehe

    ReplyDelete
  9. sini semua habis simen.. huhu.. kat kampung opah ja boleh la main2 tanah..kotorkan tangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ermm tuh la...skrng semua nak simen...heee

      Delete
  10. ada kebun sendiri macam2 boleh tanam :)

    ReplyDelete
  11. Acik baca tajuk je, ingatkan cerita pasal game Farmville...huii..lama betul tak jenguk kebun Acik kat situ..

    ReplyDelete
  12. baru nk berjinak2 bercucuk tanam ni .. nampak cam best je

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.