Safirul Amar Azmi Blog! Biznes Bakeri Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE

Thursday, May 28, 2015

Pekerja malas

Ada sebuah restoran ni, kejap kejap posting pasal masakan / makanan harian menu kedai nya di facebook dan mengalu alukan kedatangan orang ramai, dan untuk makluman aku tahu kedai tu dimana dan pernah berberapa kali datang makan terutamanya ketika lunch hour.

Pelbagai sajian dari nasi campur, goreng goreng dan pencuci mulut (desert) disediakan, bagi aku kedai ni menunya atau masakan bergoreng boleh lah tahan, kena lah dengan perut aku..bolehlah haha

Masalah utamanya, PEKERJA MALAS NAK AMBIL ORDER., aku rasa kan, mungkin tauke kedai atau ahli politik berpengaruh tak datang menikmati juadah masa aku datang kot..tu yang services lembab dan pandang pelanggan pun macam nak tak nak je. Nasib aku! Setengah jam aku tunggu...perut dah lapar, pekerja puaka kat kedai ni pandang je takde pun nak tanya aku dah order ke belum,  perut dah le lapar! Hinggalah aku panggil...kalau kat kedai makan, nak maki pekerja ke tauke ke, pastikan selepas makan, kalau sebelum alamatnya...heee


Baru baru ini, aku ada beri komen dan pandangan terhadap kedai ni (konon konon ala restoran), status aku berbunyi "Makanan sedap cuma pekerja malas ambil order", lepas tu, aku terima private message inbox di FB aku, tauke kedai private message yang ayatnya berbunyi "janganlah kondem di wall saya, malulah saya, awak tak pernah datang, jangan memandai cakap macam ni", eh boleh lak cakap macamni, kalau tak pernah datang, kenapa aku dengan berani beri statement kat wall dia kan. pui.

Kalau nak maju kena terima kritikan, bukan untuk menjatuhkan, tapi untuk kebaikan di masa hadapan, bukan aku sahaja yang berkata sebegini, ramai lagi yang complaint. 

This is what happen if bring the politic culture into business. semua nak baik baik..tapi pada hakikatnya....hancur lodoh!

\

4 comments:

  1. ini yg berlaku di kebanyakan restoren melayu..cn pn pelik kenapa servis mcm tu, mcm mana business nk maju kan

    ReplyDelete
  2. Aiks! boleh pulak kecam customr macam tu! sabo jela...die igt masakan die sedap orang ramai datang walau sevis hampeh kot..huhu





    Singgah blogwalking...:)
    Nak tingkatkan metabolisme badan tak?jemput baca artikel ni:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/cinch-tea-bantu-anda-kurus.html



    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar jelah kan......kita berterus terang...dia marah kita balik

      Delete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.