Safirul Amar Azmi Blog! Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE BELI DAN DAPAT DISKAUN SKYTECH CREATIVE

Thursday, January 01, 2015

Seronok bercucuk tanam

Bagus kedai ni, memanfaatkan ruang yang ada, ambil peluang dari ciptaan Tuhan, mensuburkan tanah dan dalam masa yang sama, memberi manfaat untuk kegunaan perniagaan mereka dengan menanam cili hijau dan cili padi.. 

Aku pun suka bercucuk tanam, yelah bukan apa, kalau nak masak lauk, dan memerlukan bahan bahan seperti cili padi..boleh petik je..tak payah nak beli kat kedai! kan? kan? kan dah jimat. bukan kedekut, tapi alangkah ruginya jika kita tak memanfaatkan apa yang Tuhan beri pada kita.

Kalau kat nurseri, macam macam ilmu kita boleh dapat dari tauke nurseri, yelah, bukan senang nak tanam pokok, kena tahu selok belok cara menanam dan nak mengelakkan dari serangan ulat atau penjagaan..contoh kalau suburkan tanaman kita supaya cepat membuahkan hasil..kena pakai baja tahi ayam dan baja tulang ikan..

Selamat tahun baru

Selamat tahun baru buat pengguna internet, pembaca blog, dan bloggers semua. di harapkan ditahun baru yang terbaik ini korang membawa perubahan baru, azam baru, idea baru, dan segala galanya yang terbaik.

Tahun makin bersilih ganti, usia kita pun semakin singkat, dan apa aktiviti baru korang di masa cuti hari ini? haa..dalam kepala otak aku, nak siapkan development web dan sistem yang kena delivery pada client minggu depan, yelah, tahun baru, semua nak baru! heee

Lepas selesai development, ingat nak pergi ke driving range atau green ataupun memancing, keliru ni! haha...apa pun di ucapkan selamat tahun baru buat korang semua. Tingkatkan pengetahuan, tanpa ilmu siapalah kita.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi