Safirul Amar Azmi Blog! involveasia digipostpaid Biznes Bakeri Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE FreeLipGloss

Friday, May 08, 2015

Sekadar cadangan

Nasib baik aku pakai kereta Alza...takdelah kena pandang 'slack'..hehe, sebab apa aku cakap begini, sebabnya pasal insiden kemalangan 3 beranak disebabkan kecuaian pemandu kelab kereta Myvi, seperti yang digembar gemburkan mengatakan mereka berlumba, nampak logiknya disitu, nama pun kelab kereta, kalau dah beramai ramai, mulalah masing masing nak tunjuk hebat di jalan raya.

Apa lah nasib kenderaan berjenama Myvi dan nasib pemilik pemilik kenderaan Myvi di Malaysia selepas ini, comfirm tak senang hati, ada saja yang tak kena di mata masyarakat, sampaikan ada yang pemilik myvi tak bersalah pun terkena tempias.

Bagaimana nak memulihkan kenderaan berjenama perodua myvi ini dari terus menerus mendapat tohmahan negatif di sebabkan sikap berberapa beruk jalan raya myvi ini? Di malaysia, rakyat terlalu taksub dengan ahli politik berbanding tokoh ulama dan ilmuan agama, bagi rakyat yang taksub ahli politik dah macam 'tuhan penyelamat' mereka.


Jadinya, apa sahaja yang di lakukan oleh ahli politik, sentiasa di anggap baik dan di puji puji..maka nya aku mencadangkan agar perodua melantik duta duta ahli politik seperti Ahmad maslan, KJ, ataupun rafizi ramli untuk memandu uji Myvi dan memberikan sedikit sebanyak ulasan mengenai kebaikan Myvi, atau menubuhkan kelab kereta seperti MMC (Maslan Myvi Club) dan menunjukan contoh dan telandan yang baik.

Perkara ini, sedikit sebanyak akan meningkatkan keyakinan yang kenderaan Myvi bukanlah kenderaan yang ganas atau samseng di jalan raya. Sekian

4 comments:

  1. hahahaha.. lucu molek cadangan

    ReplyDelete
  2. hahahaha.. lucu molek cadangan

    ReplyDelete
  3. haha. tetiba teringat iklan cadbury ambik dato CT jadi duta terbaru dorang. mungkin betul gak cadangan tentang myvi tu. kalau ahli politik xmau, ambik artis pun ok.

    ReplyDelete
  4. hahhaha. bab amik menteri tu. Kenapa nama menteri yang sorang tu, termasuk dalam senarai? Kalau dia yang test drive, memang langsung takda orang yang nak pakai kereta myvi lagi la lepas ni. Hahahahaha

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.