Safirul Amar Azmi Blog! Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE

Wednesday, December 09, 2015

Tadika ke ni

Ermm dah macam tadika kanak kanak dah pejabat ni, happeningnya suasana!dan apa semua ni ? yang si ibu diam membisu membiarkan anak anak mereka bermain, membuat bising, sedangkan kakitangan yang lain sedang melakukan tugas. Fikirlah perasaan orang lain kalau iya pun, jangan pentingkan diri sendiri sahaja. Janganlah menganggu orang lain...

Organisasi besar sepatutnya menyediakan pusat jagaan bagi menempatkan kanak kanak sementara menunggu ibu bapanya selesai melaksanakan tugas. Bukan kah dengan cara ini menyelesaikan banyak hal ? Jimat dari melantik pengasuh luar, jiwa ibu bapa tenteram kerana lokasi penempatan berhampiran dengan lokasi tugas, boleh datang melihat anak anak pada bila bila masa sahaja.

1 kali boleh lagi lah di pertimbangkan, tapi kalau 5-7 kali anak anak itu menjadikan pejabat ibunya atau bapanya seperti di rumah sendiri, ini sudah tidak patut, tegurlah anak anak itu wahai ibu ibu bapa bapa, susah sangat ke? Tak salah membawa anak ke pejabat, semua orang faham, mungkin pengasuh tidak sihat atau ada ketentuan lain yang menyebabkan kamu membawa, tapi belajarlah atau ajari lah anak anak kecil itu, sebelum orang lain menegur kamu, kan lebih baik kamu mendidik anak kamu terlebih dahulu. Bila dah bawa anak tu, jagalah sebaik yang mungkin, jangan biarkan berkeliaran, menganggu, dan meminta rakan rakan pula yang menjaga!



Kalau nak bawa anak lepas waktu pejabat pun bawa lah, masa tu nak tergolek, bergelak ketawa bersama anak anak dan karaoke pun sangat di alu alukan.

Ala comelnyeeeee.......comel nyeeeee......., anak awak ke ni? comel ke hensem ke anak itu, bukan lah tiket untuk membuat bising di pejabat! Please stop!  

1 comment:

  1. betul tu. sokong sangat. comel atau hensem mana sekalipun anak tu, kalau sekali dua, mungkin boleh tahan lagi. tapi kalau dah banyak kali, menyirap gak rasa nengok. grrrr~

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi