Safirul Amar Azmi Blog! Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE

Monday, May 25, 2015

Menuju Wawasan 2020

Alamak...nak notification kat sistem pulaaaakkk dah. cepat aku kena stroke macam ni, jabatan lain asyik order je nak sistem la, nak apps la, nak email sms la, sistem sms la..woi korang ingat aku ni anak buah mark zuckerberg ke?

Tak boleh nak buat kerja atau tak buka email, sebab takde SMS beritahu..oh??? kenapa nak kena beritahu sedangkan itu tugas hakiki kamu? apa lah salahnya pagi pagi datang office, buka email dulu, kenapa nak menyusahkan proses yang mudah? 

Mana tahan macam ni, tekanan aku di buatnya, bila berjaya sesuatu sistem tu, takde pula orang hargai orang IT ni, bila fail sistem di sebabkan kecuaian dan kebebalan end user itu, yang kena maki ITTTTTTTTTTTTTTTTTTTT juga..! namun walau bagaimanapun, boleh bincang elok elok kan.

Orang IT ni tak pernah di hargai, serius! orang sekeliling terutamanya di tempat kerja, menganggap orang IT ni duduk melepak je, yelah takde kerja kan..tapi bila ada masalah, kejap kejap panggil orang IT..sampaikan repair printer pun nak panggil orang IT...padahal IT lah yang membantu melancarkan sistem operasi dan perkhidmatan di sesebuah organisasi besar mahupun kecil...



Nak menuju ke wawasan 2020, tapi kedekut nak keluarkan bajet untuk perkakasan dan perisian, latihan kepada kakitangan...IT le sangat, nak buka email pun tak reti, lepas tu kata IT tak buat kerja...pui. 

Kabel network tercabut di sebabkan terlanggar kabel tu, lepas tu maki IT cakap sistem yang di hasilkan bermasalah sebab tak boleh akses. tak meroyan kau di buatnya...

It is not about sistem merely, its totally about attitude and etique. If you dont have responsible on your work, please dont blame the system.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi