Safirul Amar Azmi Blog! Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE

Monday, February 02, 2015

Berak dari atas

Tadi lunch jumpa seorang staff di MSC MITC, tak sangka pula ada pak pak ustaz pun datang join lepak di table makan aku dan staff tersebut, dah macam dalam masjid dah pula, dalam proses perbincangan santai santai tu, tiba tiba cerita pasal mahluk halus.

Salah seorang pak ustaz ni, ada sekolah pondok yang mana menempatkan anak anak yatim dan budak tahfiz, ermm sejuk je table tadi....aku tertarik untuk tahu cerita pasal misteri murid murid sekolah pondok yang selalu sakit perut selepas makan...dan yang pasti tiada masalah dari segi kebersihan makanan.

Setelah pak ustaz tersebut iaitu tuan kepada sekolah pondok itu merujuk kepada pakar ilmuan agama yang lebih arif bab bab mahluk halus ni, pakar ilmuan ini kata dah kena berak dari atas..! siapa pula yang berak lak ni...yang berak itu ialah mahluk mahluk halus iaitu Jin yang bertenggek di atas siling di sekolah pondok itu.

Wah...terkejut dengar penjelasan ustaz itu..dan apa solusi nya? solusi nya...pakar ilmuan itu nasihatkan, jangan makan pada waktu 12.30 tengahari sehingga azan zohor, selepas waktu zohor ok, dan jangan makan pada pukul 6.30 petang hinggalah azan maghrib..selepas maghrib bolehlah...kenapa macam ni? ustaz itu kata pada waktu yang di haramkan makan itu..matahari tegak di atas kepala kita dimana tiada bayang bayang..

Pada waktu itu, syaitan dan jin berlegar legar...

Ustaz tu dengan pantas kilat menukar jadual masa waktu makan bagi kanak kanak madrasah dan alhamdulillah..tiada masalah sakit perut lagi yang berlaku di madrasah itu. Begitulah kisahnya cerita yang aku dengar waktu lunch tadi, terasa dahi aku menjadi hitam dan suasana bahang tika tadi menjadi sejuk...kerana ada pak pak ustaz tadi. Moga aku mendapat hidayah dari orang alim ini.

   

12 comments:

  1. Erks..1230? Itulah waktu rehat aku kat tempat kerja..Hmm. Camana ek? Terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semestinya..tapi dalam lebih kurang 12.30-1.30 camtuhlah...matahari di atas kepala kita..
      tapi sebenarnya...bergantung kepada situasi dan keadaan.

      Delete
  2. wow... serius ni pertama kali aku dengar cerita yang macam nih... thanks for sharing, aku harap ko bukan di antara bloggers yang suka kelentong di kala menulis bagi melariskan blog... hihihih! :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nilah untungnya kalau bergaul dgn ramai org..boleh tahu mcm2x cerita...apa yg diceritakan ..aku kongsikan utk tatapan bersama. Tapi kisah ini mcm menarik..sahih atau tidak...not sure. Bukan aku punya kisah ..tpi kisah dari ustaz yg dikenali. Tq

      Delete
    2. Melariskan blog? Sumpah ckp...aku tak heran pun...laris ke tak..newbie ke old blogger ke..sapa tu? Kalau nak melariskan blog bukan dgn cra main entri yang tdak beretika

      Delete
  3. bagus gak info.. xtahu plak sebelum ni

    ReplyDelete
  4. ehhh saya rehat kul 1 hngga 2... mesti nk makan dulu.. sementara tggu zohor..sbb nnt xsempat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung pada situasi dan keadaan. Sbg contoh di sekolah pondok itu...

      Delete
  5. wah.. baru tahu ada waktu2nya ya..
    biasa budak baru nak kenal agama.. T__T
    mmg rasa aman damai ddk dekat dgn orang alim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dlm islam pun ada kata..kalau nak ke toilet..alas kepala kita...

      Delete
    2. dri kecil lagi mak saya dok ajar mcm ni...

      Delete
  6. dudukk dgn org2 ilmuan camni mmg terasa aura sejukkk aje hehe. bagus jugak sharing psl ni. ana baru tawu gak nih.

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi