Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Sunday, February 08, 2015

Berapa bintang ya

Terminum air yang ada semut adalah perkara biasa, dengki mendengki dan cemburu pun perkara biasa, politik di organisasi pun juga perkara biasa, follow unfollow di media sosial pun juga perkara biasa, hehe, bukan semua orang suka dengan kita, dan tiada apa yang istimewa pada nombor di zaman milennium ini.  

Ramai kanak kanak dan orang dewasa menyertai laman sosial seperti facebook, blog dan sebagainya  dengan pelbagai motif dan tujuan. Teringat kata kata salah seorang idola politik aku iaitu Allahyarham Tun Ghaffar Baba, yang pernah mengeluarkan kenyataan "kalau niat masuk politik nak jadi perdana menteri, maka rosaklah parti ". Kalau kita membuat sesuatu itu biarlah dengan niat yang ikhlas, begitu juga bila berblog, apa niat anda berblog? sekadar mendapatkan follower (walaupun sebenarnya follower tu bukanlah follower yang boleh diharap), menyampaikan ilmu? berkongsi kisah suka duka keluarga? follow dan unfollow sahaja kerjanya? terpulang..kalau niat kita betul, insyaallah ada jalannya dan segala galanya berjalan lancar.

Sebelum nak buat sesuatu, fikir dahulu, jangan rasa terseksa dan menderita dengan apa yang dipendam, jika tidak suka, show your expression and feelings, jangan biarkan KETAKUTAN MENGHALANG KEBAHAGIAAN. Lebih baik berterus terang dari menjadi hipokrit, kan? kan?

Langsung tidak tertekan dengan sikap segelintir blogger yang kurang matang, entah apa yang dikejar pada nombor, semoga berjaya dan terus berjaya, bawalah sikap tidak baik itu selama lamanya, whats goes around come around. Untuk memastikan suasana menjadi lebih sihat di blog aku, aku dengan ini memadamkan follower widget di blog aku sebagai memberi sokongan padu kepada usaha pihak jawatankuasa kampung yang menginginkan sepenuhnya hasrat kerajaan yang ingin melahirkan masyarakat bermaklumat bukannnya hanya pada kuantiti nombor (figure) yang menyertai semata mata. Biar rupa buruk asalkan hati menawan. Hehe

3 comments:

  1. terus dicari wdget ..mmg tak ada dah..huhu
    ada follower banyak pun,tak seronok..

    ReplyDelete
  2. sama la...nak buang jugak...nak follow, follow..tak nak follow, sudah..

    ReplyDelete
  3. tu la betol gak kan. KUANTITI saja pun tarak guna kalo KUALITI tak hado hehe

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.