Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Saturday, May 30, 2015

Banyak ko punya alasan

Sibuk sangat ke pekerja government ni, selalu bagi alasan tiada masa, busy la, eh banyak betul alasan, jangan cerita tak cukup masa, sekarang ni zaman gadjet, dimana mana boleh melakukan urusan, sebagai contoh reply email, aduan rakyat, kemaskini laman web, kemaskini paperwork, sent softcopy dokumen dan lain lain.

Di smart phones segala galanya tidak mustahil tambahan pula jika ada computer peribadi laptop, untuk makluman, aku ada berurusan dengan sorang kakitangan di satu jabatan ni, aku cuma nak softcopy piagam pelanggan dan borang sahaja,  memang important, benda itu dah wujud, apa salahnya kau buka computer sekejap dan tekan butang sent dekat email pada aku, tak sampai 5 minit pun.

Alasan yang diberikan kalau munasabah tak apa la juga, tapi alasannya, sibuk nak ke festival sungai anjuran kerajaan negeri. penting sangat ke? Orang gomen ni, kalau event turun site sebelum persiapan dan melawat kawasan memang champion, berpuluh puluh kakitangan datang melawat kawasan, bukan buat apa pun, tengok tengok persiapan sebelum event..lepas tu update dekat facebook, sedang menjalankan tugas! Bullshit la…dan selebihnya pergi melantak! yang buat kerja sorang, tumpang sibuk macam bagus berpuluh!

Lepas kerja, aku buka akaun facebook aku..terjumpa lak status dari pekerja gomen banyak alasan ni...“makan makan seafood menyambut hari jadi“. Oh baru aku tahu, orang gomen ni, kerja 8-5, dalam 8-5 banyak bagi alasan, kerja tangguh...lepas tu enjoy, hinggalah pencen...

Teruskan la dengan perangai gomen ko tu...

1 comment:

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.