Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Friday, May 08, 2015

Saja nak cerita

Saja nak cerita pasal politik, rasa terpanggil pula nak menulis, kita semua sudah maklum dengan keputusan pilihanraya di 2 tempat iaitu di rompin, johor dan di permatang pauh, dan sudah pun ketahui parti mana yang menang. Namun sedikit 'kekecewaan' dengan keputusan di rompin, aku tidak side mana mana parti, di pendekkan cerita atas pagar!

Isu utama yang 'membebankan' rakyat yang kononnya mengurangkan harga barang iaitu GST good and services tax, bagus dengan ada GST ini, kalau diikutkan dari ucapan ucapan menteri, namum indah khabar dari rupa, mungkin pelaksanaannya di sabotaj? di manupulasi oleh peniaga peniaga atau sebagainya.

Ramai yang marah bila pelaksanaan GST ini, memang mahal harga barang, supply chain nya di peringkat pertama dah mahal di tambah lagi 6 % hinggalah ke peruncit..dan peruncit ke kita, rakyat yang menanggung bebannya, sedangkan 6% itu boleh di tuntut semula kepada kerajaan.



Aku pun tak faham. kalau nak tolak GST, buat apa undi kerajaan yang memerintah, kalau diorang menang bererti pengundi menerima GST dengan hati yang terbuka lah ..kan ? kan? kan? aku percaya, kerajaan akan melihat keputusan di PRU ini untuk melihat penerimaan rakyat kepada barisan pemerintah, dan jika kalah, berkemungkinan akan berlaku post morten sebelum dan selepas perlaksanaan GST. Itu sahaja pandangan aku.

Berkemungkinan mereka tidak teragak agak untuk spin dan menangguhkan GST untuk memancing undi dan kepercayaan rakyat? dalam politik, tak mustahil boleh berlaku asalkan mereka memperolehi apa yang mereka mahu.

2 comments:

  1. lama x dpt jenguk sini. hurmm tu lah kan. kalau tak suka GST, dah tu xnak ke cuba tukar tampuk atas tu kan? hurmm

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.