Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Friday, March 27, 2015

Perangai pelik dan aneh

Perangai dan kejadian aneh dan pelik terbaik minggu ini dan aku rasa wajar untuk di kongsikan bersama korang yang berlaku pada 27 Mac 2015 (jumaat) ialah, bukan niat mengelakkan mahupun menghina ;

1) Parking kereta di sebuah pasaraya sambil kereta enjin tak tutup dan lock kereta, dan bergegas pergi meeting, selepas meeting baru tersedar kunci kereta tak tahu letak di mana.

2) Handphone kena ragut, dan dapat lihat peragut ada di depan mata, tapi tak kejar sebab takut, hanya mampu menulis no plat kenderaan sahaja, selepas itu, hanya memerhatikan peragut tersebut berlalu begitu sahaja.

Aku pelik betul dengan kejadian sebegini, dan kejadian ini bukan lah berlaku pada diri aku, ia berlaku dan terjadi pada rakan aku dan orang di sekeliling aku dan kebetulan terjadi di depan mata. Haha, Merujuk kepada kes (1), selepas jumaat aku ada meeting bagi montage video sebuah agensi kerajaan, dan aku bawa partner bizness aku, selepas dia parking kereta dia, aku pun bawa dengan menaiki kereta aku, selepas meeting dan close deal, pergi minum, selepas tu, baru partner biz aku panik! apa taknya...kunci kereta hilang! erm...cari punyalah cari...tak jumpa, apa lagi, aku bawa dia ke tempat dia parking kereta, dan sedikit lega..kereta nya masih wujud!! yang peliknya....enjin kereta pun tak tutup, kunci tak cabut..alahai sampai macam ni sekali kau !! memang rare dan aneh! kalau iyapun, nak menepati masa..hahaha meeting dah lah 2 jam setengah..korang bayangkanlah dalam masa 2 jam setengah tu, enjin tak padam, kereta tak lock, lokasi meeting dan tempat parking 10 Km, terbiar je kereta dengan enjin masih hidup!! , nasib baik tak hilang kena kebas! haha


 Kes (2), selepas aku balik dari meeting dan hantar partner biz aku keretanya..sambil berjalan-jalan memikirkan tabiat dan perangai aneh sebentar tadi..tiba tiba ada seorang perempuan dengan cemas, minta pen pada aku! aku pun bagilah pen..aku nampak dia seperti mencatit sesuatu, nampak gayanya seperti nombor dan perkataan, sambil melihat berberapa pemuda sedang start enjin motor sambil berborak!! 

Aku pun tanya lah kenapa...catit apa tu, gadis tu cakap, nak catit nombor motor orang yang ragut handphone dia.. senang nak trace alamat rumah peragut tu...sambil si wanita ni bercakap dengan aku, peragut tu pun berlalu dengan perlahan lahan seolah olah tiada apa apa...aku cakap, kenapa tak bagitahu, kami boleh kejar dan dapatkan semula..kan orang sekeliling ramai, bolehlah tolong tangkap kan...si wanita ni takut di apa apakan...alahai! kenapa biarkan peragut tu lari begitu sahaja...! dan lebih mengejutkan..husband wanita tersebut sedang bershopping di tingkat atas...alahai!

Memang perangai pelik dan aneh....

3 comments:

  1. huhu, pelik.. tapi kalau kita dlm keadaan diorang mesty jadi panik juga. tak tahu ape nak fikir. huhu

    ReplyDelete
  2. hui boleh tahan pelik dan aneh jugak dua2 kes nih hehe

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.