Kesian si abang Qayyum Rayqal selalu kena sakat dengan aku, haha, si abang ni umur dia 5 tahun lebih, si adik lak umur 3 tahun, tapi dalam kasar kasar si abang ni, dia takut betul dengan si adik dia rupanya, kalau kena debuk dengan si adik, menangis di buatnya! , kesian, sepatutnya si abang protect si adik, ni tak, si adik lak yang menjaga abang nya, sayang dia pada abangnya, yelah, dua beradik je kan. Tapi, Apabila sofiyyah sudah marah , memang si abang kena belasah ! haha, Apa apa pun, mereka memang tidak boleh terpisah, gaduh macam mana sekalipun si abang masih mencari adiknya apabila dia bangun dari tidur, si adik pula selalu tercari cari abangnya bila abang nya ke sekolah, yelah kan, bila jauh baru rindu, bila dekat, ada je yang tak kena.

Benci tapi rindu ? Itulah dia Si Amoi kecik ni, Apabila sofiyyah sudah marah , memang bahasa planet semua keluar, Si adik ni suka di puji, kena cakap yang elok elok je, kalau cakap yang bukan bukan memang kena marah lah jawapan nya..hehe lepas tu cakap taknak kawan daddy lagi, apa apa jela. Haha

Apabila Amoi Sudah Marah
Aku pun cakap lah dengan si adik Sofiyyah Az Zahra berbunyi macam ini "Fiyah, abang cakap adik busuk tak mandi", si abang bila terdengar, terkejut tiba tiba dan terus cakap balik (counter back) "ehhh mana ada, mana adaaaa!! mana ada...!!"sambil muka dak abang dalam ketakutan! haha

Si adik ni apa lagi, tanpa usul periksa, terus mengamuk lah...habis si abang kena bebel dengan si adik amoi ni (mood tengah ok la tu), bila si adik dengar je aku cakap si abang kutuk dia macam tu...terus dia cakap 'BERTUAH PUNYAAAA BUDAAAAKKK, TAK GUNAAAA!' haha..ermm lepas tu aku terfikir, mana dia dapat ayat ni hah? asalkan jangan mencarut sudahlah.
Bila Amoi Sudah Marah

5 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. dak melaka le katakan...... betul2 jgn smpai mencarut...x senonoh =)

    BalasHapus
  2. xmo mengamuk amoi manis..nanti cepat tua..hahaha..
    tunggu la dah besar nanti..

    BalasHapus
  3. hamboi ini amoi manyak garang wo! hahaha

    BalasHapus
  4. wah dhsytnye...nth dia dgr sape la tu ckp mcm tu

    BalasHapus

Posting Komentar