Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE Biztudung

Thursday, January 08, 2015

Tips Mempercepatkan Paparan Desktop

Pernah tak korang kena bila buka laptop atau desktop komputer, lambat dari kebiasaan? Ini adalah kerana proses program load startup pada komputer yang kadangkala terlalu banyak program dibaca. Boleh lihat icon disebelah kanan bawah taskbar.

Itulah yang menyebabkan komputer anda lambat untuk memaparkan desktop. Anda boleh mempercepatkannya dengan membuang program-program yang tidak penting dengan menggunakan msconfig.

Anda perlu ikuti langkah langkah seperti dibawah, dimana untuk mempercepatkan proses loading di peringkat permulaan semasa komputer atau laptop di hidupkan, bila komputer menjadi lambat untuk ke paparan seterusnya, akan membuatkan kita bosan dan hilang mood khususnya untuk berblog kan? haaaa

Jangan di pendam duka lara

Kepada semua pemenang pemenang giveaway yang mana sudah terima hadiah sama ada berupa wang tunai atau berupa barangan fizikal, sila beritahu saya sama ada melalui blog aku, sms, whats app, ataupun melalui email, ermm bukan apa, aku risaulah, samaada dah dapat ke atau belum, yelah hak orang, jangan main main. 

Jika view di entri post pemenang giveaway (lihat SINI) status dah selesai atau masih dalam proses penghantaran, tapi deliver atau tidak? sudah dapat ke belum? ewah ewah...

Jangan di pendam, jangan pula di caci, ada pelbagai saluran boleh guna..boleh tanya aku. sila email di safirulamar@gmail.com, taknak lah cakap cakap belakang, korang happy, aku pun happy. Aku boleh follow up pada sponsor sponsor giveaway. hehe..jangan risau dan sedih. 

Dah dapat ke belum ?

Alangkah ruginya

Alangkah ruginya bila blog yang sarat dengan informasi berupa ilmu pengetahuan, tanpa SEO (Search Engine Optimization) dan bloggers di malaysia sebenarnya mungkin berasa terlalu selesa dan bertahan kerana ada komuniti bloggers yang menyokong antara satu sama lain, dan seterusnya mengabaikan SEO. Tak salah pun...terpulang pada masing masing. Tapi bukan kah lebih bagus jika ilmu tersebut dikongsi kan dan dikembangkan! kan?

Blog adalah website, namun tidak semua website adalah blog dan world wide web di mana bukan hanya bloggers atau rakan rakan sahaja yang melihat, malah pengguna internet yang bukan bloggers pun boleh melihat, asalkan melakukan carian di google dan internet.

Niat anda dah betul dalam berkongsi pengetahuan, tapi kan bagus kalau di kembangkan kepada penguna internet yang lain.

Sebelum ini, kalau nak mencari sesuatu maklumat di top search engine google maklumat dari bloggers bloggers atau kandungan dari seberang sahaja yang berada di top 5 enjin carian google. Mereka lebih advanced dari segi ICT, bukan di dalam pertukangan dan pembinaan sahaja, ICT mereka pun dah maju ke depan sebenarnya berbanding kita...dan kita terpaksa memahami bahasa mereka pula..dalam mendapatkan sesuatu maklumat..kan bagus maklumat dan sumber itu dari bloggers malaysia sendiri..mudah di fahami dan jelas! kan?

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi