Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Thursday, October 22, 2015

Medan viral

Media sosial kini menjadi medan untuk memaparkan status yang boleh menjatuhkan serta mengaibkan seseorang dan seterusnya menjadi viral, dan ini lah trend sekarang, yang bagusnya kisah yang di viralkan tersebut adalah benar, dan jika hanya sekadar isu peribadi tertentu si penyebar, tidak perlulah nak di perbesar-besarkan, secara tidak langsung akan menyebabkan diri anda sebaliknya yang menjadi mangsa cacian siapa yang membaca atau melihat.

Di media sosial, ada yang memberi kritikan dan kutukan terdiri dari yang masih belum 'matang' dan dalam masa yang sama belum habis sekolah pun! kadang kadang kita yang membaca ni pun sakit hati, jika kutukan itu membina ataupun berdasarkan kepada pengalaman tidak mengapalah, tapi! cuma sekadar rasa rasa dan banyak mendengar cakap cakap orang, ini sangat menjengkelkan.

Begitu juga tuduhan yang di lemparkan kepada perdana menteri kita, ramai yang mengkeji, menghina, bercakap seperti menteri kewangan, tapi kesimpulannya? siapa yang lebih layak memberi pandangan dan kritikan berdasarkan kepada pengalaman dan fakta?

Lebih baik berdiam dari menambah banyak dosa, sebelum mengeluarkan kenyataan, fikir dahulu kesan nya. Viral tidak salah, asalkan dapat memberi seribu kebaikan kepada individu yang di viralkan. Ada banyak saluran boleh dibuat, jika tidak berpuas hati.

Berhati hatilah dalam mengeluarkan kenyataan, jadi lah manusia yang beretika.

1 comment:

  1. media sosial kan, ada baiknya, ada buruknya..

    kalau jenis yang tak bertanggungjawab, sebarkan benda tak betul, boleh jadi huru hara di buatnya. Bahaya sungguh.

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.